13 Sept 2020

Waffle

Waffle -

Waffle
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
100 gm tepung gandum
25 gm tepung jagung
1 kuning telur
1 putih telur
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh baking powder
1/4 sudu teh baking soda
240 ml susu cair
6 sudu makan minyak sayur
1 sudu makan gula kaster
1/2 sudu teh esen vanilla


Cara-cara :

  1. Panaskan acuan waffle.
  2. Ayak tepung, tepung jagung, baking powder, baking soda dan garam.
  3. Satukan kuning telur, susu cair dan minyak sayur, kocok ringan.
  4. Dalam bekas lain, putar putih telur hingga berbuih.
  5. Masukkan gula sedikit demi sedikit dan pukul putih telur hingga kental.
  6. Satukan bancuhan susu dan tepung yang di ayak tadi.
  7. Whisk hingga sebati dan kaup balik dengan putih telur hingga rata.
  8. Oles marjerin pada acuan waffle, tuang adunan secukupnya.
  9. Masak hingga keperangan dan bahagian luarnya mengeras.
  10. Hidang dengan topping kesukaan.

Waffle


Waffle shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;