28 Dec 2020 0 comments

Telur Dadar Bersarang

Telur Dadar Bersarang -

Telur Dadar Bersarang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-Bahan
2 biji telur
1/2 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar air
1/4 sudu teh garam

Kuali Lebar
2 cawan minyak
Acuan Roti Jala

Penyediaan :
  1. Pecahkan telur, kocok ringan.
  2. Larutkan tepung jagung dan air.
  3. Masuk ke dalam telur dan tambah garam.
  4. Kocok hingga sebati dan tapis ke dalam acuan roti jala.
  5. Panaskan minyak dalam kuali lebar.
  6. Bila minyak betul2 panas, kirai bancuhan telur.
  7. Angkat tinggi kedudukan botol, kirai bermula dari tepi kuali hingga ke tengah.
  8. Goreng hingga bahagian tepi telur keperangan.
  9. Baru terbalik kan dan biar sedikit garing.
  10. Kemudian lipat 2 atau 4, goreng hingga garing.
  11. Angkat dan toskan minyak.
  12. Enak di makan panas-panas, garing dan rangup.

Telur Dadar Bersarang


Telur Dadar Bersarang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
7 Dec 2020 0 comments

Agar-Agar Lapis Pelangi

Agar-Agar Lapis Pelangi -

Agar-agar Lapis Pelangi
By Kak Wan @ ResipicitarasawanBahan A (Agar Jernih)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
1 helai daun pandan

Bahan B (Agar Santan)
25 gm serbuk agar-agar
1500 ml air
250 gm gula
100 gm serbuk santan (2 pkt 50gm) 
1 helai daun pandan

Pewarna unggu, biru, hijau, kuning (atau yg disukai)

Loyang 8" atau 9" (basahkan dahulu)

Cara-cara :
1.  Masak bahan A hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
2.  Masak bahan B hingga mendidih.  Keluarkan daun pandan, kacau biar suam sedikit.
3.  Tuang 350ml agar-agar santan ke dalam loyang hingga hampir beku.
4.  Kemudian tuang 350ml agar-agar jernih tambahkan pewarna unggu dan tuang ke atas agar-agar tadi.
5.  Ulangi langkah No. 3 dan No. 4 berselang seli agar-agar santan dan agar-agar berwarna jernih.

*** Sentiasa panaskan agar-agar setiap kali hendak menuangkannya supaya lapisannya tidak terpisah.  cakar sedikit permukaan agar-agar sekiranya telah beku sebelum menuangkan lapisan agar yang seterusnya.

Agar-agar Lapis Pelangi


Agar-Agar Lapis Pelangi shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
4 Dec 2020 1 comments

Kek Rose Laychee

Kek Rose Laychee -

Kek Rose Laychee
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Sponge Cake :
250 gm Tepung sponge mix
60 ml sirap laychee
5 biji telur B
Beberapa titis pewarna pink
60 ml minyak jagung / mentega cair

Loyang 7 atau 8 in, alas kertas minyak

Penyediaan Kek Sponge :
  1. Satukan semua bahan kecuali minyak.
  2. Putar dengan kelajuan tinggi hingga putih dan gebu.
  3. Masuk minyak, putar dengan kelajuan perlahan.
  4. Kaup balik hingga rata.
  5. Tuang dalam 2 loyang (7 inci) sama banyak.
  6. Oven pada suhu 170C selama 30 minit atau sehingga masak..
  7. Terbalikkan kek selepas dikeluarkan dari oven.
  8. Selepas 10 minit terbalikkan ke atas.
  9. Simpan di dalam peti sejuk selama 30 minit untuk memudahkan potongan.
  10. Potong setiap kek kepada 2 kepingan. (4 layer).

Bahan Sirap Laychee 
1 tin Laychee, asingkan sirap dan buah
30 gm gula 
1/2 sudu besar tepung jagung

Penyediaan Sirap Laychee :
  1. Satukan sirap laychee, gula dan tepung jagung.
  2. Masak dengan api perlahan hingga hampir pekat.
  3. Ketepikan 2 sudu besar* untuk di masuk ke dalam krim laici.

