Daging Palembang
Resipi : Puan Maria Hakem
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan
700 gm daging - potong lebar dan nipis
2 batang serai dititik
500 ml santan pekat @ gantikan kerisik jika suka
1 cawan kicap pekat manis
Minyak utk menumis
Bahan Tumis
3 cm kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 kuntum cengkih
3 biji buah pelaga
Bahan Kisar
1 labu bawang besar
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
3 cm lengkuas
15 tangkai cili kering (rebus dan toskan)
Penyediaan :
1. Panaskn minyak, tumis bahan tumis sebentar. Masukkan bahan kisar dan masak hingga pecah minyak.
2. Masukkan daging, gaul sebati. Tutup kuali dan masak dengan api sederhana hingga keluar air daging, reneh seketika lagi.
3. Masukkan kicap di ikuti dgn santan. Gaul dan masak hingga daging benar2 lembut, kacau sesekali.
4. Akhir sekali masukkan garam secukup rasa. Masak hingga kuah agak pekat dan naik minyak.
Daging Palembang
Daging Palembang shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment