Talam Ubi Sago Gula Merah
Recipe by K1@Citarasawan
Bahan Lapisan Bawah
500gm parutan ubikayu
120gm gula pasir
200ml santan kotak
100gm kelapa parut putih
1/4 sudu teh garam halus
1 sudu kecil pandan emulco
1/2 sudu kecil pewarna hijau
Loyang 8 x 8in - sapu minyak dan alas dasarnya dengan plastik
Panaskan pengukus. Satukan semua bahan dalam sebuah bekas, gaul rata. Masukkan kedalam loyang. Ratakan dan kukus selama 25minit.
Bahan Lapisan Atas
200gm sago putih - rendam 15minit, Toskan
100gm gula merah
1 sudu besar gula pasir
50ml air
150ml santan kotak
1/8 sudu teh garam halus
Masak gula merah, gula pasir dan air hingga gula larut. Tapis kemudian satukan dengan bahan- bahan lapisan atas yang lain. Gaul hingga rata. Masukkan ke dalam loyang dan ratakan di atas lapisan bawah yang telah di kukus tadi. Kukus selama 25-30 minit hingga masak.
Sejukkan dahulu sebelum di potong.
Talam Ubi Sago Gula Merah
Talam Ubi Sago Gula Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment