Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin
Bahan-bahan
120 gm marjerin Puteri
180 ml air
170 gm tepung gandum, ayak
4 biji telur grade A
Penyediaan :
- Masukkan marjerin dan air ke dalam periuk dan masak hingga mendidih.
- Perlahankan api dan masukkan tepung gandum. Kacau dengan cepat sehingga menjadi segumpal doh.
- Angkat, biarkan doh suam atau sejuk dahulu.
- Kemudian masukkan telur satu persatu dan kacau hingga adunan likat dan boleh di picit.
- Masukkan ke dalam piping bag dan picit di atas dulang yang di alas baking paper. Ketepikan.
- Sementara itu sediakan bahan craquelin.
Bahan Craquelin
50 gm mentega
50 gm gula perang
60 gm tepung gandum
Penyediaan :
- Satukan mentega dan gula perang. Gaul menggunakan spatula hingga sebati saja, jangan di pukul.
- Masukkan tepung dan gaul sebati. Bungkus dengan plastic wrap dan simpan sebentar di dalam peti sejuk.
- Keluarkan dari peti sejuk dan canai, tidak terlalu nipis atau tebal. Potong empat segi atau boleh di terap.
- Letak potongan craquelin ke atas puff.
- Panaskan oven dahulu selama 10 minit. Bakar di rak atas pada suhu 200C selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180C dan bakar selama 15 minit lagi.
- Keluarkan dari oven dan sejukkan dahulu sebelum di isi dengan cream.
250 ml susu segar
2 biji kuning telur
50gm gula
1 sudu teh esen vanila
2 sudu besar tepung jagung
1/4 sudu teh garam
1/2 sudu teh mentega
Penyediaan :
- Satukan semua bahan kecuali mentega. Kacau rata dan tapis ke dalam periuk.
- Masak dengan api sederhana sambil di kacau hingga meletup-letup. Tutup api dan masukkan mentega, kacau hingga sebati.
- Masukkan ke dalam bekas, tutup dengan plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk sehingga mengeras.
- Keluarkan dan masukkan cream ke dalam piping bag.
- Potong puff tetapi jangan putus. Picit cream ke dalamnya.
Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin
Cream Puff Rangup / Cream Puff Craquelin shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi