5 Feb 2015 0 comments

LAKSA JOHOR

LAKSA JOHOR -



Bahan A :


  • 1 kg ikan kembung -direbus & diambil isinya

  • 500 gram ikan parang / ikan tenggiri -direbus & ambil isinya

  • (ambil air rebusan ikan) - sebahagian utk mengisar bahan A, sebahagian lagi utk dicampur ke dalam kuah laksa)

  • 500 gram udang basah -direbus dan diambil isinya

  • (air rebusan udang: basuh & goreng sikit kulit udang barulah direbus kulit itu dgn 1 mangkuk besar air)

  • 3 keping ikan kurau masin

  • 4 sudu besar udang kering } direbus bersama udang basah

  • 1 genggam ikan bilis} direbus bersama udang basah

  • Kesemua Bahan A dikisar menggunakan air rebusan ikan tadi.


Bahagian B :


  • 20 tangkai cili kering

  • 15 ulas bawang merah

  • 10 ulas bawang putih

  • 10 batang serai

  • 4 cm halia

  • 4 cm lengkuas

  • 2 cm kunyit

  • 1/2 keping belacan

  • 9 sb ketumbar

  • 3 sb jintan putih

  • 3 sb jintan manis

  • 1 peket kecil kerisik ( saya tambah sendiri )


Kesemua bahan B di atas dikisar halus. Bahan C :


  • 1 kepal/genggam asam jawa

  • 1 cawan air - air asam jawa

  • (kalau tak mahu guna asam jawa boleh guna asam keping 5-6 keping atau ikut rasa masam masing-masing)

  • 2 biji kelapa parut - diambil santan pekatnya (boleh gunakan santan kotak)

  • 3 sb gula melaka

  • 1 mangkuk besar air rebusan udang dan air rebusan ikan (ikut kepekatan masing-masing)

  • ajinomoto, gula, garam secukup rasa

  • 1 paket rempah kari ikan (jika suka)

  • Minyak secukupnya untuk menumis

  • Spaghetti :

    Direbus (dipintal menjadi seperti nombor 8)

  • Ulam-ulaman laksa :

  • limau kasturi, taugeh, bawang besar, daun kesum, daun selasih, timun, jeruk chaipo (lobak asin) dan sambal belacan ( campur lada merah hidup, cili kering yang telah direbus, belacan & garam - kisar guna pengisar kering)


Cara menyediakannya:

1. Panaskan minyak, kemudian tumiskan Bahan B hingga wangi.

2. Kemudian masukkan Bahan A dan kacau rata.

3. Masukkan Bahan C dan kacau rata.

4. Didihkan dan masak sehingga molek pekatnya. Kepekatan kuah adalah mengikut citarasa masing-masing.

5. Apabila kuah telah masak, hidangkan bersama spaghetti serta ulam-ulamannya.



LAKSA JOHOR shared from shaed

Republish by The CC Resepi
31 Jan 2015 0 comments

TELUR SOTONG GORENG TELUR MASIN

TELUR SOTONG GORENG TELUR MASIN -


Bahan-bahan:-


  • 3 ketul Telur sotong saiz Besar(potong kecil)

  • 10 biji cili api - dihiris ikut kepedasan masing-masing

  • 2 tangkai daun kari

  • 3 sudu besar butter

  • 5 biji telur masin

  • 1 sudu kecil gula

  • 3 sudu besar susu cair

  • 2 biji bwg putih - di ketuk

  • 3 sudu besar tepung jagung

  • garam

  • serbuk lada sulah secukupnya

  • minyak masak utk menggoreng


Cara cara:-


  1. rebus telur masin sampai masak, asingkan kuning telur dan hancurkan - c.kak tambah 1 biji bahagian putih telur masin.

  2. bersihkan telur sotong n potong kepada bahagian kecil2, goreng dengan tepung jagung.

  3. goreng deep fried - asingkan

  4. panaskan kuali masukkan butter, tumis bawang putih,daun kari dan cili padi sampai wangi

  5. masukkan telur masin yang telah dihancurkan tadi.

  6. masukkan susu segar,gula dan lada sulah..perasakan kesemuanya.

  7. kacau rata,tunggu sampai kuah tu sedikit berbuih ,masukkan Telur sotong kacau rata dan TARAAAAA.....sedia dihidang. HIHIHI






TELUR SOTONG GORENG TELUR MASIN shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;