29 Nov 2017 0 comments

Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin

Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin -

Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin

Bahan-bahan
200 gm isi kelapa muda
50 gm kelapa parut putih
200 gm tepung pulut
100 gm tepung beras
200 ml air
1/2 sudu teh garam
1 biji telur

Penyediaan :
Satukan semua bahan dan gaul rata.

Oles non-stick pan kecil dengan sedikit minyak / marjerin.

Tuang 1 senduk adunan dan masak dengan api perlahan hingga bawahnya sedikit perang.
Terbalikkan dan biar beberapa minit hingga masak.

Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin


Lempeng Kelapa Thai / Kanom Ba Bin shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
28 Nov 2017 0 comments

Singgang Bendi

Singgang Bendi -

Singgang Bendi

Bahan-bahan
10 batang bendi, kerat 2 jika panjang
4 ulas bawang merah, hiris
3 ulas bawang putih, hiris
2 hiris lengkuas
2 hiris kunyit, jika suka (untuk warna), ketuk
1 biji tomato, belah 4
2 tangkai cili merah atau cili padi, ketuk
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
serbuk perasa
Air secukupnya

Cara-cara :
Satukan air, bawang hiris dan lengkuas dalam periuk.
Masak hingga mendidih.  Masukkan bendi, asam gelugur, kunyit, tomato dan cili.
Perasakan dengan garam dan perasa secukupnya.
Masak hingga bendi lembut.


Singgang Bendi


Singgang Bendi shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
27 Nov 2017 0 comments

Tauhu Begedil

Tauhu Begedil -

Tauhu Begedil

Bahan-bahan :
500gm ubi kentang 5-6 biji, kupas potong baji
100 gram daging cincang
1 kuning telur
1 sudu besar bawang goreng, ramas halus
1/4 sudu teh serbuk lada sulah
1/2 sudu teh garam
2 tangkai daun bawang, hiris halus

20 biji tauhu pok - gunting bentuk X di atasnya

Celupan :  
1 biji telur + 1 putih telur - pukul ringan
1/2 sudu teh tepung jagung
secubit garam dan lada sulah

Kocok telur bersama tepung jagung, garam dan lada sulah.


Cara-cara :
  1. Goreng kentang hingga masak, tos dan lecek hingga halus ketika masih panas.
  2. Masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
  3. Goreng daging cincang dengan sedikit minyak hingga masak dan airnya kering.
  4.  Angkat dan gaulkan bersama kentang, kuning telur, bawang goreng, daun bawang, serbuk lada sulah dan sedikit garam hingga rata.
  5. Sudukan inti kentang ke dalam tauhu pok hingga padat.
  6. Celup ke dalam putih telur dan goreng hingga keperangan.
  7. Angkat dan toskan.  Boleh di makan bersama sos cili atau sos kicap.
Sos Kicap
1/2 cawan kicap manis
3 tangkai cili padi, potong kecil
1 sudu besar bawang goreng, ramas halus

Gaul kan semua di dalam mangkuk.  Sedia di cicah bersama tauhu.

Tauhu Begedil


Tauhu Begedil shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
24 Nov 2017 0 comments

Serabai Serawa Durian

Serabai Serawa Durian -

Serabai Serawa Durian

Bahan-bahan
250gm tepung beras
150gm nasi sejuk
500ml santan (200 santan KARA + 300 air)
1 sudu kecil yis segera + 50ml air suam (larutkan), biarkan seketika
1/2 sudu teh garam

Cara-cara :
Satukan semua bahan serabai di dalam pengisar dan kisar hingga halus.
Perapkan di tempat suam selama 2 jam atau lebih.
Panaskan acuan serabai / baulu yang di leser dengan minyak hingga minyak betul-betul panas.  Tutup api dan tuang adunan serabai hingga penuh.
Masak dengan api perlahan sehingga adunan berlubang-lubang.  Tutup dan biarkan 1-2 minit hingga masak.

