Jus Lidah Buaya / Alovera
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
6 batang lidah buaya
1 sudu makan kapur sirih
1 sudu teh garam
150 gram gula pasir
2 helai daun pandan
1 sudu makan biji selasih, rendam dalam air panas
1 liter air
Ketulan Ais
Cara-cara :
Hiris duri lidah buaya dan kupas kulit nya, potong kiub kecil.
Masukkan ke dalam bekas berisi air yang di campur kapur sirih dan garam.
Rendam selama 1 jam, kemudian ramas dan bersihkan hingga lendir nya hilang.
Bilas hingga bersih dan toskan.
Panaskan air di dalam periuk, masukkan gula dan daun pandan.
Masukkan potongan lidah buaya dan perahan jus limau kasturi.
Masak hingga mendidih.
Angkat dan tuang ke dalam gelas, masukkan ketulan ais dan biji selasih.
Jus Lidah Buaya / Alovera
Jus Lidah Buaya / Alovera shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments:
Post a Comment