Krim Laychee :
400 ml Non Dairy Whipping Cream 
2 sudu besar sirap laychee *
Beberapa titis pewarna pink
2 sudu kecil gelatin HALAGEL
1 sudu besar air

Buah Laychee, di carik halus
Kacang Pistachios panggang, cincang kasar
Kelopak rose kering untuk hiasan

Penyediaan Krim Laychee :
  1. Larutkan gelatin dalam air, biar 5 min hingga kembang.
  2. Microware atau double boil hingga cair.  Ketepikan.
  3. Putar whipping cream dan sirap laychee hampir kembang.
  4. Masukkan gelatin dan pewarna pink.
  5. Putar lagi hingga kembang dan kental.
  6. Masuk ke dalam piping bag.

Penyediaan Lapisan Kek
  1. Ambil sekeping kek, sapu dengan sirap laici hingga rata.
  2. Picit tipis krim laici dan ratakan dengan spatula.
  3. Tabur carikan buah laychee dan pistachious.
  4. Kemudian picit lagi krim laici hingga menutupi buah.
  5. Ulangi lapisan kek hingga habis.
  6. Salut semua kek dengan krim dan simpan dalam peti sejuk.
  7. Hias dengan kelopak rose kering dan pistachios.

Kek Rose Laychee


Kek Rose Laychee shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
2 comments

Air Soda Laici Selasih

Air Soda Laici Selasih -

Air Soda Laici Selasih
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 tin laici TAWKEH
1 biji limau nipis, ambil jus
1 cawan air soda atau sparkling
1 sudu besar selasih
Ais secukupnya
Daun Pudina

Penyediaan :
Rendam selasih dengan setitis pewarna pink, toskan.
Satukan sirap laici, soda dan jus limau nipis dalam jug.
Masuk kan ais secukupnya, hirisan limau, daun pudina dan selasih.
Segar di minum.


Air Soda Laici Selasih


Air Soda Laici Selasih shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
2 Dec 2020 2 comments

Agar-Agar Kering Candy

Agar-Agar Kering Candy -

Agar-Agar Kering Candy
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
20 gm agar-agar tali atau serbuk agar-agar 
500 gm gula pasir
75 gula batu, hancurkan
600 ml air

Pewarna dan Perisa yang di sukai

Cara-cara :
  1. Agar-agar tali di potong pendek.
  2. Cuci dan rendam selama 2 jam atau lebih. Toskan
  3. Masak air hingga mendidih, kemudian masukkan agar-agar.
  4. Kacau hingga agar-agar larut.
  5. Masukkan gula batu dahulu, setelah larut, masukkan gula pasir.
  6. Masak hingga semuanya larut.
  7. Masuk pewarna dan perisa yang di sukai.
  8. Tuang ke dalam bekas atau acuan hingga beku.
  9. Potong mengikut saiz yang sesuai.
  10. Jemur di bawah matahari atau menggunakan Food Dryer (Dehydrator)
  11. Keringkan hingga bergula di permukaannya.
  12. Simpan dalam bekas kedap udara.
  13. Tahan sehingga 3 bulan.

Nota : Agar-agar lambat larut jika di masukkan gula dahulu.

Agar-Agar Kering Candy


Agar-Agar Kering Candy shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
26 Nov 2020 2 comments

Butterscoth Chantilly Cream

Butterscoth Chantilly Cream -

Butterscoth Chantilly Cream

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Butterscoth Sos :
75 gm gula pasir
1/4 cawan dairy Whipping Cream
1 cawan susu cair
1/2 sudu kecil esen vanila

Penyediaan :
Satukan whipping cream, vanila dan susu cair, kacau rata.
Dalam periuk tebal, masak gula hingga menjadi karamel.
Goyangkan periuk supaya karamel menjadi sekata.
Tutup api dan tuang cream sedikit2 supaya tidak terpercik.
Masak semula hingga karamel larut. Ketepikan.

Butterscoth Krim Kastad :
1 1/2 sudu besar Tepung Jagung
2 kuning telur
1 biji telur
1 1/2 sudu kecil mentega / marjerin

Penyediaan :
Sebatikan kuning telur, telur dan tepung jagung.
Kemudian tapis ke dalam jug kecil.
Tuang separuh sos butterscoth ke dalam adunan telur dan sebatikan.
Kemudian tuang kesemua krim kastard ke dalam periuk berisi sos butterscoth.
Masak dengan api perlahan hingga cream menjadi pekat.
Masukkan mentega dan kacau hingga sebati.
Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.
Setelah menjadi suam, simpan di dalam peti sejuk.


BUTTERSCOTH CHANTILLY CREAM :
(Gabungan Krim Kastad dan Whipping Cream yang stabil)

Bahan-bahan
1 sudu kecil gelatin (HALALGEL)
2 sudu besar air
1 cawan Dairy Whipping Cream (Gold Label) sejuk
1/4 cawan gula kaster (boleh kurangkan jika tidak suka manis)
1 sudu kecil esen vanilla.

Penyediaan :
  1. Masukkan air ke dalam mangkuk dan tabur gelatin.
  2. Bila gelatin kembang, microwave sehingga larut atau cara double boil.
  3. Putar Whipping cream dengan kelajuan tinggi.
  4. Masukkan gelatin dan putar hingga kental.
  5. Tambahkan separuh Butterscoth krim kastard dan sebatikan.
  6. Jika ingin lebih rasa butterscoth boleh masukkan kesemuanya dalam cream.
  7. Masukkan ke dalam piping bag dan simpan di dalam peti sejuk.
  8. Sesuai  dan enak di isi dalam cream puffs, cannoli, aiscream atau kek.

Butterscoth Chantilly Cream


Butterscoth Chantilly Cream shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
21 Nov 2020 1 comments

Salmon Panggang Ringkas

Salmon Panggang Ringkas -

Salmon Panggang Ringkas
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 keping filet Salmon
1 sudu besar bijan
2 helai daun limau purut, hiris halus
1/2 sudu kecil cili flakes

Salad Panggang
Asparagus
Labu, potong dadu
Cherry Tomato
Brocolli, potong

Cara-cara :
  1. Satukan bijan, hirisan daun limau dan cili flakes.
  2. Salut pada bahagian isi Salmon.
  3. Panaskan pan dengan sedikit minyak.
  4. Panggang pada bahagian berkulit dahulu.
  5. Bila garing baru terbalik sebelah isi nya.
  6. Masak sebentar saja.
  7. Tabur sayuran dengan sedikit garam.
  8. Renjis sedikit minyak zaitun atau canola.
  9. Panggang sebentar dalam pan.
  10. Hidang dengan Salmon.
Salmon Panggang Ringkas


Salmon Panggang Ringkas shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
1 comments

Salmon Avocado Salad

Salmon Avocado Salad -

Salmon Avocado Salad
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Sumber : IcookAsia

Bahan- bahan :
1 nos Salmon fillet – dipotong dadu
1 sudu besar Dijon mustard (dibahagi 2)
1 sudu besar kecil parlsey cincang
1/2 sudu kecil garam
Lada hitam kasar untuk perasa
½ biji bawang merah cincang
2 sudu besar minyak kanola ADELA
2 sudu kecil cuka apple cider atau 2 sudu besar jus lemon
½ sudu kecil bawang putih cincang
1 cup tomato cherry - yang dipotong 2
2 avocado, didadu (saiz kecil)
2 biji romaine lettuce (baby romaine) dipotong kasar
1/3 kobis merah - di mayang
1 biji mangga masak - di potong dadu (saiz sederhana)
1/4 biji cili merah - di cincang
1 paket smoked salmon – *untuk hiasan
150ml minyak kanola ADELA

Cara :
1. Perasakan salmon yang telah didadu dengan sedikit minyak, separuh Dijon, parsley, garam dan lada hitam. Bakar di dalam ketuhar selama 6-7 minit sampai masak.

2. Satukan bawang merah cincang dengan minyak canola ADELA, 1 ½ cuka apple cider,separuh lagi Dijon mustard, bawang putih cincang, parsley, garam, lada sulah dan cili cincang. Biarkan selama 5 minit untuk bahan sebati.

3. Satukan tomato yang sudah di potong, avocado yang sudah di dadu dan salmon yang telah dibakar.

4. Bila sedia untuk dihidang, satukan lettuce kobis dan mangga dengan dressing dan hidang mengikut citarasa anda.


Salmon Avocado Salad shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
18 Oct 2020 0 comments

Vaniljrutor (cake potong vanili)

Vaniljrutor (cake potong vanili) -
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1CJbE54_Komf4ldwacRGKw7kutNwokNwDhttps://drive.google.com/uc?export=view&id=1msLPB1r8HVxVSLUXzm7W5DNaEUMtyD85
Cake potong ini menurut saya gabungan kue kering dan cake dan kayak pie, karena lapisan atas dan bawahnya seperti kue kering/adonan pie. Sedangkan fillingnya menggunakan dua macam keju krim yang kalo di Swedia sini namanya kvarg dan cream fraiche. Saya gak tahu apa ada produk serupa di Indonesia dan apa namanya saya gak tahu 😐. Tapi sepertinya bisa diganti dengan keju krim biasa semacam philadelpia. 

Bikin cake potong ini gampang banget dan gak perlu mixer listrik, cukup food processor ato diaduk manual juga bisa. Saya pake food processor untuk mencampur bahan biar praktis dan cepat saja. 

Mari kita lihat seperti apa cara membuat ya. Resep saya sadur dari sini

Oh ya takaran gula untuk isian saya tambahkan karena resep asli hanya menggunakan dua sendok makan. Cake ini aslinya rada gurih dan ssya pengen sedikit manis buat teman minum teh. 

Bahan
Lapisan dasar dan penutup 
500 gr mentega (lembut dan suhu ruang)
10 dl tepung serba guna
4 sdm gula pasir
4 sdm gula vanili
1 sdm baking powder

Isian
4 butir telur (suhu ruang)
2 dl kesella/kvarg 10%
5 dl cream fraiche
1/2 cup gula pasir (resep asli 3 sdm) atau bisa diseduaokan dg selera.
1 sdm gula vanili

Cara membuat
Lapisan dasar dan penutup
  1. Panaskan oven suhu 200C dan atur rak pada bagian tengah. 
  2. Masukkan semua bahan lapisan dasar dan penutup di foodprocessor sampai tercampur rata.
  3. Alasi loyang uk 30x40 cm dengan baking paper. 
  4. Masukkan 1/2 adonan ke loyang dan ratakan. Sisihkan.
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1MV7wpK90FRFEf2ZXL6yZX9MNFu4P50dL
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1fv7-eVeOHk0FR-f3li9xjgnkyVV1GagB
Isian
  1. Aduk rata semua bahan isian. 
  2. Tuang ke atas adonan di loyang.
  3. Taburkan sisa adonan utk lapisan atas sampai rata.
  4. Panggang lk. 30 menit.
  5. Angkat dan dinginkan.
  6. Potong kotak.
  7. Siap dihidangkan. 
https://drive.google.com/uc?export=view&id=18lkQ-2-jHgHEaqEXAtZP7ZhFczfJD6QG
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1nKVLib3BKXkOQ6KJIKcFa7g5lwOySo7f
https://drive.google.com/uc?export=view&id=1pnYnhJZNKW_JZKGP_36EFu13viEJGnd2



