25 Oct 2019 0 comments

Puding Boba Teh Hijau

Puding Boba Teh Hijau -

Puding Boba Teh Hijau
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
400 ml air
200 ml santan M&S (1 kotak kecil)
8 gm serbuk agar-agar (1 sudu besar)
120 gm gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan, simpul

Bancuhan Tepung Hoe Kwee
30 gm tepung Hoe Kwee
50ml air

Bancuhan Teh Hijau
1 sudu besar serbuk teh hijau
1 sudu besar air

Boba Pearl
150 gm boba pearl
rebus dan rendam dalam air sejuk, toskan

Penyediaan :
  1. Satukan air, serbuk agar-agar, gula dan daun pandan.
  2. Masak hingga gula larut.
  3. Masukkan santan M&S dan bancuhan tepung hoe kwee.
  4. Masak hingga meletup letup.
  5. Angkat dan bahagikan kepada dua mangkuk.
  6. Satu mangkuk di gaul bersama boba pearl
  7. dan satu mangkuk di gaul bancuhan teh hijau.
  8. Tuang lapisan boba separuh gelas.
  9. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 10 minit.
  10. Tuang pula lapisan teh hijau.
  11. Simpan di dalam peti sejuk hingga dingin.

Puding Boba Teh Hijau



Puding Boba Teh Hijau shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
21 Oct 2019 0 comments

Tofu Telur Pecah

Tofu Telur Pecah -

Tofu Telur Pecah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 tube Tofu telur, potong tebal 1 in
1 sudu besar bawang putih cincang
50 gm carrot, hiris
50 gm brocolli, potong kecil
100 gm cendawan butang, potong kecil
2 sudu besar sos tiram
2 sudu kecil serbuk lada putih AjiShio
1 sudu kecil stok ayam Tumix
2 cawan air
1 biji telur, kocok ringan
1 tangkai daun bawang, hiris
1 sudu besar minyak untuk menumis

Bancuhan Tepung Jagung, larutkan
1 sudu makan tepung jagung
3 sudu besar air

Penyediaan :
  1. Goreng terendam Tofu hingga kekuningan.
  2. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan.  Ketepikan.
  3. Celur carrot, cendawan, brocoli dan isi udang secara berasingan.
  4. Angkat, toskan dan susun di atas tofu.
  5. Panaskan minyak, tumis bawang putih hingga kekuningan.
  6. Masukkan air, sos tiram, stok ayam, serbuk lada putih AjiShio dan Ajinamoto.
  7. Apabila mendidih tuang bancuhan tepung jagung.
  8. Akhir sekali, tuang telur biarkan sebentar dan kacau.
  9. Tuang ke atas Tofu dan sayuran tadi.

Tofu Telur Pecah







Tofu Telur Pecah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;