21 Mar 2014 0 comments

Spaghetti Bolognese

Spaghetti Bolognese -

524274_3030354520900_243932245_n







Bahan-bahan:



  • 1 paket spaghetti (San Remo)

  • 1 tin Prego Tradisional

  • 1 tin kecil tomato puree (Kimball)

  • 1 paket daging/ayam cincang (Ramly)

  • 4-5 batang sosej (potong kecil2..jgn hancur..)

  • 1 labu bawang India - potong dadu (yg wrna kuning tu..kalau tak da..bwg besar pun boleh)

  • 4-5 ulas bawang putih - potong dadu kecil2

  • 2-3 batang saderi - ptong dadu kecil2

  • cendawan butang - hiris nipis2

  • 1 biji tomato - potong dadu

  • lada hitam

  • garam/gula

  • ajinamoto (optional)

  • 2-3 sudu tepung jagung

  • minyak masak & air

  • hiasan : hirisan carrot & brokoli rebus




Cara-cara



  1. Rebus spaghetti dalam air yg mendidih banyak. masukkan sedikit garam.minyak masak. rebus sampai lembut.. lepas tu tos kan air nya.. bilas sekali lalu dengan air sejuk..

  2. Panaskan minyak.. tumis bawang India & bawang putih sehingga kekuningan

  3. Masukkan daging cincang.. goreng sedikit garing.. kemudian masukkan sosej & batang saderi.. biar kan sekejap..

  4. Masukkan sos Prego, tomato puree & air secukupnya.. (air lebih kurang 1 ke 2 tin sos Prego tu).. tunggu mendidih..

  5. Masukkan cendawang butang & tomato..

  6. Masukkan garam secukup rasa. masukkan lada hitam sesedap rasa.. kalau nak pedas..boleh taruh banyak..

  7. Masukkan air bancuhan tepung jagung untuk pekat kan kuah.. sampai tahap pekat yang dikehendaki..

  8. Rasa.. kalau dah sedapppp.. boleh di hidangkan dengan hirisan carrot & brokoli rebus - MyResepi







Spaghetti Bolognese shared from shaed

Republish by The CC Resepi
20 Mar 2014 0 comments

Jus kedondong asam boi

Jus kedondong asam boi -
Pokok kendondong di rumah saya ni sentiasa berbuah . Buah kendondong madu sedap dimakan macam tu saja atau boleh juga dibuat jus . Yummy alhamdulillah sangat sedap jus kedondong ni..






BAHAN-BAHAN :



20 biji buah kendondong masak ranum

8-10 biji asam boi - boleh tambah

air masak secukupnya

gula secukup rasa

ais



CARA BUAT JUS :



Kupas semua kulit buah kendondong dan diambil isi buah , ambil semua isi asam boi . Masak air secukupnya bersama gula untuk dibuat air gula , ketepi kan dulu .Masukkan buah kendondong bersama asam boi ke dalam blender dan masukkan air secukupnya . Kisar sampai buah kedondong dan asam boi hancur dan sebati dgn air . Tuangkan jus kedondong ni dlm jug kemudian boleh la ditambah air gula secukupnya . Hidangkan jus kedondong dengan air .





Jus kedondong asam boi shared from Nennie

Republish by The CC Resepi
10 Mar 2014 0 comments

MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang

MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang -
Lima penumpang melakukan daftar masuk bagasi penerbangan MH370 yang hilang tetapi tidak menaiki pesawat tersebut.

Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam (DCA) Datuk Azharuddin Abdul Rahman mengesahkan laporan bahawa lima penumpang telah membeli tiket dan membuat pendaftaran bagasi tetapi tidak terbang.

Beliau berkata MAS telah mengeluarkan bagasi penumpang-penumpang berkenaan setelah mengetahui mereka tidak menaiki kapal terbang itu, mengikut prosedur standard.

gambar hiasan
gambar hiasan


“Tetapi kita perlu mengeluarkan bagasi yang telah didaftar masuk …kita telah melakukannya terhadap pesawat ini,” katanya.


Beliau berkata bagasi tersebut adalah’bersih’ setelah menjalani pemeriksaan.

Beliau juga berkata pihak berkuasa masih menunggu analisis sampel minyak diambil dari tompokan di laut untuk menentukan sama ada ia adalah dari pesawat yang hilang.

Seorang lagi pegawai berkata keputusan kajian mungkin diperolehi selewat-lewatnya petang Isnin.

“Kami sedang melihat setiap sudut. Kami meninjau setiap aspek apa yang mungkin boleh berlaku,” katanya - Mstar Online



MH370: Lima Penumpang Daftar Bagasi Tapi Tidak Terbang shared from shaed

Republish by The CC Resepi
9 Mar 2014 0 comments

Gambar serpihan pesawat yang ditemui, dakwa China

Gambar serpihan pesawat yang ditemui, dakwa China -

Serpihan_MH370 Media China melaporkan beberapa serpihan pesawat dilaporkan ditemui di luar pantai Timur Barat Malaysia, namun ia masih belum dapat disahkan sebagai milik pesawat MH370 milik Malaysia Airlines yang hilang.

Serpihan terbabit ditemui di kawasan longitud 103.29 darjah timur dan latitud 6.42 darjah utara kata Li Jiaxiang, Pegawai kanan Pentadbiran Penerbangan Awam China

“Penemuan ini bagaimanapun masih menanti pengesahan daripada pasukan mencari yang tiba di lokasi,” ujarnya melalui satu laporan berita.

“Kita masih lagi belum pasti dengan lokasi sebenar pesawat tersebut, dan masih berharap akan keajaiban bahawa semua penumpang selamat,” kata Li seperti dilaporkan oleh China News yang dipetik Astro Awani.

“Ia juga masih belum jelas pada ketika ini sekiranya pesawat tersebut terlibat dalam serangan pengganas,” tambahnya.

Laporan lain juga menyebut, serpihan itu konsisten dengan satu gambar serpihan yang diambil oleh seorang penumpang yang menaiki sebuah lagi pesawat Malaysia Airlines dari Beijing ke Kuala Lumpur, yang mendarat pagi Ahad.

Gambar-gambar tersebut dikatakan sebagai imej serpihan yang terapung di permukaan laut, setelah 90 minit perjalanan dari Kuala Lumpur.

Semalam, pesawat Tentera Udara Vietnam mengesan dua tumpahan besar minyak di kawasan di mana pesawat Boeing 777-200 MAS itu dilaporkan hilang dan sehingga kini , proses mencari MH370 yang membawa 239 orang itu masih dijalankan, lapor Astro Awani. Gambar di atas yang disiarlan laman Weibo.com






Gambar serpihan pesawat yang ditemui, dakwa China shared from shaed

Republish by The CC Resepi
5 Mar 2014 0 comments

Chocolate Cheese

Chocolate Cheese -

BAHAN A

250 gm cream cheese

60 gm gula halus - hana kurangkan 50g shj

1 biji telur

1 sudu besar air

1 sudu besar tpng gandum

Cara-cara

Pukul cream cheese bersama dngn gula hingga sebati.

Masukkan telur diikuti dngn air dan tepung gandum. Pukul lagi dan gaul sebati.

Biarkan sebentar.

BAHAN B (KEK)

2 biji telur

1 cwn gula halus

1 sk vanilla

sedikit garam

1/2 cwn air panas didih

1/2 cwn cwn susu segar/cair

1/2 cwn minyak jagung/masak

1 cwn tpng gandum*

3 sudu besar sebuk koko*

1 sudu kecil baking soda*

1/2 sudu kecil baking powder*(* bahan2 perlu diayak dulu)

Cara-cara

Pkl telur didalam bekas lain bersama gula sehingga kembang.

Setelah kembang masukkan vanilla dan garam.

Masukkan air panas,susu dan minyak.

Setelah itu masukkan tpng gandum,b.soda, b. powder dan serbuk koko yg telah diayak dan gaul sebati.

Biarkan sebentar dan bahagi pada 2 bahagian. Bahagikan pada 2 bahagian.

CARA MEMASAK

Panaskan kukusan dan balut dengan kain penutupnya. Guna api sederhana je.

Sapukan sedikit minyak/mentega di sekeliling loyang dan alas dngn kertas minyak.

Tuang adunan coklat, tutup loyang dngn aluminium foil dan kukus selama 15-20 minit.

Buka aluminium foil dan tuang adunan cream cheese diatasnya, tutup semula guna aluminium foil dan kukus selama 15 minit.

Setelah itu tuang lagi adunan coklat selebihnya, tutup lagi guna aluminium foil dan kukus lagi selama 20 minit.

Setelah benar2 sejuk, boleh potong dan hidangkan.






Chocolate Cheese shared from shaed

Republish by The CC Resepi
3 Mar 2014 0 comments

Cheese Cake

Cheese Cake -



Bahan-bahan :



  • 200g cream cheese

  • 400ml susu cair

  • 100g mentega

  • 100g tpg gndum

  • 100g gula kastor

  • 4bj telur

  • 1sudu teh esen vanila


Cara Memasak :


  1. Masukn susu dan cream cheese dlm periuk, kacau sampai cair dengan api perlahan. Masukn mentega dan kacau lg hngga cair. Tutup api.

  2. Asingkn telur putih dan kuning. Pukul telur putih dan gula hingga kental.

  3. Pukul telur kuning dalam 1 bekas lain hingga kmbang msukkan adunan cream cheese tadi, kacau sebati. Masukn tepung sikit2, kacau sebati.tmbhkn esen vnila.sebatikan.

  4. Masukkn telur putih yang dipukul td.Sebatikan.

  5. Sapu loyang dengan mentega, tuang adunan tadi

  6. Bakar api atas bwah 150°c guna doubleboiling. Bakar selama 1jam.

  7. Biarkan sejuk seketika, kemudian terbalikkn.






Cheese Cake shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang

Kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang -




Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.



Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau.



“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.



“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.



sinarharian



Kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang shared from shaed

Republish by The CC Resepi
2 Mar 2014 0 comments

Nasi Goreng

Nasi Goreng -



Bahan-bahan :


  • 1 pinggan nasi putih

  • 1 gengam ikn blis

  • 2 bji bawang merah

  • 2 ulas bawang putih

  • Setengah peket sebuk perencah nsi goreng

  • Minyak msak utk mnumis


Cara Memasak :

Tumis bwg merah,putih &ikan blis..kmudian msukkn nsi putih&srbuk perncah nsi goreng..msak skjap sblm dipadamkan apinye..



BAWANG BESAR KICAP




Bahan-bahan :



  • Bawang besar dihirs

  • Kicap cair manis

  • Lada hitam

  • Minyak masak untuk menumis.


Cara-cara :

Tumis bawang besar tu hingga layu..dh layu msukkn kicap & lada hitam. Masak sekejap sblm dipadamkn apinya.




*klu campur dgn hirisan biji petai pn sdap..




Nasi Goreng shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

PUDING MILO LAPIS OREO

PUDING MILO LAPIS OREO -







Bahan-bahan :


  • 10g serbuk agar2

  • 750ml air

  • 150g gula

  • 1 tin susu cair (400ml)

  • 3/4cawan milo

  • satu bungkus oreo (135g) - patahkan 2




Cara-cara :



  1. Masak serbuk agar2 dan air sehingga larut. Masukkan gula dan masak hingga larut. Masukkan susu cair kacau sebati hingga mendidih.

  2. Bahagikan 2 bhgn dan 1 bhgn dicampurkan milo dan kacau hingga sebati.

  3. Bahagikan 1 bhgn milo kpd 2 bhgn. Masukkan 1 bhgn milo ke dlm acuan.

  4. Apabila mengeras sedikit, tuangkan adunan putih tadi. taburkan biskut oreo. Sejukkan sebentar sehingga mengeras sedikit kemudian tuangkan pula baki milo tadi. Sejukkan sekejap dgn suhu bilik kemudian masukkan peti sejuk. Potong dan Hidangkan.







PUDING MILO LAPIS OREO shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Kek Marble

Kek Marble -



Bahan-bahan :



  • 250g mentega

  • 250g gula halus

  • 250g tepung naik sendri

  • 5biji telur gred B

  • 2sudu serbuk koko

  • 2sudu air panas


Cara-cara :


  1. Putar mentega dengan gula halus sehingga kembang

  2. Masukn telur 1/1. Masukn tepung sedikit2, putar sebati

  3. Bancuh serbuk koko dan air panas.

  4. Tuang adunan ke dalam loyang.kmudian tuang adunan koko dan marblekn

  5. Boleh guna sudu lorekkn adunan.

  6. Bakar pada suhu 180’c selama 1jam.







Kek Marble shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

AYAM BAKAR ALA2 KENNY ROGER

AYAM BAKAR ALA2 KENNY ROGER -

Bahan-bahan :


  • 1 ekor ayam - bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil


Bahan - bahan untuk perapan ayam


  • 3 biji bawang besar

  • 4 biji bawang putih

  • 1 inci halia

  • 3 sudu sos lada hitam

  • 1 sudu lada hitam tumbuk

  • 2 sudu madu

  • 1 ketul kiub ayam Knorr

  • 2 sudu gula perang

  • 2 sudu herba campuran

  • 1 1/2 sudu teh garam halus

  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan perapan


Cara-cara :


  1. Campur kesemua bahan perapan dengan sedikit air dan kisar.

  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perap selama 2 jam.

  3. Sapu sedikit minyak keseluruhan ayam kemudian bakar.

  4. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak.

  5. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak dan campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.






AYAM BAKAR ALA2 KENNY ROGER shared from shaed

Republish by The CC Resepi
1 Mar 2014 0 comments

PUCUK UBI TUMBUK GORENG

PUCUK UBI TUMBUK GORENG -





----------- Bahan------------

1 ikat pucuk ubi - tumbuk, ketepikan

2 ulas bawang merah - tumbuk

2 ulas bawang putih - tumbuk

halia sebesar ibu jari - tumbuk

sedikit ikan bilis - basuh

minyak masak

serbuk perasa/tumix



----------cara--------



tumiskan bahan tumbuk termasuk ikan bilis

masukkan pucuk ubi yang telah ditumbuk, gaul sekejap

perasakan dengan garam, tumix, (sesudu kecil gula) terpulang kalu nak bubuh




PUCUK UBI TUMBUK GORENG shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

TEPUNG TALAM SAGU.

TEPUNG TALAM SAGU. -

sarapan pagi tadi...TEPUNG TALAM SAGU..



RESEPINYE.

Lapisan bawah nye :-

2cawan tepong gandum

2 cawan gula

1 cawan tepung ubi

1 cawan air pandan

1/2 sudu teh pewarna hijau

1/2 sudu te garam

5-7 cawan air

Semua bahan ini di bancuh dan di masak atas api hingga naik wap,tuang dalam loyang pengukus,sementara itu buat lapisan atas nye..



Lapisan atas nye:-

2 cawan tepong beras

5-6 cawan santan

1 sudu teh garam

1/2 cawan gula

1 cawan sagu biji,di basuh

Semua bahan ini di bancuh dan di masak atas api sampai naik wab dan di tuang atas lapisan bawah tadi yg sedang di kukus.....kukus hhingga 45 min..




TEPUNG TALAM SAGU. shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Ikan Bawal Masak Kicap

Ikan Bawal Masak Kicap -

Bahan-bahan :



  • 1 ekor ikan bawal sdrhna besar

  • 3 bj bwg besar

  • 3 ulas bwg putih

  • 3 bj cili merah

  • 3 bj cili hijau

  • 1 inci halia

  • Kicap lemak manis


Cara Memasak :


  1. Ikan d bersihkan kemudian lumur dgn garam dan kunyit.

  2. Panaskan minyak. Goreng ikan tadi garing2

  3. Tumis bwg, cili, halia, then msukkn kicap.

  4. Tutup api n curahkn kuah atas ikan. Siap.

  5. Rgkas... mudah... cepat d sediakan...






Ikan Bawal Masak Kicap shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

Bunga-bunga ros di Laman Nennie

Bunga-bunga ros di Laman Nennie -
Semuanya cantik , alhamdulillah .






























































































Bunga-bunga ros di Laman Nennie shared from Nennie

Republish by The CC Resepi
 
;