Bahan bahan :
- 6-8 keping roti (sy pakai roti gardenia je…)
- 6 keping daging buger / daging cincang – agak2 la ( sy pakai daging buger ramli)
- Sos spageti Cendawan (Brand Kimball)
- 1 biji Bawang Holland (potong dadu)
- 1-2 biji bwg putih (xnk letak pn xpe)
- Cendawan Butang (dlm tin)
- 2-3 ketul Hotdog (goreng dulu potong kecil secara menyerong – xnk letak pun xpe)
- 2-3 keping Cheedar Cheese
- Mozarella Cheesa (utk tabur atas)
- 3-5 biji telur
- Sos Putih
- Campbell’s Cream Of Mushroom
- Susu full cream (sy guna brand DuthLady)
- Tuang sedikit Campbell’s Cream Of Mushroom kedalam kuali yg nie sy agak2 jer (2-3 sudu makan) , masukkan susu full cream lebih krg ½ cwn… kuah tidak terlalu pekat tidak terlalu cair… bila dah mendidih matikan api n terus tuang atas roti..proses terakhir sebelum tabur mozarella cheese
Cara cara :
Step 1
Ceraikan2 daging dlm kuali sampai hancur n sedikit masak (tanpa minyak…) angkat ketepikan..kemudian tumis bwg hollad n putih hingga naik bau kemudian masukkan daging buger, cendawan gaul sebati kemudian masukkan sos spageti cendawan… masukkan air sedikit.. gaul biar sampai daging masak…last masukkan hotdog yg telah dipotong td…
Step 2
Ambil Loyang yg hendak diguna atau bekas aluminium griskan dgn majerin…. Pecahkan 3 biji telur n pukul sebati… ambil roti satu persatu n celup pada telur kemudian susun dlm Loyang / bekas aluminium utk satu lapis…kemudian letakkan daging yg sudah siap masak td… bagi rata…ambil cheedar cheese di carik2 letak ats daging tadi…. Kemudian ulang semula proses…celup roti susun kemudian letak daging… dah siap curahkan sos putih panas2…taburkan mozarella cheese… n siap sedia utk dibakar pada suhu 160c 20-30 minit (bergantung pada jenis oven) api atas bawah
Lasagna Roti shared from shaed
Republish by The CC Resepi