31 Dec 2016 0 comments

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich -

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich

Bahan-bahan
Roti Sandwich
Telur segar
Timun - hiris
Tomato - hiris
Salad - hiris
Sedikit garam dan serbuk lada putih

Cara Memasak Telur Mata
Masukkan air ke dalam periuk non-stick yang rendah, sedikit garam dan cuka.  Biarkan mendidih.
Pecahkan dahulu telur ke dalam cawan, kemudian tuang perlahan-lahan ke dalam air mendidih.
Perlahankan api, tutup periuk dengan penutup dan biarkan telur terendam selama 4 minit.
Selepas itu angkat telur dengan senduk berlubang dan toskan di atas tisu dapur.

Penyediaan Sandwich
Bakar kepingan roti sebentar.
Letak hirisan timun, tomato dan salad
Letak telur mata dan tabur sedikit garam dan serbuk lada sulah.
Boleh juga di renjis dengan kicap cair sebagai perasa.

Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich


Sandwich Telur Mata / Poached Egg Sandwich shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
30 Dec 2016 0 comments

Ayam Tandoori / Tandoori Chicken

Ayam Tandoori / Tandoori Chicken -

Ayam Tandoori / Tandoori Chicken

Bahan Perap
4 keping paha ayam tanpa kulit, kelar
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil garam
1 sudu besar jus lemon

Gaul dan perap selama 1 jam di dalam peti sejuk

Bahan Rempah
6 sudu besar yogurt pekat
2 sudu kecil garam
1 sudu besar pes halia dan bawang putih
Jus limau nipis
1/2 sudu besar serbuk lada hitam
1/2 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar garam masala
1 sudu besar serbuk jintan manis
1 sudu besar serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
Sedikit pewarna merah
1 sudu besar daun fenugreek kering / parsley kering
2 sudu besar minyak sayur

Satukan semua bahan kecuali minyak, gaul sebati.


Cara-cara :
Cuci ayam, buang kulit dan kelar beberapa bahagian supaya rempah menyerap dengan rata.
Gaul rata bersama bahan-bahan perap dan biarkan selama satu jam di dalam peti sejuk.
Satukan semua bahan rempah, kemudian gaul bersama perapan ayam tadi.
Letak minyak sayur dan gaul hingga sebati.

Letak di atas dulang pembakar dan bakar pada suhu 200C selama 20-25 minit hingga ayam masak.
Untuk lebih aroma, panggang ayam di atas bara api.
Hidang bersama chutney pudina, bawang jeruk dan perahan limau nipis.

Chutney Pudina / Mint Chutney
1 cawan daun pudina
1 cawan daun ketumbar
3 tangkai cili hijau
2 ulas bawang putih
1 hiris halia
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar jus lemon
1 sudu teh gula
3 sudu besar yogurt

Masukkan semua ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.  Sedia di hidangkan bersama ayam tandoori.

Jeruk Bawang
3 biji bawang besar merah
1 sudu besar cuka
Garam dan gula secukupnya

Gaul sebati.

Ayam Tandoori / Tandoori Chicken


Ayam Tandoori / Tandoori Chicken shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Dec 2016 0 comments

Kari Kepala Ikan Merah

Kari Kepala Ikan Merah -

Kari Kepala Ikan Merah

Bahan A
1kg kepala merah

Bahan Kisar
2 labu bawang besar (merah)
5 ulas bawang putih
4cm halia
30gm cili kering (rendam dlm air panas) atau 1 sudu besar cili boh
minyak untuk menumis

Bahan Rempah (di gaul bersama)
2 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil serbuk jintan putih
35gm (1 1/2 bungkus kecil) serbuk kari ikan
100ml air asam jawa 

Bahan D
1 liter santan
10 biji bendi
4 biji terung bulat di belah
2 biji tomato di belah
2 tangkai daun kari
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara :
Tumis bahan kisar hingga naik bau.
Masukkan daun kari dan bahan rempah yang telah di gaul dengan sedikit air asam jawa.  Masak hingga terbit minyak.
Masukkan santan, kacau hingga sebati, perasakan dengan gula dan garam.
Biarkan mendidih sekejap, masukkan terung dan bendi biarkan sayur separuh masak.  Masukkan pula kepala ikan dan buah tomato.  Kecilkan api dan biarkan merenih hingga pecah minyak.

