Ayam Percik Kelantan
Bahan bahan
1 ekor ayam - potong 4
Bahan Kisar dan Perap
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Garam secukupnya
- Perap ayam dengan bahan kisar selama 1/2 jam, kemudian kukus / rebus sebentar dengan sedikit air hingga lembut. Ketepikan.
Bahan Kuah Percik
600ml santan pekat
2 sudu besar tepung gandum (larutkan dengan sedikit air)
1 labu bawang besar - hiris kecil
3 ulas bawang merah
1 inci halia - hiris kecil
1 batang serai - hiris halus
2 sudu kecil garam atau secukupnya
1 sudu besar gula - kuah biar rasa manis
1/2 keping asam gelugor
Penyediaan :
- Kisar bawang besar, bawang merah, halia dan serai hingga halus. Masukkan ke dalam periuk bersama santan dan masak dengan api sederhana. Sentiasa mengacaunya.
- Masukkan gula, garam dan asam gelugur. Bila mendidih, keluarkan asam gelugur supaya kuah tidak menjadi masam.
- Masukkan larutan tepung gandum dan masak sehingga kuah menjadi pekat dan berkilat. Perasakan sesuai selera. Ketepikan.
Penyediaan Ayam Percik
- Ayam yang di kukus dipanggang sebentar (ayam dah lembut kerana telah di kukus), tuang kuah percik dan balikkan di kedua-dua bahagian.
- Jika ayam tidak di kukus, setelah di perap, panggang ayam hingga masak, kemudian tuang kuah percik di atasnya sambil di balik-balikkan kedua bahagian hingga ayam betul-betul masak.
- Untuk menghidang, masukkan ayam panggang ke dalam pinggan dan curah kuah percik di atasnya.
Ayam Percik Kelantan
Ayam Percik Kelantan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi