29 Jun 2017 0 comments

Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake

Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake -

Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake

Bahan-bahan
250 gm mentega
170 gm gula kaster
200 gm tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
5 biji telur grade A
1 sudu kecil esen vanilla
2 sudu kecil ovalette
4 sudu besar susu pekat
2 sudu besar serbuk koko - ayak

Loyang 8 in di alas kertas minyak dan di gris.

Penyediaan :
  1. Ayak tepung dan baking powder.  Ketepikan.
  2. Pukul mentega, ovalette dan gula hingga kembang dan putih.
  3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, (pukul dahulu sebiji telur biar rata sebelum di masukkan telur seterusnya.)
  4. Masukkan esen vanilla dan susu pekat, putar hingga sebati.
  5. Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan putar hingga rata.
  6. Bahagian adunan kepada 2 bahagian sama banyak.  Campurkan satu bahagian dengan serbuk koko.
  7. Masukkan adunan asal dan adunan koko berselang seli ke dalam loyang.
  8. Setelah selesai, hentak ringan loyang supaya adunan sekata.
  9. Bakar pada suhu 170C selama 40-45 minit.


Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake


Kek Marble Mentega / Butter Marble Cake shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Jun 2017 0 comments

Biskut Prunes Sunsweet

Biskut Prunes Sunsweet - Biskut Prunes Sunsweet Bahan-bahan 125 gm mentega60 gm gula kaster1 kuning telur200 gm tepung gandum20 gm tepung kastard20 gm susu tepung Jem Prunes 200 gm Prunes, cincang1 sudu besar gula pasir1 sudu besar mentega Masukkan semua bahan jem ke dalam periuk dan masak dengan api kecil hingga kental dan berkilat. Sejukkan dahulu dan gentel bujur. Hiasan :  Kuning Telur, Bijan Putih

Biskut Prunes Sunsweet shared from Resipi Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;