20 Aug 2018 0 comments

Ayam Masak Merah Kelantan

Ayam Masak Merah Kelantan -

Ayam Masak Merah Kelantan

Bahan bahan
1 ekor ayam potong 12 bahagian
Serbuk Kunyit dan garam secukupnya
1/2 keping gula melaka
1 sudu besar gula pasir
5 sudu besar sos cili
2 sudu besar sos tomato
1 tin kecil tomato pes
2 biji tomato, belah 4
1/2 tin kacang peas, toskan airnya

Rempah Kasar
1 labu bawang holland, hiris nipis
1 batang kulit kayu manis
5 biji bunga lawang
5 biji buah pelaga
5 biji cengkih
5 batang serai di ketuk
1/2 cawan minyak untuk menumis

Bahan Kisar
5 sudu besar cili kering yang di rebus dan di kisar
5 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu sedang bawang Holland

Penyediaan :
  1. Cuci ayam hingga bersih, toskan,
  2. Gaul garam dan kunyit, kemudian goreng 3/4 masak.  Ketepikan.
  3. Tumis dahulu bawang besar hiris hingga layu,
  4. Kemudian masukkan serai dan rempah kasar,  tumis hingga naik bau,
  5. Masukkan bahan kisar dan tumis sehingga pecah minyak dengan api perlahan.
  6. Masukkan gula dan tumis hingga pes berkilat.
  7. Masukkan tomato paste, sos cili dan sos tomato.
  8. Masukkan sedikit air, perasakan dengan garam secukupnya.
  9. Apabila mendidih, masukkan buah tomato.
  10. Akhir sekali masukkan ayam yang di goreng tadi, gaul hingga bersalut rata.
  11. Tambah kacang peas dan daun ketumbar jika suka.

Nota Ayam Enak dan Tahan Lama
Goreng ayam jangan terlalu garing kerana jus ayam akan keluar dan ayam menjadi keras dan tidak sedap.
Bawang besar yang di goreng dahulu akan menerbitkan rasa manis dan wangi.
Serai menambahkan haruman wangi pada bahan tumis.
Pastikan minyak menumis tidak terlalu sedikit dan bahan tumis di masak hingga pecah minyak. Pecah minyak indikasi bahawa bahan masak sempurna dan akan tahan lama.

Ayam Masak Merah Kelantan


Ayam Masak Merah Kelantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Aug 2018 0 comments

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor -

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor

Bahan-Bahan
1 kg laksa basah atau laksa kering direbus dahulu
1 kg ikan sardin atau kembung
1 tin kecil sardin atau mackerel, keluarkan sosnya
2 liter air
4 keping asam gelugor
5 tangkai daun kesum
2 bunga kantan, belah 2
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
6 tangkai cili kering, rendam dan kisar halus
1 in lengkuas
1 batang serai, ambil bahagian putih
1/2 in kunyit
6 ulas bawang merah
1 in belacan
4 keping hirisan nenas, potong2

Bahan-bahan Sampingan
6 tangkai daun pudina
1/2 biji nanas, potong kecil
2 biji cili merah,  dihiris
1 biji timun, dihiris
1 labu bawang merah besar, hiris halus
1 bunga kantan, hiris halus
4-5 biji limau kasturi, belah 2
2,3 sudu besar petis udang
Telur rebus
Ikan rebus

Penyediaan :
  1. Didihkan air dan rebus ikan sehingga masak.  Asingkan tulang dan siat-siatkan isinya.
  2. Tulang ikan di kisar bersama air rebusan tadi hingga hancur, kemudian tapis ke dalam periuk.
  3. Masukkan bahan kisar halus, daun kesum, asam keping, serai dan bunga kantan. Masak hingga mendidih selama 30 minit.  Tambah air jika kuah pekat.
  4. Masukkan isi ikan kisar dan isi ikan dalam tin yang di siat kasar.
  5. Biar mereneh dengan api sederhana selama 15 minit lagi.
  6. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  7. Hidang bersama bahan-bahan sampingannya.
  8. Tuang kuah dan letak ikan rebus dan petis udang.

Laksa Asam Nenas Ikan Seekor


Laksa Asam Nenas Ikan Seekor shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
8 Aug 2018 0 comments

Kari Daging Madras

Kari Daging Madras -

Kari Daging Madras
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
500g daging lembu - hiris nipis
6 sudu makan minyak jagung / minyak sapi
2 ulas bawang putih – dihiris
2 ulas bawang kecil – dihiris
1 in halia – dipotong mayang
1 helai daun pandan – di simpul
1 in kulit kayu manis
4 kuntum bunga lawang
3 biji buah pelaga
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk ketumbar
5 sudu makan sos cili
3 sudu makan serbuk kari daging
2 biji tomato - potong dadu
8 cawan air
2 biji ubi kentang – jika suka
1/2 batang lobak merah – dipotong bulat
1/2 biji jus limau nipis
2 sudu makan bawang goreng - tumbuk halus
1 sudu makan gula melaka atau gula merah
1/2 sudu makan serbuk perasa ayam
Garam secukup rasa

Cara-cara :

  1. Panaskan periuk, masukkan minyak, tumis bawang putih,halia,bawang merah, daun pandan, kulit kayu manis,bunga lawang,buah pelaga hingga naik bau.
  2. Masukkan daging, kacau hingga separuh masak.
  3. Masukkan serbuk jintan manis, jintan putih dan rempah kari, kacau hingga rata selama 2 minit. Kemudian masukkan air.  Tutup periuk dan masak hingga daging lembut.
  4. Kemudian masukkan ubi kentang, lobak merah, tomato dadu dan reneh selama 30 minit hingga kentang dan lobak merah lembut.
  5. Masukkan sos cili, sos tomato dan bawang goreng tumbuk, sekiranya terlampau pekat, masukkan sedikit air panas.
  6. Akhir sekali masukkan garam, serbuk perasa dan gula merah secukup rasa dan perahan air limau nipis.
  7. Siap dan hidang bersama nasi atau roti.


Kari Daging Madras


Kari Daging Madras shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
7 Aug 2018 0 comments

Chocolate Pineapple Upside Down Cake

Chocolate Pineapple Upside Down Cake -

Chocolate Pineapple Upside Down Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Topping Nenas
1/4 cawan (60g) mentega tawar
1/3 cawan (70g) gula perang
7 kepingan nenas, dalam tin

Adunan Kek Kelapa Coklat
1 cawan (125g) tepung gandum
1 cawan (50g) kelapa kering
1/3 cawan (40g) serbuk koko
1/2 sudu kecil garam (2g)
1 sudu kecil (4g) baking powder
1/3 cawan (75g) mentega tawar, lembutkan
2/3 cawan (135g) gula perang
3 biji telur A
3/4 cawan (180ml) santan kotak
1 sudu besar coklat emulco atau (80g) coklat cair

Loyang bulat 9in di gris dan alas kertas minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 175C.
  2. Dalam periuk cairkan mentega dan gula perang dengan api kecil sehingga gula larut.
  3. Tuangkan ke dalam acuan hingga rata dan aturkan kepingan nanas.  Ketepikan.
  4. Satukan tepung, serbuk koko, kelapa parut, serbuk penaik dan garam.
  5. Dalam mangkuk lain putar mentega dan gula sehingga kembang.
  6. Tambah telur, satu demi satu, putar hingga sebati.
  7. Masukkan campuran tepung berselang seli dengan dan santan dan putar sebati.
  8. Tambah coklat emulco dan gaul rata.
  9. Bakar selama 35-40 minit atau sehingga masak.
  10. Sejukkan kek sebelum di potong,  boleh di hidang bersama aiscream.


Chocolate Pineapple Upside Down Cake


Chocolate Pineapple Upside Down Cake shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
6 Aug 2018 0 comments

Kue Pukis Durian

Kue Pukis Durian -

Kuih Pukis Durian
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Adunan
250 gm tepung gandum
100 gm mentega / margerin cair
150 gm gula pasir
2 biji telur ayam grd A
2 sudu besar susu pekat manis
280 ml santan pekat
1/2 sudu besar instant yeast

Inti Durian
5 ulas isi durian
1 sudu besar susu pekat manis

Acuan Pukis, oles minyak atau marjerin

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan adunan di dalam blender,
  2. Kisar hingga sebati.  Rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang.
  3. Untuk inti, lecek isi durian dan susu pekat hingga halus.
  4. Panaskan acuan pukis, tuang setengah adunan.
  5. Isi dengan inti durian dan tuang adunan hingga penuh.
  6. Tutup acuan dan masak dengan api perlahan hingga masak.


