4 Mar 2016 0 comments

Fudge Chocolate Chip Cookies

Fudge Chocolate Chip Cookies -

Fudge Chocolate Chip Cookies

Bahan-bahan
250gm gula aising
30gm serbuk koko atau serbuk coklat
1/4 sudu teh garam
2 biji putih telur (80gm)
1 sudu teh esen vanila
100gm chocolate chips

Penyediaan :

  1. Panaskan oven pada suhu 170C.
  2. Alas dulang pembakar dengan silpat mats atau parchment paper.
  3. Ayak serbuk koko, gula aising dan garam ke dalam mangkuk.  Masukkan sebiji putih dahulu dan esen vanila.  Kacau rata, jika pekat tambahkan baki putih telur hingga adunan menjadi likat seperti adunan brownies.
  4. Masukkan coklat chips dan kaup balik hingga bergaul rata.
  5. Sudukan 1/2 sudu teh ke atas dulang pembakar, jarakkan antaranya kerana biskut akan mengembang.
  6. Bakar selama 15-20 minit hingga bahagian atas berkilat dan sedikit retak.
  7. Tutup api dan biarkan biskut berada di dalam oven dengan pintu tertutup selama 15minit sebelum di keluarkan.
  8. Simpan di dalam bekas kedap udara.  Biskut ini tipis dan ranggup.
Fudge Chocolate Chip Cookies


Fudge Chocolate Chip Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
3 Mar 2016 0 comments

Pai Ayam / Chicken Pie

Pai Ayam / Chicken Pie -

Pai Ayam / Chicken Pie

Bahan-bahan
1 keping dada ayam
4 sudu besar mentega
2 sudu besar tepung gandum
1 labu bawang besar - cincang kasar
3 ulas bawang putih - cincang
1 mangkuk sedang sayur campur sejuk beku (carrot, jagung, kacang peas)
2 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar dairy heavy cream / susu cair
Sedikit garam
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
Pastry Puff - lembutkan pada suhu bilik
1 biji kuning telur untuk sapuan

Penyediaan :
  1. Rebus dada ayam hingga masak, tos dan carikkan isi ayam kecil-kecil.  Ketepikan.
  2. Cairkan mentega, tumis bawang putih dan bawang besar hingga naik bau.
  3. Masukkan air rebusan ayam, biar mendidih seketika.  Ambil satu senduk air rebusan, campurkan dengan tepung gandum, kacau hingga rata.  Tuang kembali ke dalam periuk.
  4. Masukkan dairy cream atau susu cair, kacau rata.  Perasakan dengan garam dan serbuk lada hitam secukupnya.
  5.  Akhir sekali masukkan isi ayam dan sayur campur, reneh sebentar, sos tidak terlalu pekat atau cair. Angkat dan tuang ke dalam bekas tahan panas.
  6. Potong pastry puff lebih besar dari saiz bekas.  Tutup bekas dengan potongan pastry puff dan sapu dengan kuning telur.
  7. Bakar di dalam oven pada suhu 200C selama 25-30 minit sehingga puff mengembang dan keperangan.
Pai Ayam / Chicken Pie


Pai Ayam / Chicken Pie shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;