27 May 2019

Biskut Kelapa Nestum

Biskut Kelapa Nestum -

Biskut Kelapa Nestum
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm marjerin
200 gm gula kaster
1 kuning telur
1 sudu teh esen vanilla
130 gm kelapa parut segar (2 cawan)
40 gm nestum (1/2 cawan)
150 gm tepung ubi ( 1 1/4 cawan)
180 gm tepung gandum ( 1 1/4 cawan)

Cara-cara :

  1. Sangai kelapa hingga keperangan. 
  2. Apabila suam ramas kasar dengan tangan.  Ketepikan.
  3. Sebatikan marjerin dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
  4. Masukkan kuning telur, esen vanilla dan kacau rata.
  5. Masukan tepung ubi, tepung gandum dan nestum.
  6. Gaul menjadi doh, terap dan canai dengan acuan kesukaan.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 20-25 minit.


Biskut Kelapa Nestum


Biskut Kelapa Nestum shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;