11 May 2015 0 comments

Stew tomato ayam

Stew tomato ayam -
Cara masak stew ni sama saja macam masak kuah bolognese , saya tambah krim masakan untuk bagi stew ni lebih banyak kuah dan rasa lemak . Saya guna buah tomato masak ranum so memang banyak kuah stew ni . Kalau nak lagi sedap boleh diguna daging cincang , untuk resepi ni saya guna ayam cincang . Bahan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera sendiri , alhamdulillah .


BAHAN-BAHAN :

1 peket pasta Penne
2 peket daging ayam cincang - boleh tambah

2 kg tomato masak ranum
1/200ml kotak kecil cream masakan atau cooking cream
1 labu bawang besar – dicincang halus
2 ulas bawang putih – dicincang halus
1 kiub stok daging
5 helai daun bay
2 sudu kecil herba oregano
1 sudu kecil herba thyme
6 sudu besar sos cili
Garam secukup rasa
gula secukup rasa
minyak zaitun untuk menumis
Keju parmesan

CARA MASAK PASTA:

masak air di dalam periuk untuk merebus pasta . Bila air mendidih baru masukkan pasta dan 1 sudu besar minyak masak , tujuan dimasukkan minyak supaya pasta tidak melekat bila dah masak nanti. Kacau sekali-sekala. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan . Letakkan satu sudu margerin atau butter pada spaghetti yang baru direbus ini dan kacau supaya pasta tak melekat .

CARA MASAK SOS :

1.Bersihkan semua buha tomato dan dipotong kecil . Panaskan minyak zaitun secukupnya untuk menumis . Bila minyak dah panas masukkan bawang besar dan bawang putih cincang tadi . Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu kemudian masukkan daging ayam cincang dan kacau semua bahan sampai daging ayam masak . 

2.Masukkan semua sos cili , bay leafs , herba thyme dan herba oregano serta kiub ayam . Kacau dan pisah-pisahkan daging ni biar semua hancur dan goreng hingga daging cincang masak dan keperangan masukkan semua buah tomato dan dikacau sampai buah tomato ni layu dan hancur . Boleh dimasukkan garam dan gula secukup rasa dan kacau semua bahan sehingga cukup mesra . Saya guna banyak gula pasir untuk bagi stew tomato ni rasa balance manis, masam dan lemak .

3. Masukkan semua cooking cream dan kacau semua bahan sampai sebati . Jika sos agak cair boleh la dimasukkan bancuhan 1 sudu kecil tepung jagung dgn sedikit air untuk memekatkan sos .Sekali-sekala kacau sos , biar sampai stew mendidih dan boleh la ditutup api dapur . Stew ni boleh dihidang dengan pasta dan ditabur atas pasta dengan parutan keju parmesan .





Stew tomato ayam shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
10 May 2015 0 comments

Tomyam ayam kuah jernih

Tomyam ayam kuah jernih -

BAHAN A:

4 ketul dada ayam
1 peket cendawan
2 biji buah tomato ranum
1 biji cili capsicum
10 biji cili api - dititik
1 biji bawang besar
jus limau nipis- secukupnya
2 inci lengkuas
1 biji bawang putih
2 batang serai- dititik
6 helai daun limau purut
1-2 pokok daun ketumbar
air secukupnya
Sos nampla secukup rasa
1 sudu kecil gula

*Semua bahan boleh ditambah atau kurangkan ikut citarasa sendiri macam pedas , masam dan masin . Kalau nak lebih kuah tambah la air lagi.

CARA MEMASAK :

1) Bersihkan ayam dan potong kecil kemudiam kupas semua bawang , lengkus dan di racik nipis . Masukkan air dalam periuk bersama semua bawang , lengkuas , daun limau purut , serai , cili api dan biar sampai kuah mendidih . Masukkan semua cili capsicum yg dipotong kecil .

2) Masukkan semua ayam dulu dan kacau bila ayam dah masak boleh ditambah garam dan gula secukup rasa  . Last sekali masukkan cendawan dan buah tomato yg di potong empat , kacau sekejap sampai cendawan masak dan boleh la dimasukkan daun ketumbar yg diracik nipis serta ditutup api dapur . Ubah suai bahan dan rasa ikut pada citarasa sendiri .



Tomyam ayam kuah jernih shared from Nennie
Republish by The CC Resepi
 
;