25 Nov 2016 0 comments

Bingka Ambon Medan

Bingka Ambon Medan -

Bingka Ambon Medan

Adunan Yis
50 ml air suam
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar ragi instant
2 sudu besar tepung gandum

Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata.   Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit hingga berbuih.  Ketepikan.

Bahan-bahan
3 helai daun pandan
1 batang serai - di ketuk
10 kuning telur ayam
500 ml santan kelapa pekat
5 helai daun limau purut - carikkan
1/2 sudu teh garam
125 gm tepung ubikayu / tepung sagu
250 gm gula pasir

Penyediaan :
  1. Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam hingga mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pekat.  Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis.
  3. Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan hingga sebati.  Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam hingga mengembang.
  4. Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur hingga minyak panas.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja) pada suhu 180C selama 30 - 35 minit dengan pintu oven sedikit terbuka.
  6. Tukar kedudukan loyang di rak tengah dan bakar api atas dan bawah sehingga permukaan bingka kecoklatan.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong.


NOTA :  Pintu oven perlu di renggangkan sedikit kerana adunan bingka menggunakan adunan yis yang mudah hangus.
Tepung ubikayu boleh di gantikan dengan tepung sagu kerana rasanya lebih sedap.

Bingka Ambon Medan


Bingka Ambon Medan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
23 Nov 2016 0 comments

Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio -

Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan
300gm spaghetti, rebus hingga lembut, toskan
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu kecil serbuk cili
1 cawan daun bayam (baby spinach)
1/4 cawan daun parsley - hiris
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam
100gm isi udang
1/2 biji lemon

Penyediaan :
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau hingga udang berubah kemerahan.
Masukkan garam, perahan jus lemon dan serbuk cili.  Kacau rata.
Masukkan daun parsley dan baby spinach.
Kacau sebentar dan masukkan spaghetti yang telah di rebus.
Kacau rata dan sedia di hidangkan.

Spaghetti Aglio Olio


Spaghetti Aglio Olio shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;