Kuah / Serawa Durian
600ml santan sederhana pekat
4 ulas isi durian
2 keping gula melaka / (nise)
1/2 sudu teh garam
1 helai daun pandan di simpul
1 sudu besar tepung beras / tepung jagung di bancuh air

Penyediaan :
Satukan santan, gula melaka, daun pandan dan garam.
Apabila mendidih, masukkan isi durian dan bancuhan tepung.
Masak sehingga kuah sedikit pekat.
Hidang serabai dengan kuahnya.
Serabai Serawa Durian


Serabai Serawa Durian shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Nov 2017 0 comments

Kaswi Durian

Kaswi Durian -

Kaswi Labu 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
300gm isi durian
150gm gula pasir
250ml santan kotak
350ml air
150gm tepung ubi
120gm tepung gandum
20gm tepung kastad atau tepung jagung
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan
Pewarna jika suka

Kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sebentar selama 5 minit)

Loyang 9 x 9 di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak

Penyediaan :
  1. Satukan santan, air, gula, garam dan daun pandan dalam periuk,
  2. Masak hingga naik wap dan gula larut.  Keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan isi durian ke dalam pengisar dan santan tadi.  Kisar hingga halus.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati dan halus.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit hingga masak.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di gaul dengan kelapa parut.
Kaswi Durian


Kaswi Durian shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sambal Strawberry

Sambal Strawberry -

Sambal Strawberry

Bahan-bahan
1 packet buah strawberry (20 biji)
6 biji tomato cherry
2 tangkai cili hijau
1 sudu besar gula
1 sudu kecil garam
1 biji limau kasturi

Penyediaan :
Buah strawberry dan tomato di hiris kasar.
Tumbuk cili, gula dan garam hingga halus.
Gaul bersama strawberry dan tomato.
Tambah perahan jus limau kasturi dan gaul rata.
Enak di hidang bersama sayuran, daging atau makanan laut.
Sambal Strawberry


Sambal Strawberry shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sambal Kuinin

Sambal Kuinin -

Sambal Kuinin

Bahan-bahan
2 biji buah kuini setengah masak
2 tangkai cili padi
1 tangkai cili merah
1/2 inci belancan
1 biji limau kasturi
1 sudu besar gula pasir
1 sudu kecil garam

Penyediaan :
Kupas buah kuini, cincang kasar isinya.
Tumbuk cili, belacan, gula dan garam hingga halus.
Gaul bersama kuini dan jus limau kasturi.
Sedia di hidang bersama ulaman dan nasi.

Sambal Kuinin


Sambal Kuinin shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Nov 2017 0 comments

Telur Bistik

Telur Bistik - Hye Assalamualaikum. Jumpa lagi kita dalam dalam blog resipi memasak ni. Kepada yang baru nak follow blog ini, selamat datang diucapkan. Kepada yang senior senior tu tak perlu selamat datang la kan. Tapi terima kasih kerana still menyokong blog ni dan tak pernah jemu mengikuti perkembangan resipi resipi yang ada dalam blog ni. Dalam perjalanan balik dari kerja tadi dapat idea untuk tulis resipi.

Telur Bistik shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
0 comments

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape -

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape

Bahan-bahan
300 gm tapai ubikayu, buang uratnya
50 gm gula pasir
1/2 sudu teh garam
3 biji telur
75 gm tepung gandum
100 ml santan
75 ml mentega cair
Esen vanila

Kuning telur untuk olesan
Taburan :  Kismis / Prune / Parutan Keju

Loyang Kemboja (2 biji, oles minyak)

Penyediaan :
  1. Lenyek atau kisar tapai, gula dan garam hingga halus.
  2. Masukkan telur dan gaul rata.
  3. Tambah tepung, santan, esen vanila dan mentega cair.  Aduk hingga halus dan rata.
  4. Panaskan acuan kemboja di atas api dapur hingga minyak panas.
  5. Tutup api dan tuang adunan hingga penuh.
  6. Panaskan di atas api dapur dengan api kecil selama 5 minit.
  7. Tabur dengan kismis di tengahnya.
  8. Angkat dari dapur dan alihkan ke dalam oven yang di panaskan dahulu pada suhu 180C.
  9. Bakar selama 25 minit,  angkat dan sapu kuning telur.
  10. Bakar semula selama 5 minit atau hingga masak.

Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape


Bingka Tapai Ubikayu / Proll Tape shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
16 Nov 2017 0 comments

Bubur Jagung Kacang Merah

Bubur Jagung Kacang Merah -

Bubur Jagung Kacang Merah

Bahan-bahan
200gm kacang merah
2 tongkol jagung manis dikikis isinya
2 sudu makan sagu halus
500ml santan
100gm gula melaka di racik
secubit garam
sehelai daun pandan

Cara-cara :
  1. Rebus kacang merah dan jagung manis hingga empuk secara berasingan.
  2. Toskan kacang merah manakala jagung manis simpan air rebusannya.
  3. Masukkan air rebusan jagung, santan, gula melaka dan daun pandan ke dalam periuk.
  4. Didihkan dengan api kecil, masukkan sagu yang telah dicuci bersama kacang merah dan jagung manis.  Letak sedikit garam.  Kacau hingga rata.
  5. Biarkan mendidih sebentar, tutup api dan sedia dinikmati.


Bubur Jagung Kacang Merah


Bubur Jagung Kacang Merah shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Jagung Unpil Rebus Kelantan

Jagung Unpil Rebus Kelantan -

Jagung Unpil Rebus Kelantan

Bahan-bahan
1 cawan jagung kering (jagung popcorn)
1 sudu besar air kapur pekat
1 liter air
1 sudu teh garam
3 helai daun pandan
1/2 biji kelapa parut muda
Gula pasir secukupnya

Cara-cara :
  1. Cuci jagung kering dan rendam semalaman dengan air kapur.
  2. Bilas beberapa kali.
  3. Rebus jagung dengan 1 liter air, sedikit garam dan daun pandan dalam periuk tekanan selama 1 jam.  Memasak dengan periuk biasa mengambil masa 5 - 6 jam.
  4. Masak sehingga jagung menjadi mekar, jika belum tambahkan masa merebus dan air.
  5. Angkat dan toskan.
  6. Kukus kelapa parut, garam dan daun pandan selama 15 minit.  Angkat dan gaulkan dengan gula pasir.
  7. Campur jagung dan kelapa parut, gaul rata dan siap di hidang.


Jagung Unpil Rebus Kelantan


Jagung Unpil Rebus Kelantan shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resipi telur bungkus

Resipi telur bungkus - Hye Assalamualaikum Kalau yang lepas kita dah belajar tentang telur bistik, kali  ni kita sambung lagi episod telur kita ye. Sekurang kurangnya ibu ibu makcik makcik kakak kakak isteri isteri yang saya kasihi dapat menambah senarai menu anda kan. Lepas tu tampal depan peti sejuk. Betol tak? Make sure dalam peti sejuk ada stok telur ya. Tak payah beli yang mahal pon tak pe. Beli yang biasa jual

Resipi telur bungkus shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
15 Nov 2017 0 comments

Apam Jagung

Apam Jagung -

Apam Jagung
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Credit :  Norehan Ajit‎ (MAHN)

Bahan-bahan
2 cawan isi jagung segar
2 cawan santan (1 cawan santan kotak dan 1 cawan air)
1 cawan gula
2 cawan tepung beras
1 sudu besar yis segera

Kelapa parut di kukus dan di campur sedikit garam


Penyediaan :
  1. Kisar isi jagung bersama santan dan gula hingga halus.
  2. Tuang ke dalam bekas, masukkan tepung beras dan yis.
  3. Kacau sebati, tutup bekas dan rehatkan selama 1/2 jam hingga adunan kembang.
  4. Tuang ke dalam acuan yang di oles sedikit minyak hingga penuh.
  5. Kukus selama 8 - 10 minit hingga masak.
  6. Hidang bersama kelapa parut.

Apam Jagung


Apam Jagung shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi sup telur

Resepi sup telur - Hye Assalamualaikum Macam mana dengan resipi dari saya? Ada yang dah try buat? Menjadi ke tak menjadi? Hope resipi resipi saya dapat lah membantu sedikit sebanyak kepada mereka yang membaca dan mengikuti resipi saya. Tapi pada kebiasaannya, mereka yang mencari resipi ni ialah orang muda kan. Ilmu masih cetek. Bagi yang dah 5 ke 6 tahun jadi suri rumah tu dah tak perlu sangat resipi ni kan. Cuba

Resepi sup telur shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sotong Kukus Limau

Sotong Kukus Limau - Hye Assalamualaikum. Bertemu lagi kita untuk resipi seterusnya. Korang dah cuba belum semua resipi yang saya bagi? Menjadi ke tidak? Jangan lupa cuba ye. Ilmu yang ada ni kalau tak di praktikkan...nanti mudah lupa taw. Lagi pon senang senang je kan resipi nya. Saya pon jarang nak memasak hidangan yang susah susah tu. Bukannya apa...masa tak banyak sangat nk siapkan hidangan yang susah susah tu

Sotong Kukus Limau shared from Alyaa
Republish by The CC Resepi
7 Nov 2017 0 comments

Mee Udang Sg Dua

Mee Udang Sg Dua -

Mee Udang Sg Dua

Bahan-Bahan
1/2 kg udang laut
1 bungkus fish ball
1 bungkus mee kuning, celur
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tomato
10 tangkai cili kering, buang biji dan rebus kemudian kisar halus
2 biji keledek oren, rebus hingga empuk, lenyek halus

Bahan Kisar Halus
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu besar udang kering, rendam dalam air sehingga lembut

Bahan Sampingan
Bawang goreng
Telur rebus, belah dua
2 ketul tauhu, goreng dan hiris nipis
Daun bawang, hiris
Cili merah, hiris
Sawi, potong dan celur
Limau nipis

Cara Penyediaan :
  1. Cuci udang, gunting janggut, belah belakang dan buang kotorannya.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar halus sehingga naik bau.
  3. Masukkan cili kisar dan kacau sehingga garing dan pecah minyak.
  4. Masukkan keledek lenyek diikuti air secukupnya imbangkan kepekatan kuah tidak terlalu pekat atau terlalu cair.
  5. Masukkan sos cili dan sos tomato.  Masak sehingga kuah mendidih.
  6. Kemudian masukkan fish ball dan udang, dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  7. Hidang bersama mee dan bahan-bahan sampingan.


Mee Udang Sg Dua


Mee Udang Sg Dua shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam Pedas Ayam

Asam Pedas Ayam - Kerana satu hidangan... Ayat yang ringkas, tapi membawa sebuah maksud tersirat yang mampu menyentuh hati dan perasaan. Kadang kadang orang terlupa atau memandang remeh sesuatu perkara hanya kerana ianya disangka tidak penting. "Kerana satu hidangan"...inilah yang akan menjadi intisari untuk resipi kita kali ini. Pasti semua terpinga pinga dan pelik. Kenapa dengan ayat ini? Apa kaitan ayat ini

Asam Pedas Ayam shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
6 Nov 2017 0 comments

Puding Roti Pandan Gula Melaka

Puding Roti Pandan Gula Melaka -

Puding Roti Pandan Gula Melaka 

Bahan-bahan
8 keping roti
150 ml santan kotak KARA
250 ml air
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
1 sudu besar pandan emulco

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
Loyang 10 in di isi air panas

Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
Satukan santan, air, gula, telur, pandan emulco dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati.
Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair.
Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan santan.
Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.

Sementara itu sediakan lapisan puding gula melaka.

Lapisan Atas Puding Gula Melaka
7 gm agar-agar serbuk
550 ml air
150 ml santan kotak KARA
150 gm gula melaka, racik halus
3 sudu besar tepung hunkwee
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula melaka, santan dan tepung hunkwee yang dilarutkan dengan sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.
Enak di makan dingin.

Nota :  Guna gula melaka yang gelap warnanya atau campuran gula melaka dan gula merah untuk mendapat warna puding yang lebih gelap.
Puding Roti Pandan Gula Melaka 


Puding Roti Pandan Gula Melaka shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Asam Pedas Ikan

Asam Pedas Ikan - Hye Assalamualaikum. Sejak kebelakangan ni cuaca tidak menentu kan. Kadang kadang pagi cerah tapi petang hujan. Kadang kadang pagi hujan tapi petang cerah. Mungkin disebabkan musim tengkujuh kot. Pada mereka mereka yang ada anak kecil dan bersekolah tu, jaga kesihatan anak elok elok. Jangan bagi main hujan. Nanti demam sapa susah? Hahaha. Tidak pasal pasal ada yang minta resipi bubur ayam pulak

Asam Pedas Ikan shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
5 Nov 2017 0 comments

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding -

Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding

Bahan-bahan
8 keping roti
400 ml susu segar / susu sejat
50 gm gula pasir
2 sudu besar mentega cair
3 biji telor B
1/4 sudu teh garam
2 biji pisang emas - potong kecil

Loyang 8 in Loose Base, Alas dasar dengan baking paper dan oles keliling dengan mentega.
Loyang 10 in di isi air panas
Penyediaan :
Carik-carikkan roti, masukkan ke dalam mangkuk.  Ketepikan.
Satukan susu, gula, telur dan garam ke dalam pengisar.  Kisar sebati.
Tuang ke dalam mangkuk berisi roti bersama mentega cair dan hirisan pisang.
Gaul rata dan biarkan sehingga roti menyerap adunan susu.
Tuang ke dalam loyang, tekan dan ratakan adunan roti.
Bungkus dasar loyang dengan aluminium foil atau letakkan 4 acuan kecil sebagai tapak, letakkan loyang di atasnya supaya air tidak masuk ke dalam loyang.
Panaskan oven pada suhu 170C dan bakar api atas bawah selama 35 - 40 minit atau hingga masak.
Keluarkan dari oven, tekan permukaan roti biar mampat dan sejukkan dahulu.
Longgarkan keliling tepinya dengan spatula atau pisau supaya senang mengeluarkannya nanti dari loyang.
Sementara itu sediakan lapisan puding kastard.

