Biskut Afghan / Afghan Cookies
K1@citarasawan
Bahan-bahan
200gm mentega
20gm shortening
80gm gula perang
200gm tepung gandum
1/2 sudu teh soda bikabonat
20gm serbuk koko
30gm walnut cincang
Hiasan : Coklat masakan cair
walnut cincang (sangai dahulu)
Cara-cara :
1. Pukul mentega, shortening dan gula perang hingga berkrim.
2. Masukkan tepung, soda bikabonat, serbuk koko dan walnut cincang. Uli menjadi doh.
3. Ambil sebesar ibu jari dan susun di dalam loyang. Bakar pada suhu 160C selama 20-25 minit.
4. Sejukkan dahulu, sudukan atau paip coklat cair di atas biskut dan tabur dengan walnut cincang.
5. Simpan di dalam bekas kedap udara.
Biskut Afghan / Afghan Cookies
Biskut Afghan / Afghan Cookies shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment