11 Mar 2015 0 comments

Hilangkan hanyir ikan

Hilangkan hanyir ikan -






Sediakan bekas dan isikan dengan air yang dicampurkan dengan 2 sudu teh soda bikarbonat.Masukkan ikan yang telah disiang dan rendam didalam air tadi.Kemudian masukkan di dalam peti ais selama sejam.Selepas itu basuh ikan seperti biasa.Anda akan dapati ikan tidak berbau hanyir lagi.Selamat mencuba:)





Hilangkan hanyir ikan shared from shaed

Republish by The CC Resepi
10 Mar 2015 0 comments

Peria + udang lemak cili api

Peria + udang lemak cili api -

Peria + udang lemak cili api

Bahan2:


  • 3 biji peria katak (dipotong2)

    300 g udang

    Cili padi ditumbuk (ikut kepedasan yg diingini)

    2 batang serai dititik

    Serbuk kunyit (ikut warna kuning yg diingini)

    150 ml krim (boleh guna susu atau santan)


Cara2:


  1. Masuk krim, sedikit air, serbuk kunyit, serai, cili dan peria dlm periuk.

  2. Nyalakan api dan masak sehingga peria sedikit lembut. Sentiasa kacau kuah utk mengelakkan pecah minyak/lemak.

  3. Kemudian, masukkan udang. Rasakan garam dan gula.

  4. Apabila udang sudah masak, tutup api.






Nota: utk mengurangkan rasa pahit peria dalam kuah, rebuskan peria dahulu secara berasingan. Buangkan air rebusan tersebut.

Selamat mencuba.



Peria + udang lemak cili api shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;