19 Aug 2019 0 comments

Ayam Panggang Sos Cendawan

Ayam Panggang Sos Cendawan -

Ayam Panggang Sos Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping paha ayam
2 ulas bawang putih, tumbuk
2 ulas bawang merah, tumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun

Penyediaan :
  1. Bersihkan ayam dan lap dengan tissue dapur hingga kering.
  2. Kelar atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat meresap.
  3. Lumurkan kepingan ayam dengan bahan tumbuk, kiub ayam lada hitam dan lada putih.
  4. Gaul dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali lumur dengan minyak zaitun dan perap selama 1 jam atau lebih.
  6. Panggang ayam sehingga masak.

Sos Cendawan
6 cendawan butang, hiris nipis
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
1 sudu besar bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 cawan air
Sedikit minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi dan sedikit kuning.
  2. Masukkan hirisan cendawan, tumis hingga layu.
  3. Masukkan sos carbonara, serbuk lada putih dan tambahkan air.
  4. Masukkan kiub ayam, sesuaikan rasa, kacau rata dan masak hingga pekat.


Ayam Panggang Sos Cendawan


Ayam Panggang Sos Cendawan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Avocado Pineapple Smoothie

Avocado Pineapple Smoothie -

Avocado Pineapple Smoothie
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
2 biji Avocado masak, bekukan isinya
secubit garam
1/2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu cair

Bahan B
4 hiris nanas, bekukan isinya

Penyediaan :
Kisar A dan masukkan ke dalam gelas,
Kisar B dan tuang ke atas A.
Dinginkan di dalam peti sejuk.
Hias dengan daun pudina, sedia di nikmati.

Avocado Pineapple Smoothie


Avocado Pineapple Smoothie shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;