24 Feb 2015 0 comments

Resepi ayam bakar

Resepi ayam bakar -



Bahan-bahan


  • 6 Ketul ayam

    4 ulas bawang putih ditumbuk lumat*

    1 inci halia ditumbuk lumat*

    1 Sudu besar madu*

    1 Sudu besar cili boh*

    1 Sudu besar gula*

    1/2 sudu kecil serbuk lada hitam*

    1/2 cawan sos tiram*

    1/2 cawan kicap manis cap kipas udang*

    Sedikit garam*

    Sedikit butter


Cara-caranya




  1. Campurkan semua bahan yang bertanda* dan perap dengan ayam selama 1 jam dalam peti ais.

  2. Semasa nak bakar lumurkan ayam dengan butter dan bakar ayam hingga masak.

  3. Kuah perapan ayam yang lebih dipanaskan diatas api.Masak hingga kuah nampak agak pekat dan tutup api.Tuang kuah keatas ayam yang dibakar tadi.Siappp...Selamat mencuba






Resepi ayam bakar shared from shaed

Republish by The CC Resepi
0 comments

AYAM MASAK LEMON

AYAM MASAK LEMON -





BAHAN-BAHANNYA


  • 5 ketul ayam klu de drumstik lg anak2 suka..ala2 ayam upin& ipin kiki emoticon

  • 1/2 cawan tepung jagung

  • 1/2 cawan tepung beras

  • 1 biji telur

  • 1 sudu besar serbuk kunyit untuk perapan & 1 sudu besar lg untuk bahgian tepung

  • 1 sudu besar rempah kari

  • 1/2 cawan yogurt

  • 1/2 biji lemon

  • sedikit gula, garam, serbuk perasa, serbuk lada sulah




BAHAN-BAHAN PERAPAN


  • Masukkan serbuk kunyit, rempah kari

  • Masukkan yogurt

  • Perasakan garam, gula, serbuk perasa dan serbuk lada sulah.

  • Perahkan lemon.

  • Kacau sebati dan gaulkan dengan ayam.

  • Perap selama sejam.


BAHAN UNTUK TEPUNG


  • Campurkan tepung jagung, tepung beras serbuk kunyit.

  • Perasakan dengan sedikit garam, gula, serbuk perasa dan lada sulah


CARA MEMBUATNYA


  1. Last sekali...celup ayam yang diperap ke dalam telur dan terbalik-balikkan ke dalam adunan tepung.

  2. Seterusnya goreng sehingga kekuningan...SIAP Hidangkan dan hiaskan dengan limau sunkist..klu lemon masam..sakit pulakk perut si comel






AYAM MASAK LEMON shared from shaed

Republish by The CC Resepi
 
;