3 Apr 2020 0 comments

Biskut Batang Mancis

Biskut Batang Mancis -

Biskut Batang Mancis
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
130gm mentega
60gm gula ising
250gm tepung gandum
20 gm tepung jagung
1 biji kuning telur
2 sudu teh Sunquick paste / emulco

Hiasan :  Coklat masakan cair

Cara-cara :
  1. Pukul mentega dan gula dengan senduk kayu hingga berkrim.  
  2. Masukkan telur dan esen vanila pukul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung, tepung jagung.  Uli menjadi doh.  
  4. Simpan selama 15 minit di dalam peti sejuk.
  5. Canai 2cm tebal dan potong memanjang 3 inci.
  6. Bakar selama 150C selama 15-20 minit.
  7. Setelah sejuk, celup bahagian atas dalam coklat cair.
  8. Bila coklat beku, simpan dalam bekas kedap udara.

Biskut Batang Mancis


Biskut Batang Mancis shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
2 Apr 2020 0 comments

Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies

Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies -

Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
250 gm tepung gandum
120 gm tepung kacang kuda / chickpea
110 gm gula aising
1/2 sudu teh garam halus
1 sudu teh baking powder
240 ml minyak jagung

Kuning telur untuk sapuan
1/2 cawan pistachios cincang untuk hiasan
Kelopak rose kering, optional

Cara-cara :
  1. Satukan tepung, tepung kacang, gula, garam dan baking powder.
  2. Tuang minyak sedikit2 dan uli menjadi doh yang lembut.
  3. Canai dan terap mengikut acuan yang di sukai.
  4. Atur di atas dulang yang di alas baking paper.
  5. Bakar pada suhu 150C selama 20 minit.
  6. Keluarkan biskut, sapu dengan kuning telur.
  7. Tabur dengan kacang pistachios.
  8. Bakar semula selama 5 minit lagi.
  9. Cara ini untuk mengelakkan pistachios menjadi kehitaman.

Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies


Biskut Kacang Kuda / Chickpea Cookies shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;