Talam Keledek Ungu
Bahan A
20gm tepung beras
20gm tepung jagung
50gm santan pekat (santan kotak)
400ml air
1/2 sudu teh garam
Satukan semua bahan, tapis ke dalam periuk dan masak dengan api sederhana hingga mendidih. Biar sejuk dahulu sebelum di isi ke dalam piping bag.
Bahan B
250gm keledek ungu, rebus hingga empuk, lenyek
250gm gula pasir
250ml air
150gm tepung ubikayu
30gm tepung beras
1/2 sudu teh garam
30 biji acuan lompang - gris dengan minyak masak
Penyediaan :
- Satukan keledek, gula, garam dan air ke dalam pengisar dan kisar hingga halus. Masukkan tepung sedikit sedikit dan kisar hingga bergaul rata. Tambah sedikit air jika terlalu pekat.
- Tuang 3/4 penuh ke dalam acuan lompang dan picit adunan A di tengahnya.
- Panaskan pengukus dan kukus selama 15-20 minit hingga masak.
- Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Talam Keledek Ungu
Talam Keledek Ungu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi