Kek Carrot Pisang / Carrot Banana Cake
Bahan-bahan
3 cawan tepung gandum
1 cawan gula kaster
1 sudu teh garam
1 sudu teh baking soda
1 sudu teh serbuk kayu manis
3 biji telur grade A - pukukl ringan
1 1/2 cawan minyak jagung
1 sudu kecil esen vanila
1 cawan potongan pisang berangan
1 1/2 cawan parutan carrot
1/2 cawan walnut cincang
Cream Cheese Frosting
250gm cream cheese
40gm mentega
1/2 cawan gula aising
1 sudu esen vanila
- Satukan semua dan putar hingga lembut dan berkrim.
Hiasan : Cincangan walnut atau pecan - panggang sebentar
Peralatan : 3 biji loyang 8in - gris mentega dan tabur tepung
Penyediaan :
- Satukan gandum, gula, garam, serbuk kayu manis di dalam mangkuk. Whisk hingga rata.
- Masukkan telur dan minyak jagung, gaul rata.
- Masukkan esen vanila, parutan carrot, potongan pisang dan walnut cincang. gaul rata.
- Masukkan adunan sama banyak ke dalam 3 loyang berasingan.
- Bakar pada suhu 175C selama 30-45 minit hingga permukaan atas keperangan.
- Sejukkan dahulu sebelum di lapis dengan cream cheese sebanyak 3 lapisan.
- Sapu seluruh kek dengan cream cheese dan tabur walnut cincang di sekelilingnya.
- Hias mengikut suka.
Kek Carrot Pisang / Carrot Banana Cake
Kek Carrot Pisang / Carrot Banana Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi