Kuih Baulu Gula Melaka
Olahan : FB Lina Thomas
Sumber: Authentic Malay Cooking Book
Bahan-bahan:
6 biji telur A
200gm gula melaka atau gula merah (di haluskan)
1 sudu kecil vanilla extract, pilihan
200g tepung kek atau tepung gandum
1/2 sudu kecil serbuk penaik
Secubit garam
Acuan Baulu - menghasilkan 48 keping
Penyediaan :
1. Panaskan ketuhar kepada 400F / 200C (api atas bawah)
2. Ayak tepung, serbuk penaik dan garam dan ketepikan.
3. Dalam mixer, putar telur dan gula sehingga kembang dan pucat sehingga bertukar warna putih, putar kira-kira 8 minit. Kemudian masukkan ekstrak vanila (jika guna) dan terus putar untuk beberapa minit.
4. Masukan campuran tepung yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kaup balikkan dengan spatula perlahan-lahan sehingga sebati. Masukkan adunan ke dalam jug kecil.
5. Sapu acuan dengan minyak (supaya bahulu tidak melekat) dan kemudian panaskan acuan di dalam ketuhar kira-kira 3 hingga 4 minit. Keluarkan acuan dari ketuhar. Tuang atau sudukan adunan ke dalam acuan hingga penuh dan bakar selama kira-kira 10 hingga 12 minit ataupun sehingga nampak kekuningan.
5. Angkat kuih bahulu keluar dengan lidi dan biarkan ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam bekas kedap udara.
Kuih Baulu Gula Melaka
Kuih Baulu Gula Melaka shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment