6 Mar 2016 0 comments

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers

Ayam Panggang Ala Kenny Rogers -

Ayam Panggang ala Kenny Rogers
Sumber :  Resipi Orang Kampung

Bahan-bahan

Bahan-bahan (Ingredient)



Penyediaan :
  1. Bersihkan ayam. Lumur dengan garam dan limau nipis, perap selama 20minit.
  2. Potong halus bawang bombay, bawang putih, dan halia. Kemudian kisar semua bahan-bahan tersebut. Tambahkan madu, kicap manis, sos tiram, serbuk pati ayam, garam, gula, lada hitam, dan minyak zaitun, gaul rata.
  3. Lumurkan bahan-bahan tadi pada ayam. Perap selama 1 -2 jam atau semalaman di peti dalam sejuk.
  4. Panggang ayam didalam oven dengan suhu 170-180'c selama 1 jam 30 minit.   Tambah masa pemanggangan jika ayam masih belum masak lagi. (Bergantung pada saiz ayam dan kapasiti oven). Setiap 15min, sapu lebihan bahan perapan keatas ayam.
  5. Angkat dan tabur dengan serbuk lada hitam kasar.
  6. Boleh di hidang bersama nasi ayam atau di makan begitu saja bersama salad.
Ayam Panggang Ala Kenny Rogers


Ayam Panggang Ala Kenny Rogers shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
4 Mar 2016 0 comments

Fudge Chocolate Chip Cookies

Fudge Chocolate Chip Cookies -

Fudge Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan
250gm gula aising
30gm serbuk koko atau serbuk coklat
1/4 sudu teh garam
2 biji putih telur (80gm)
1 sudu teh esen vanila
100gm chocolate chips

Penyediaan :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Alas dulang pembakar dengan silpat mats atau parchment paper.
  3. Ayak serbuk koko, gula aising dan garam ke dalam mangkuk.  Masukkan sebiji putih dahulu dan esen vanila.  Kacau rata, jika pekat tambahkan baki putih telur hingga adunan menjadi likat seperti adunan brownies.
  4. Masukkan coklat chips dan kaup balik hingga bergaul rata.
  5. Sudukan 1/2 sudu teh ke atas dulang pembakar, jarakkan antaranya kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 15-20 minit hingga bahagian atas berkilat dan sedikit retak.
  7. Tutup api dan biarkan biskut berada di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15minit sebelum di keluarkan.
  8. Simpan di dalam bekas kedap udara.  Biskut ini tipis dan ranggup.
Fudge Chocolate Chip Cookies


Fudge Chocolate Chip Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;