22 May 2019

Pear Balut Pastry

Pear Balut Pastry -

Pear Balut Pastry
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji buah pear kecil
3 cawan air
1 cawan cordial Sunquick Gold Blackcurrant
1 cawan gula
1 cawan madu
4 keping hirisan lemon
2 batang kulit kayu manis
4 biji cengkih
1 bungkus puff pastry KAWAN 8in
50 gm coklat hitam, cincang kecil
1 biji kuning telur untuk sapuan

Cara-cara :
Kupas kulit pear, potong bahagian bawah dan lubangkan.

Satukan air, gula, madu, hirisan lemon, kulit kayu manis dan cengkih di dalam periuk.
Masak hingga mendidih dan masukkan buah pear.
Masak hingga pear lembut lebih kurang 15 minit.

Angkat dan toskan, biarkan sejuk dahulu dan lap hingga kering,
Panaskan oven pada suhu 180C.
Puff pastry di potong bulat untuk dasarnya dan potong jaluran untuk lilitan.

Sumbat coklat di bahagian bawah yang di lubangkan.

Kemudian tutup kemas dengan pastry yang di potong bulat.

Ambil pastry jaluran dan lilitkan pada pear dari bahagian bawah hingga ke atas,
Masukkan ke dalam peti sejuk selama 15 minit hingga pastry keras.
Sapu dengan kuning telur dan bakar selama 20 -  25 minit hingga keperangan.

Enak di hidang bersama aiscream dan sos coklat.

Pear Balut Pastry


Pear Balut Pastry shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;