4 Nov 2019 0 comments

Kerutup Jantung Pisang

Kerutup Jantung Pisang -

Kerutup Jantung Pisang
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 biji jantung pisang
3 sudu besar rempah kerutup
1 sudu kecil cili kisar
1/4 cawan air asam jawa
1/2 keping gula melaka
2 sudu kecil garam
1/2 cawan santan pekat
1/2 sudu besar kerisik
1/4 cawan minyak masak

Bahan kisar
4 ulas bawang merah 
1 ulas bawang putih
1 batang serai, hiris bahagian putih
1 hiris halia
1 hiris lengkuas
1 sudu kecil jintan putih
1 sudu kecil biji ketumbar



Penyediaan :
  1. Buang kulit luar jantung pisang.  Ambil bahagian yang lebih cerah.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar hingga garing.
  3. Masukkan cili kisar dan rempah kerutuk.
  4. Tumis dengan api paling perlahan. Kacau sehingga rempah sedikit garing.
  5. Kemudian, masukkan air asam jawa.
  6. Biar mereneh hingga pecah minyak.
  7. Kemudian masukkan gula melaka dan garam.
  8. Belah 6 jantung pisang setiap satu.  Belah ketika hendak di masukkan ke dalam kuah.
  9. Masukkan ke dalam periuk dan gaul hingga rata.
  10. Tambah sedikit air dan reneh hingga jantung pisang lembut.
  11. Akhir sekali masukkan santan dan kerisik.
  12. Tutup periuk dan biar mereneh hingga kuah hampir pekat.


Kerutup Jantung Pisang


Kerutup Jantung Pisang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
3 Nov 2019 0 comments

Ayam Goreng Khao Mok

Ayam Goreng Khao Mok -

Ayam Goreng Khao Mok
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 ekor ayam kampung
4 cawan air
3 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar rempah Khao Mok**

Rempah Khao Mok**
2 sudu kecil serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil serbuk kunyit
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
1/2 sudu kecil kayu manis

Bahan Hiris
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
3 batang akar ketumbar

Rempah Kasar
1 kulit kayu manis
1 bunga lawang
2 helai daun bay
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih

Bahan Perapan
1 sudu kecil garam atau secukup rasa
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk kunyit

Penyediaan Ayam :
  1. Panaskan minyak sapi, tumis bahan hiris dan rempah kasar hingga wangi.
  2. Masukkan rempah Khao Mok dan kacau dengan api perlahan supaya tidak hangus.
  3. Masukkan air. sedikit garam dan akar ketumbar.
  4. Apabila mendidih, masukkan ayam. 
  5. Rebus hingga ayam setengah masak.
  6. Keluarkan ayam dan toskan.
  7. Simpan air rebusan untuk memasak nasi Khao Mok.
  8. Lumurkan ayam dengan bahan perapan.
  9. Perap sebentar hingga mesra.
  10. Goreng ayam yang di perap tadi.

Ayam Goreng Khao Mok


Ayam Goreng Khao Mok shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;