Vaniljrutor (cake potong vanili) shared from Laily's Food
Republish by The CC Resepi
9 Oct 2020 1 comments

Fig Almond Tart

Fig Almond Tart -

Fig Almond Tart

By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kulit Tart
240 gm tepung gandum
40 gm cornflakes kisar halus
20 gm serbuk almond
170 gm mentega sejuk, potong kecil
2 sudu makan gula aising
2 sudu makan air ais

2 Acuan Tart 8 inci

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, cornflakes dan serbuk almond.
  2. Masukkan mentega dan gaul dengan hujung jari hingga menjadi serbuk roti.
  3. Masukkan gula aising dan gaul sebati.
  4. Masukkan air ais dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  5. Bungkus doh dengan plastik wrap dan simpan 30 minit dalam peti sejuk.
  6. Canai doh kulit tart sederhana nipis.
  7. Masukkan ke dalam acuan tart yang di sapu mentega.
  8. Tekan doh ke dalam acuan dengan kemas supaya melekat dengan sempurna.
  9. Trim lebihan doh di bahagian atas, cucuk dasarnya dengan garpu.
  10. Bakar di dalam oven pada suhu 175C selama 15 minit.
  11. Angkat dan sejukkan sebentar.

Bahan Kek
125 gm mentega, suhu bilik
60 gm gula kaster
1 sudu kecil esen vanilla
2 biji telur
1 cawan serbuk almond
60 gm tepung gandum
1 packet Fig (buah Tin), potong bulat
Gula aising untuk deco

Cara-cara :
  1. Panaskan oven pada suhu 160C.
  2. Putar mentega dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur satu persatu, putar sebati.
  4. Masukkan serbuk almond dan tepung, gaul sebati.
  5. Isi adunan ke dalam kulit tart hampir penuh, ratakan dengan spatula.
  6. Tekan buah Fig ke dalam adunan hingga penuh.
  7. Bakar semula pada suhu 160C selama 25 minit atau hingga adunan kek keperangan.
  8. Setelah masak tabur dengan gula aising.
  9. Boleh di makan begitu saja atau bersama aiscream.

Fig Almond Tart


Fig Almond Tart shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
1 comments

Sup Telur Pecah

Sup Telur Pecah -

Sup Telur Pecah 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping paha ayam
4 cawan air
1/2 inci halia, ketuk
1/2 sudu besar udang kering
2 batang daun bawang, ambil bahagian akarnya
1/4 sudu teh minyak bijan
2 biji telur, kocok
50 gm cendawan putih
2 batang crabstik - carikkan

Bancuhan Tepung Jagung, larutkan
1/4 sudu teh serbuk kunyit
2 sudu makan tepung jagung
3 sudu besar air

Daun bawang dan daun sup untuk taburan


 Cara-cara :
  1. Cuci ayam, tak perlu buang kulit atau di potong, lumur sedikit garam.
  2. Panaskan minyak dan goreng hingga kulit ayam keperangan.
  3. Angkat ayam, masuk ke dalam periuk.
  4. Didihkan ayam bersama air, batang bawang, udang kering dan halia.
  5. Masuk kan Sos Tumis Cina Asian Meals.
  6. Masak hingga ayam lembut.
  7. Keluarkan ayam dan bahan-bahan dalam sup.
  8. Carik2 kan isi ayam dan ketepikan.
  9. Tinggal kan air rebusan sup dan didihkan kembali.
  10. Tuang bancuhan tepung jagung dan kacau rata.
  11. Tuang telur, tunggu beberapa saat sebelum di kacau.
  12. Masukkan carikan isi ayam, cendawan dan crabstik.
  13. Tutup api dan titiskan sedikit minyak bijan.
  14. Tabur hirisan daun bawang dan daun sup.
  15. Enak di nikmati begitu saja atau bersama roti.

Sup Telur Pecah


Sup Telur Pecah shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
29 Sept 2020 1 comments

Puding Buah Naga

Puding Buah Naga -

Puding Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 gm buah Naga
250 ml air
200 ml santan kotak
80 gm gula pasir
3 sudu kecil serbuk agar-agar 
40 gm tepung Hoen Kwee
1/8 sudu teh garam halus

Hiasan : Pisang Berangan potong bulat jika suka
Acuan 6 in - basahkan dahulu 


Penyediaan :
  1. Kisar buah naga dengan air hingga hancur,
  2. Satukan bersama bahan2 lain dan kacau rata.
  3. Masak dengan api perlahan hingga meletup-letup dan pekat .
  4. Tuang 1/3 adunan ke dalam acuan.
  5. Simpan dalam peti sejuk hingga beku.
  6. Atur hirisan pisang di keliling acuan dan tuang baki adunan.
  7. Simpan semula di dalam peti sejuk hingga beku.

 Puding Buah Naga


Puding Buah Naga shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
28 Sept 2020 1 comments

Passion Fruits Jelly Cheese Cake

Passion Fruits Jelly Cheese Cake -

Passion Fruits Jelly Cheese Cake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Dasar Biskut
150gm biskut digestive - dihancurkan
70gm mentega cair

Loyang 7 in Loose Base 

Penyediaan Dasar Kek :
  1. Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata.
  2. Ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. 
  3. Bakar selama 8-10 minit pada suhu 180C. 
  4. Sejukkan dahulu.

Adunan Krim Keju
250 gm cream cheese - suhu bilik
60 gm gula kaster
150 ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin (HALAGEL)
50 ml air

Jelly Markisa 
250 ml air
2 sudu kecil serbuk agar-agar
2 sudu besar gula pasir
8 biji buah Markisa, ambil isinya


Penyediaan Krim Keju  :
  1. Putar whipping cream hingga pekat. Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar hingga gelatin kembang.  
  3. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil. Ketepikan.
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan licin. 
  5. Masukkan gelatin cair dan akhir sekali masukkan whipping cream.
  6. Kaup balik hingga sebati.  Bahagi kepada 2 bahagian.
  7. Tuang 1 bahagian adunan keju ke atas dasar biskut, ratakan.
  8. Simpan dalam peti sejuk selama 10 minit hingga permukaannya set. 
  9. Sementara itu masak Jeli Markisa.

Penyediaan Jelly Markisa : 
  1. Satukan air, gula dan serbuk agar-agar ke dalam periuk. 
  2. Masak hingga mendidih. 
  3. Tutup api, kacau hingga wapnya hilang.
  4. Masukkan isi buah Markisa, gaul rata.
  5. Bahagi kepada 2 bahagian yang sama banyak.
  6. Tuang 1 bahagian larutan jelly ke atas cheesecake. 
  7. Masukkan semula ke dalam peti sejuk sehingga jelly beku.
  8. Tuang baki adunan cheese, ratakan ke atas adunan jelly.
  9. Setelah set, tuang baki jelly. 
  10. Simpan di dalam peti sejuk sehingga beku.

Nota :
Untuk satu lapisan,  tak perlu bahagikan adunan kepada 2.
Tuang semua adunan keju ke atas dasar biskut, setelah set, tuang larutan jelly.

*** Jika adunan jelly mengeras, panaskan beberapa saat di dalam microware atau meletakkan bekas jelly ke dalam bekas berisi air panas.

*** untuk memotong kek keju, rendam pisau dalam air panas, lap dan potong. Sentiasa simpan di dalam peti sejuk sebelum di hidang.


