Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
200 gm udang besar
1/4 sudu kecil lada putih
1/4 sudu teh garam
Penyediaan :
- Udang di cuci, buang kulitnya, tinggalkan sedikit bahagian ekornya.
- Gunting belakang udang, buang kotoran dan buat kelaran di bahagian bawahnya.
- Tabur sedikit lada putih dan sedikit garam.
- Kukus selama 5-8 minit hingga udang kemerahan.
Sos Pedas Berkacang
4 ulas bawang putih cincang halus
4 cili padi hiris halus
1 sudu besar gula melaka cincang
2 sudu besar kacang tanah yang di sangai
2 sudu besar jus limau nipis
2 sudu besar jus asam jawa
2 sudu besar sos ikan
1/4 cawan air
2 sudu besar daun ketumbar cincang atau daun pudina
Penyediaan :
- Didihkan air bersama gula hingga larut.
- Masukkan bawang putih, cili hiris, jus limau, jus asam jawa, sos ikan.
- Apabila mendidih, tutup api dan masukkan kacang tanah.
- Angkat dan gaulkan dengan daun ketumbar.
Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai
Udang Kukus Sos Kacang Ala Thai shared from kakwan
Republish by The CC Resepi