Kue Pukis Durian


Kue Pukis Durian shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
5 Aug 2018 0 comments

Kerabu Kerang Ala Thai

Kerabu Kerang Ala Thai -

Kerabu Kerang Ala Thai

Bahan-bahan
1 kg kerang
5 ulas bawang putih
6 tangkai cili padi atau lebih
1 batang serai, hiris halus
1 sudu besar sos ikan
4 sudu besar jus limau nipis
1/2 keping gula melaka atau gula somtam
Garam dan gula secukup rasa
1/2 cawan tomato ceri, belah 2
3 biji limau nipis, hiris
1 ulas bawang merah, hiris
1 tangkai daun ketumbar, hiris

Cara-cara :

  1. Cuci kerang hingga bersih.
  2. Didihkan air dalam periuk, masukkan kerang dan masak sebentar.
  3. Masak dalam 3-4 minit jangan sampai kerang terbuka.
  4. Toskan dan masukkan ke dalam bekas berisi air ais.
  5. Toskan dan buka kulitnya separuh, masukkan ke dalam pinggan.
  6. Tumbuk kasar bawang putih, cili padi dan serai.
  7. Masukkan gula melaka, tumbuk hingga gula hancur.
  8. Masukkan perahan jus limau, sos ikan, gula dan garam. gaul rata.
  9. Akhir sekali masukkan tomato ceri dan hirisan limau nipis.
  10. Tumbuk2 sedikit dan gaul rata.  Tuang ke atas kerang, gaul rata.
  11. Hidang dengan hirisan bawang merah dan daun ketumbar.


Kerabu Kerang Ala Thai


Kerabu Kerang Ala Thai shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
2 Aug 2018 0 comments

Macaroons Strawberi & Kelapa

Macaroons Strawberi & Kelapa -

Macaroons Strawberi & Kelapa
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Resipi : Chef Zam

Bahan-bahan:
4 biji putih telur
100g gula halus
1 sudu teh ekstrak vanilla
370g kelapa parut kering kasar
1 cawan strawberi - dipotong dadu

Acuan berlubang yang digris atau dulang yang di alas kertas minyak


Kaedah:
  1. Panaskan ketuhar pada suhu 160*C.
  2. Pukul putih telur, gula, dan vanilla pada kelajuan sederhana sehingga kembang. 
  3. Kaupbalik kelapa ke dalamnya hingga sebati. 
  4. Adunan akan menjadi basah dan melekit. 
  5. Tutup adunan dengan plastik wrap dan biarkan di dalam peti ais selama 30 minit dan kelapa akan menyerap semua cecair.
  6. Sementara itu, tekap strawberi dengan tuala kering. 
  7. Kaupbalik strawberi ke dalam adunan kelapa.
  8. Sudukan adunan ke atas acuan hingga penuh. 
  9. Pastikan bentuknya padat dan kemas.
  10. Bakar sehingga keperangan lebih kurang 20-22 minit.


Macaroons Strawberi & Kelapa


Macaroons Strawberi & Kelapa shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
1 Aug 2018 0 comments

Pulut Pandan Jala Mas

Pulut Pandan Jala Mas -

Pulut Pandan Jala Mas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan beras pulut
1/2 cawan santan kotak
1/2 cawan air
setitis pewarna hijau
3 sudu besar gula pasir
1/4 sudu teh garam
10 helai daun pandan, potong2

Kacang hijau tanpa kulit atau bijan (sangai)
Kacang tanah goreng, tumbuk kasar
Kelapa parut muda, gaul sedikit garam
2 keping jala mas, di carik2

Penyediaan :

  1. Kisar daun pandan bersama 2 cawan air dan tapis.
  2. Cuci beras pulut dan rendam bersama jus daun pandan dan sedikit pewarna hijau selama 1 jam.
  3. Toskan dan kukus selama 20 minit hingga masak.  Angkat dan masukkan ke dalam bekas.
  4. Masak santan, air, gula dan garam hingga gula larut.
  5. Gaulkan bersama pulut tadi hingga rata.  Kukus semula selama 10 minit.
  6. Hidang pulut bersama taburan kelapa parut, jala mas dan kacang.
  7. Jika suka boleh dihidang bersama sos santan.


Sos Santan
500ml santan sederhana pekat
1 sudu besar tepung beras
1/4 sudu teh garam
1 helai daun pandan - di simpul

Cara-cara :
Satukan semua bahan, masak hingga pekat.

Pulut Pandan Jala Mas


Pulut Pandan Jala Mas shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;