Rendang Samudera
Resipi : Alinah Binte Ali
Sumber : FB Lina Latif
Bahan A - di kisar
20 tangkai lada merah segar
20 biji bawang merah kecil
15 biji bawang putih
4 batang serai - ambil bahagian putih sahaja
4 biji cengkih
3 cm halia
3 cm lengkuas
3 biji buah pelaga
Bahan B
4 helai daun limau purut
4 helai daun kunyit
1 kg daging - potong ikut suka
Bahan C
500ml santan kotak / santan segar
1 cawan kerisik
Bahan D
Gula dan garam secukup rasa
Penyediaan :
1. Tumis bahan (A) hingga pecah minyak. Masukkan bahan (B) dan balik-balikkan hingga rata. Masak hingga mendidih dan daging empuk.
2. Masukkan bahan (C), kacau hingga bergaul rata. Reneh dengan api perlahan dan akhir sekali perasakan dengan bahan D secukupnya. Masak hingga kuah sedikit pekat.
Rendang Samudera
Rendang Samudera shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment