By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan :
2 biji mangga - potong ikut suka
100 gm beras pulut hitam
150 gm beras pulut putih
200 ml santan cair + 1/4 sudu teh garam
2 helai daun pandan - carikkan
Sos Santan :
300 ml santan pekat
2 sudu besar gula pasir
1/4 sudu kecil garam
2 helai daun pandan
2 sudu kecil tepung beras larutkan dgn sedikit air
Penyediaan Pulut :
- Rendam pulut hitam dan putih secara berasingan selama 3 jam.
- Toskan dan satukan kedua pulut.
- Masukkan santan dan kukus bersama daun pandan selama 30 - 35minit.
- Hidang bersama mangga dan sos santan.
Satukan semua bahan kecuali tepung beras.
Masak hingga gula larut.
Msukkan bancuhan tepung beras, masak hingga sos nampak pekat.
Manga Pulut Hitam
Manga Pulut Hitam shared from kakwan
Republish by The CC Resepi