Passion Fruits Jelly Cheese Cake



Passion Fruits Jelly Cheese Cake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
25 Sept 2020 0 comments

Apple Oatmeal Crumble

Apple Oatmeal Crumble -

Apple Oatmeal Crumble
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji Apple Pinklady atau Fuji
65 gm blueberry
2 sudu kecil gula kaster
1/4 sudu kecil tepung jagung
1/2 sudu besar jus lemon

Topping Crumble
25 gm mentega tawar sejuk
50 gm tepung gandum
1/4 sudu teh garam
25 gm gula kaster
2 sudu besar rolled oats, ramas
1/4 sudu teh serbuk kayu manis


Penyediaan :
  1. Panaskan oven pada suhu 180C.
  2. Corek isi apple dan lubangkan, tinggalkan kulit dan dasarnya.
  3. Sapu bahagian dalam apple dengan jus lemon.
  4. Gaulkan blueberry bersama gula dan tepung jagung.
  5. Isikan ke dalam apple.
  6. Satukan bahan cramble.
  7. Ramas dengan hujung jari hingga menjadi seperti serbuk roti.
  8. Sudu kan ke atas apple.
  9. Susun apple dalam tray dan bakar selama 25-30 minit.
  10. Hidang bersama aiscream dan sos kastard.

Sos Kastard
200 ml susu cair
2 kuning telur
1 sudu kecil tepung jagung
1 sudu besar gula kaster
1/2 sudu kecil esen vanila

Penyediaan Sos Kastard
  1. Panaskan susu, jangan sampai mendidih.
  2. Satukan kuning telur, tepung jagung, gula dan esen vanila.
  3. Gaul sebati dan tapis.
  4. Tuang separuh susu panas ke dalam bancuhan telur dan sebatikan.
  5. Kembali kan semula ke dalam periuk.
  6. Masak dengan api perlahan hingga hampir memekat.

Apple Oatmeal Crumble


Apple Oatmeal Crumble shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
24 Sept 2020 0 comments

Puding Pai Apple Delima

Puding Pai Apple Delima -

Puding Pai Apple Delima
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan Kulit Pai
250 gm tepung gandum (2 cawan)
50 gm gula (1/4 cawan)
1/2 sudu kecil garam
120 gm marjerin atau mentega (1/2 cawan) 
30 ml air sejuk dari peti ais (2 sudu besar)

Acuan pai 9 in
2 biji apple, hiris nipis, gaul dengan perahan jus lemon
1 /2 biji buah delima untuk hiasan

Puding Santan
250 ml air (1 cawan)
200 ml santan kotak (1 cawan)
60 gm gula (1/4 cawan)
1/2 sudu kecil garam
2 sudu kecil serbuk agar-agar
3 sudu kecil tepung Hoen Kwee
1 sudu besar air

Toping Agar-agar Delima
250 ml jus delima atau lain2 jus buah 
1 sudu kecil serbuk agar-agar

Penyediaan Kulit Pai :
  1. Dalam mangkuk besar, satukan tepung, gula dan garam.
  2. Tambah marjerin dan air sejuk.
  3. Gaul dengan tangan hingga menjadi doh. 
  4. Bungkus dengan foil plastic.
  5. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit.
  6. Canai doh dan tekan padat ke dalam dan tepi acuan pai.
  7. Cucuk dasarnya dengan garpu.
  8. Bakar pada suhu 170C selama 25 minit.
  9. Sejuk dahulu sebelum di isi dengan puding.

Penyediaan Puding Santan :
  1. Satukan air, serbuk agar-agar dan gula.
  2. Masak hingga mendidih dan masuk kan santan dan garam.
  3. Larutkan tepung Hoen Kwee dengan air.
  4. Tuang ke dalam agar2 dan masak hingga larutan hampir memekat.
  5. Angkat dan kacau hingga wapnya hilang.
  6. Tuang ke dalam kulit pai dan simpan dalam peti sejuk hingga beku.

Penyediaan Toping Agar-Agar Delima :
  1. Satukan jus delima dan agar-agar.
  2. Masak hingga mendidih.
  3. Kacau hingga wapnya hilang, tuang ke atas lapisan puding.
  4. Simpan semula di dalam peti sejuk hingga beku.
  5. Hias dengan hirisan apple dan biji delima.

Puding Pai Apple Delima



Puding Pai Apple Delima shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;