Lapisan Atas Puding Kastard
7 gm agar-agar serbuk
500 ml air
120 gm gula
200 ml susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
secubit garam

Cara-cara :
Satukan air dan serbuk agar2 ke dalam periuk dan masak hingga serbuk agar2 larut.
Masukkan gula , susu cair dan tepung kastard yang dilarutkan dengan sedikit air, esen vanilla dan garam.
Masak hingga adunan mendidih dengan api sederhana.  Sentiasa kacau supaya tidak berketul.
Tuang ke atas permukaan puding roti
Sejukkan selama 2-3 jam sebelum di keluarkan dari loyang.

Sos Kastard
400 ml susu cair / susu sejat
100 ml air
50 gm gula pasir
secubit garam
1 sudu teh esen vanila
3 sudu besar tepung kastard
pewarna kuning jika suka

Satukan semua bahan, whisk dan tapis ke dalam periuk.
Masak dengan api sederhana, sentiasa di kacau dengan whisk sehingga sos hampir pekat.
Tutup api dan tuang ke dalam bekas.
Tutup dengan plastik wrap supaya permukaanya tidak kering dan biarkan sejuk.
Puding bertambah enak di makan bersama sos.
Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding


Puding Roti Pisang Berkrim / Creamy Banana Bread Pudding shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Resepi Sayur Campur

Resepi Sayur Campur - Hye Assalamualaikum. Diharapkan semua yang membaca berada di dalam keadaan yang sihat dan bahagia bersama keluarga tersayang. Hari ini kita akan mempelajari satu resipi yang ringkas tetapi sungguh sedap untuk dimakan bersama nasi. Orang kata, untuk mendapatkan tubuh badan yang sihat kita haruslah menjaga pemakanan kita. Apa yang kita makan itu haruslah dapat memberi zat zat serta vitamin vitamin

Resepi Sayur Campur shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis - Hye Assalamualaikum. Dah bosan ke baca celoteh saya yang agak panjang ni? Mesti tak kan. Terima kasih ye kepada semua yang masih minat untuk menggunakan resipi dari saya sambil dengar celoteh saya. Apa yang anda tengah baca ini semua nya lahir dari hati. Bukan lah paksaan untuk menyambungkan sel sel otak bagi menghasilkan beberapa perenggan. Jauh sekali sampai nak hantuk hantuk kepala kat dinding

Sayur Bendi Goreng Ikan Bilis shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
3 Nov 2017 0 comments

Keledek Goreng Rangup

Keledek Goreng Rangup -

Keledek Goreng Rangup

Bahan-bahan
1/2 Kg Keledek - potong memanjang
(Rendam dengan sedikit garam) selama 1 jam, toskan

Tepung Goreng Rangup
250 gm tepung beras (Golden Coin) atau 3 Gajah
250 ml air
1 biji telur
1 sudu besar air kapur pekat
1 sudu kecil garam
Sedikit pewarna

Salutan :  2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :
Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata dan sebati,  tidak terlalu pekat atau cair.
Toskan ubi, celup ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga ubi bersalut rata.  Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
Goreng hingga keperangan.
Rangup di makan panas-panas.

Keledek Goreng Rangup


Keledek Goreng Rangup shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Mee Goreng Mamak

Mee Goreng Mamak - MEE GORENG MAMAK. Assalamualaikum. Okay hari ni resipi kita ialah mee goreng. Tapi bukan mee goreng biasa, kita nak buat mee goreng mamak. Bukan apa, tadi sambil lepak lepak di kedai mamak, terpandang la seorang mamak ni sedang bertungkus lumus menyiapkan pesanan makanan pelanggan dia. Ketang ketung ketang ketung bunyi kuali dengan sudip dia. Macam nk bocor kuali tu dia hentak. Dan hasilnya,

Mee Goreng Mamak shared from Ainie
Republish by The CC Resepi
 
;