Biskut Sarang Semut
Sumber : Cendanakasih
Bahan-bahan
150gm mentega
50gm gula aising
1 sudu teh esen vanila
150gm tepung gandum
100gm tepung kastard
30gm tepung jagung
1/2 sudu teh baking powder
cawan kertas secukupnya
Hiasan : chocolate rice, manik hundred thousand
Cara-cara :
1. Satukan tepung, tepung kastard, tepung jagung dan baking powder. Ayak
2. Pukul mentega, gula dan esen vanila hingga sebati. Masukkan campuran tepung dan uli menjadi doh.
3. Masukkan ke dalam acuan berlubang (alat penekan ubi kentang), dan tekan doh keluar. atau menggunakan pemarut.
4. Ambil doh menggunakan garpu dan masukkan ke dalam acuan kertas.
5. Bakar di dalam oven yang dipanaskan dahulu pada suhu 160C selama 20-25 minit.
Biskut Sarang Semut
Biskut Sarang Semut shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment