4 May 2019

Semperit Rose

Semperit Rose -
Semperit Rose
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 Buttercup
1/3 cawan gula icing
1/2 cawan susu pekat manis
1/2 cawan tepung ubikayu
400gm tepung jagung
1 sudu kecil sirap rose
Sedikit pewarna merah

Cara-cara :
Gaul buttercup dan gula icing dengan senduk kayu hingga sebati.
Masukkan susu pekat, gaul rata.
Masukkan tepung ubi gaul sebati.
Masukkan tepung jagung sedikit-sedikit hingga mendapat doh yang lembut dan tidak melekat di jari.
Bahagikan doh kepada dua bahagian.
Satu bahagian di beri sirap rose dan pewarna merah.  Satu lagi biarkan doh putih.

Masukkan 1/2 doh merah ke dalam acuan, penuhkan dengan doh putih di atasnya.

Tekan dengan ibujari menjadi bentuk bunga rose.

Susun di atas loyang yang di alas kertas minyak/baking paper.
Biarkan selama 1 jam di bawah kipas angin supaya bunga tidak jatuh / kembang selepas bakar.
Panaskan oven pada suhu 150c dan bakar selama 25 min api atas bawah atau mengikut oven masing-masing.
Semperit Rose


Semperit Rose shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;