Puding Sagu Selasih Gula Merah
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
1 cawan sago kecil
1 sudu besar biji selasih
1 liter air untuk merebus
1 cawan santan pekat (kotak)
1/2 sudu besar gula
1/4 cawan air
1/4 sudu teh garam
Sirap Gula
1 cawan gula merah
1/3 cawan air
2 helai daun pandan
Satukan gula merah, air dan daun pandan.
Masak hingga gula larut, kemudian tapis. Biarkan sejuk.
Potongan buah-buahan yang di sukai
Cara-cara :
- Rendam biji selasih hingga kembang, toskan. Cuci sagu, toskan.
- Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan sagu.
- Masak hingga sagu menjadi jernih. Angkat dan toskan ke dalam penapis.
- Alirkan air paip ke atas sagu dan bilas beberapa kali sehingga kanjinya hilang.
- Toskan sekali lagi kemudian gaulkan dengan selasih.
- Dalam periuk, satukan santan, gula, air dan garam.
- Masak hingga panas saja, tidak perlu mendidih.
- Sejukkan santan dahulu, kemudian gaulkan dengan sago selasih tadi.
- Masukkan ke dalam gelas tinggi atau cawan dessert dan simpan di dalam peti sejuk.
- Untuk menghidang, tuang sirap gula merah dan tabur dengan potongan buah-buahan.
Puding Sagu Selasih Gula Merah
Puding Sagu Selasih Gula Merah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi