24 Feb 2016 0 comments

Mini Rainbow Roll Cake

Mini Rainbow Roll Cake -

Mini Rainbow Roll Cake
Sumber :  Puan Ola-Ola (MAHN)

Bahan-bahan
6 biji telur
200gm tepung gandum - ayak
150ml minyak masak
200gm gula pasir
60ml santan kotak
1 sudu makan ovalete halal
1 sudu teh vanila
1/4 sudu teh garam

Loyang 8x8x3 gris dan alas dasar dengan kertas minyak

Penyediaan :
  1. Pukul telur, ovalet, gula, esen vanila dan garam dengan kelajuan tinggi hingga kembang dan pekat.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar dengan kelajuan pelahan hingga rata.
  3. Masukkan ke dalam mangkuk besar, masukkan minyak dan santan, kaup balik hingga bergaul rata.
  4. Bahagi adunan kepada 6 dan berikan pewarna ungu, biru, hijau, kuning, oren dan merah.  Lebih kurang 140gm setiap satu.
  5. Kukus adunan mengikut urutan warna, setiap lapisan selama 8-10 minit dengan api kecil.  Lap tutup pengukus setiap kali mengukus.
  6. Setelah masak, biarkan kek suam sedikit, potong menggunakan pisau bergerigi 3mm setiap lapisan, guna pembaris untuk mendapat lapisan yang sama besar.  Anggaran 30 potongan.
  7. Setiap potongan di sapu jem dan digulung ringan dan perlahan supaya tidak mudah patah.


Mini Rainbow Roll Cake


Mini Rainbow Roll Cake shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Feb 2016 0 comments

Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding

Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding -

Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding

Bahan Lapisan Bawah
1 cawan tepung beras
3 cawan air
1/3 cawan nasi sejuk
1/2 cawan kelapa kering
1/2 sudu teh garam

Bahan Lapisan Atas
1 cawan santan kotak KARA
1/4 cawan gula pasir
1/4 sudu teh garam
1 batang daun bawang - hiris halus

Hiasan  :  Daun bawang dan Bawang goreng - optional
Acuan Tako

Penyediaan :
Satukan semua lapisan bawah di dalam pengisar dan kisar hingga halus.  Ketepikan.
Satukan semua lapisan atas, kacau rata, masukkan daun bawang.
Gris acuan Tako dengan minyak masak.  Panaskan sebentar.
Kacau lapisan bawah dan tuang 1 senduk kecil adunan ke dalam acuan hingga penuh.  Biarkan seketika hingga bahagian tengah berlekuk.


Masukkan 2 sudu kecil adunan atas, tabur dengan hirisan bawang dan bawang goreng.


Kecilkan api dan masak hingga bahagian tepi keperangan.  Angkat menggunakan chopstick atau sudu.


Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding


Kuih Kelapa Thai / Thai Coconut Pudding shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;