Kari Kepala Ikan Merah



Kari Kepala Ikan Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam Pedas Ikan Pari

Asam Pedas Ikan Pari -

Asam Pedas Ikan Pari
Sumber :  CMG @ Dapur Tanpa Sempadan

Bahan-bahan
600 gram ikan pari
12 batang bendi muda
1 biji tomato, belah 6
1 genggam daun kesom
1 kiub ikan bilis (optional)
1 senduk nasi penuh cili kisar
1/2 camca teh pes asam jawa
1/2 camca teh lada hitam biji, tumbuk halus
Garam dan gula secukup rasa

Bahan Kisar Halus
6 biji bawang merah kecil
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan, dibakar
3 biji cili merah, buang biji

Cara-cara :
  1. Ikan pari dipotong ikut suka, cuci dan perap dengan jus limau nipis selama 10 minit, kemudian cuci bersih dan toskan. Bendi dicuci dan kerat sedikit pangkalnya. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam periuk (anggaran 4 camca besar). Tumis bahan2 kisar halus hingga harum, masukkan cili kisar, kacau dan masak hingga cili garing dan naik minyak. Guna api kecil dan kacau selalu.
  3. Masukkan pes asam jawa, kacau rata dan tuang air secukupnya (anggaran 600ml), biar mendidih. Masukkan ikan pari, bendi dan daun kesom, kacau dan masak hingga ikan masak dan bendi lembut. 
  4. Masukkan lada hitam, kiub ikan bilis, tomato, garam secukup rasa dan sedikit gula. masak sekejap.  Angkat dan hidangkan bersama nasi putih, sayur dan telur dadar
Asam Pedas Ikan Pari


Asam Pedas Ikan Pari shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bawal Masak Sambal Kicap

Bawal Masak Sambal Kicap -

Bawal Masak Sambal Kicap

Bahan-bahan
1 ekor ikan bawal sederhana saiz
4 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 labu kecil bawang besar - potong bulat
2 tangkai cili merah - hiris menyerong
1 tangkai daun ketumbar - hiris kasar
3 biji limau kasturi - perah jus
2 sudu besar kicap manis
2 sudu besar kicap masin
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos tomato
1/2 cawan air
Minyak untuk menumis

Cara-cara

  1. Bersihkan ikan dan kelar.  Lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
  2. Goreng hingga masak, angkat dan toskan.
  3. Tumbuk bawang merah dan putih.  Panaskan sedikit minyak, tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan hirisan bawang besar, cili dan daun ketumbar.  Tumis hingga bawang layu.
  5. Masukkan kicap manis, kicap masin, sos tiram, sos tomato, sedikit air dan perahan jus limau kasturi.
  6. Masak hingga mendidih.  Masukkan ikan, biarkan seketika.
  7. Angkat, letakkan ikan ke dalam pinggan dan tuang sambal kicap diatasnya.
  8. Tabur sedikit hirisan daun ketumbar sebagai hiasan.


Bawal Masak Sambal Kicap




Bawal Masak Sambal Kicap shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 Dec 2016 0 comments

Sambal Air Asam Budu

Sambal Air Asam Budu -

Sambal Air Asam Budu

Bahan
20 biji cili padi merah siam
2 biji bawang merah
1 inci belacan
Gula secukup rasa
1/3 cawan jus asam jawa
4 - 5 biji limau kasturi, ambil jusnya
1/2 cawan Budu
Hirisan bawang besar, untuk hiasan

Cara:
Tumbuk cili padi, bawang merah, belacan hingga hancur dan lumat.
Tuang budu, jus asam jawa dan jus limau kasturi.
Tambah gula sebagai pengimbang rasa.

Sambal Air Asam Budu


Sambal Air Asam Budu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
25 Dec 2016 0 comments

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis -

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis

Bahan-bahan 
50 gm ikan bilis yang disiang
4 papan petai - ambil isinya
3 ulas bawang merah di kisar
5 sudu besar cili kisar
1 sudu kecil serbuk ikan bilis
1 sudu besar air asam jawa
sedikit air
1 labu bawang besar di hiris
garam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Panaskan minyak, goreng ikan bilis hingga garing.  Tos dan ketepikan.
Menggunakan minyak yang sama, masukkan cili dan bawang kisar.  Tumis dengan api perlahan hingga pecah minyak.
Masukkan bawang besar yang di hiris, ikan bilis dan petai.  goreng sebentar.  Kemudian masukkan air asam jawa, sedikit air dan perasakan dengan garam, gula dan serbuk ikan bilis.
Biarkan mereneh dan kuah menjadi pekat.  Angkat dan hidangkan dengan nasi.

Sambal Tumis Petai Ikan Bilis


Sambal Tumis Petai Ikan Bilis shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Acar Telur Masin Ala Thai

Acar Telur Masin Ala Thai -

Acar Telur Masin Ala Thai

Bahan-bahan
4 biji telur masin direbus dan di belah 4
2 sudu makan cuka
1 sudu makan sos ikan
1 sudu makan gula halus
Secubit garam
1 tangkai cili hijau / merah di hiris
2 ulas bawang merah di hiris
Sedikit daun ketumbar - hiris halus

Cara-cara :
Telur masin yang di potong di susun di dalam pinggan.
Gaulkan cuka makan, sos ikan bersama gula, garam hingga gula larut.
Masukkan hirisan cili dan bawang gaul rata dan tuangkan ke atas telur masin.
Tabur dengan daun ketumbar.

Acar Telur Masin Ala Thai


Acar Telur Masin Ala Thai shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Masak Lemak Pucuk Paku Ubi Badak

Masak Lemak Pucuk Paku Ubi Badak -

Masak Lemak Pucuk Paku Ubi Badak

Bahan
2 ikat pucuk paku, ambil bahagian lembut
2 cawan santan cair
1 cawan santan pekat
1/2 ketul ubi badak - potong dadu
4 ulas bawang merah
1 ulas bawang putih
1 tangkai cili merah - di belah 2
sedikit kunyit atau serbuk kunyit sebagai pewarna
2 sudu besar ikan bilis
1/2 labu bawang besar - di hiris
Sedikit garam

Cara :
Cuci ubi badak dengan sedikit garam untuk membuang lendirnya.  Bilas bersih.
Kemudian rebus hingga empuk.  Toskan.
Tumbuk kasar bawang merah, bawang putih dan ikan bilis.
Masukkan ubi badak ke dalam periuk bersama bawang tumbuk, santan cair dan hirisan bawang besar.
Masak sehingga hampir mendidih.
Tuang santan pekat, masukkan pucuk paku.
Masak sehingga pucuk paku lembut.
Sedia di hidangkan.

Masak Lemak Pucuk Paku Ubi Badak



Masak Lemak Pucuk Paku Ubi Badak shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Dec 2016 0 comments

Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak

Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak -

Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak

Bahan
3-4 sudu besar tempoyak
4 papan isi petai

Bahan Tumbuk
2 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
5-8 cili padi
Gula dan garam secukupnya
1 labu bawang besar di hiris nipis.
Segenggam ikan bilis
Sehelai daun kunyit muda diracik halus
1/4 sudu teh serbuk kunyit sebagai pewarna
5 sudu minyak masak utk menumis

Cara :
Panaskan minyak masak dan tumiskan bahan tumbuk sehingga naik bau.
Masukkan tempoyak, ikan bilis, petai dan sedikit air tunggu sehingga petai layu / masak.
Masukkan bawang besar, daun kunyit dan serbuk kunyit. Tunggu sehingga daun kunyit layu.
Hidang bersama nasi putih dan ulaman.

Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak


Sambal Ikan Bilis Petai Tempoyak shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sambal Kicap

Sambal Kicap -

Sambal Kicap

Bahan
Cili padi dipotong
Bawang merah dimayang
Kicap manis
Asam limau kasturi @ limau nipis

Campurkan kicap dan semua bahan.  Perahkan jus limau.
Sedia di nikmati dengan hidangan kegemaran.

Sambal Kicap


Sambal Kicap shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
21 Dec 2016 0 comments

Kuih Beroncong

Kuih Beroncong -

Kuih Beroncong
Sumber :  FB MAHI

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
200 gm kelapa parut muda
100 gm gula
1 biji kuning telur
500 ml air
1/2 sudu kecil garam halus
Sedikit kelapa parut muda untuk taburan
Pandan Pes - jika suka

Acuan Pukis atau muffin - leser minyak dan panaskan di atas dapur

Cara membuatnya :
Masukkan tepung gandum, kuning telur, air, gula dan garam, kisar sebentar.
Kemudian masukkan kelapa parut, kisar hingga sebati.
Panaskan acuan hingga minyak berdesir. Tuang adunan hingga penuh, kemudian tutup.

Bakar dengan api perlahan.  Bila permukaan hampir mengering, tabur sedikit kelapa parut muda diatasnya.

Tutup semula dengan penutup dan biarkan adunan mengering dan masak.
Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.

Kuih Beroncong


Kuih Beroncong shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Dec 2016 0 comments

Waldorf Salad / Salad Apple

Waldorf Salad / Salad Apple -

Waldorf Salad / Salad Apple

Bahan-bahan
1 biji apple merah
2 biji apple hijau granny smith
1/2 batang saleri, hiris
1/2 cawan kacang walnut - panggang sebentar
Daun lettuce
1/2 cawan yogurt rendah lemak
2 sudu besar mayonis rendah lemak
1 sudu besar madu
sedikit garam

Penyediaan :
Potong dadu apple merah dan hijau, gaul dengan jus lemon dan toskan.
Masukkan ke dalam mangkuk bersama saleri dan walnut.
Gaul rata dengan mayonis, yogurt, madu dan sedikit garam.
Simpan di dalam peti sejuk.
Hidang bersama daun lettuce.

Waldorf Salad / Salad Apple



Waldorf Salad / Salad Apple shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Dec 2016 0 comments

Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop

Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop -

Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop

Bahan-bahan
2 keping paha ayam debone
2 sudu kecil serbuk/pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu besar jus lemon

Bahan Salutan
1 biji telur - di pukul ringan
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan breadcrumbs

Cara-cara :
Gaul ayam bersama bahan-bahan perap hingga rata.  Perap selama 4 jam atau semalaman di dalam peti sejuk.
Salut ayam dengan tepung jagung hingga rata.
Kemudian celup kedalam telur dan akhir sekali celup dengan breadcrumbs hingga rata.
Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan.
Angkat dan toskan.

Sos Cendawan Blackpepper
1/2 biji bawang besar di potong dadu
1 sudu besar mentega
4 biji cendawan butang di hiris
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos black pepper
2 sudu besar kicap hitam
200ml air
100ml air + 1 sudu besar tepung jagung (utk pekatkan kuah)
Sedikit garam dan gula
Serbuk lada hitam kasar

Cara-cara :
Panaskan mentega dan tumis bawang hingga layu.  Masukkan semua sos, kicap, air dan cendawan butang.  Biarkan mendidih.  Kemudian tuang larutan tepung jagung untuk memekatkan kuah. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam kasar.
Kacau dengan api perlahan hingga kuah hampir pekat.  Angkat dan hidangkan bersama ayam dan bahan sampingan yang lain.

Kentang Putar
3 biji ubi kentang - potong dadu
2 sudu besar mentega
1/4 cawan susu segar atau whipping cream

Cara-cara :
Rebus kentang hingga empuk, lenyek ketika masih panas hingga halus.
Panaskan susu dan mentega hingga cair, masukkan ubi kentang dan gaul hingga sebati.
Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam dan putih secukupnya.

Hidangan Sampingan
Kentang Goreng, Tomato, Salad, Jagung, Broccoli, Tomato dan Carrot.

Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop


Chicken Chop Goreng / Fried Chicken Chop shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Dec 2016 0 comments

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah -

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah

Bahan A
1 cawan susu cair - (suam)
1 sudu kecil yis segera
2 sudu kecil gula kaster

Satukan ke dalam mangkuk, kacau rata, tutup dengan plastic wrap dan biarkan selama 15 minit hingga yis mengembang dan berbuih.

Bahan B
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar gula kaster
2 sudu kecil minyak sayur
1 sudu kecil garam

Bahan C
2 sudu besar Chinese 5 spices (boleh di beli di pasaraya)
1 sudu besar serbuk kayu manis
1 1/2 sudu kecil garam halus


Cara-cara :
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas besar, kacau dengan senduk kayu hingga menjadi doh yang lembut dan melekit.

Tutup bekas dengan plastic wrap dan simpan di dalam peti sejuk semalaman.
Keluarkan dari peti sejuk, tabur sedikit tepung pada doh dan papan canai.
Uli sehingga menjadi doh yang lembut.  Tutup dengan tuala lembab dan rehatkan selama 1 1/2 jam sehingga mengembang sekali ganda.

Buat lubang di tengah doh, masukkan 1 sudu kecil minyak, uli beberapa kali hingga menjadi doh yang lembut.
Tabur tepung dan canai persegi memanjang.  Buat kelaran melintang supaya mudah mengulung.

Ratakan bahan C (serbuk rempah) di atasnya, kemudian gulung.  Potong 2cm tebal.  Leperkan doh dengan tangan sebelum di goreng.  Salut tangan dengan tepung kerana doh agak melekit.

Panaskan minyak dan goreng hingga keperangan.

Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah


Chinese 5 Spice Doughnut / Donut 5 Rempah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
14 Dec 2016 0 comments

Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah

Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah -

Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah
Sumber :  Chef Thayaga@Kari Leafs

Bahan A 
40 gm tepung gandum
40 ml air
1 sudu kecil cuka makan
Satukan semua dalam mangkuk kecil, gaul rata.  Tutup dengan plastic wrap dan biarkan semalaman pada suhu bilik.

Bahan B 
1/2 sudu kecil gula kaster
1/4 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil tepung gandum
1 sudu besar air suam

Larutkan gula dan yis ke dalam air suam.  Tabur tepung dan biarkan selama 10-15min hingga yis kembang dan berbuih kecil.

Bahan C
125 gm tepung roti (high protein)
55 gm tepung gandum
1/4 sudu teh soda bicarbonate
35 gm gula kaster
1 sudu kecil garam halus
Secubit serbuk ammonia (optional)
120 ml air

Pes Kacang Merah, Bijan Putih
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara :
Ayak kedua tepung ke dalam mangkuk besar.  Masukkan soda bicarbonate, ammnonia, gula dan garam.  Gaul rata.
Masukkan bahan A dan bahan B.  Tambah air sedikit demi sedikit.  Gaul dan uli hingga menjadi doh yang lembut dan melekit.  Tutup adunan dengan plastik wrap dan biarkan selama 1 1/2 jam sehingga doh mengembang sekali ganda.
Tabur tepung gandum di papan pencanai dan lumur tangan dengan tepung, Uli doh dan memanjang dan potong kepada 6 bahagian.

Masukkan inti kacang di tengahnya dan bulatkan.  Spray sedikit air di permukaan doh dan tabur dengan bijan.

Tekan atau leperkan doh sebelum di goreng.

Panaskan minyak, goreng terendam dengan api sederhana panas hingga keperangan.
Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah


Ham Chim Paeng / Roti Goreng Kacang Merah shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;