Nasi Hujan Panas
Sumber : FB Atie Jumaat
Bahan-bahan
3 cawan Beras Basmathi (rendam 30 minit), toskan
1 cawan susu cair
1/2 cawan kismis
1 tin kecil minyak sapi
1 sudu makan gula perang
Garam secukup rasa
Pewarna hijau / merah / kuning
2 helai daun pandan (simpul)
1 pokok ketumbar
3 cawan air (guna cawan beras)
Rempah Kasar
2 batang kulit kayu manis
5 kuntum bunga lawang
6 kuntum bunga cengkih
10 biji buah pelaga
Bahan Kisar
2 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
2 inci halia
Cara Menyediakan
- Panaskan sedikit minyak dan minyak sapi, masukkan rempah kasar dan daun pandan di ikuti bahan kisar. Tumis hingga naik bau.
- Kemudian masukkan susu cair, air, gula dan garam secukup rasa. Biarkan mendidih. Tuang ke dalam rice cooker.
- Masukkan beras, kismis dan pokok ketumbar, gaul rata dan tanak sehingga nasi masak.
- Bila nasi telah masak, cucuk dengan chopstik dan buat beberapa lubang.
- Titiskan dengan pewarna merah, kuning dan hijau secara selingan di setiap lubang. Tutup periuk nasi biarkan selama 30 minit.
- Selepas itu kacau nasi dengan garpu perlahan-lahan supaya ketiga2 pewarna bercampur dan berwarna warni.
Cadangan Hidangan : Acar timun, Ayam masak merah, Kurma atau kerutup daging atau ayam.
Nasi Hujan Panas
Nasi Hujan Panas shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi