Avocado Goreng Rangup
By Kak Wan @ Resipicitarasawan
Bahan-bahan
4 biji avocado separuh masak - potong memanjang
Sedikit perahan jus limau
Tepung Goreng Rangup
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air
1 sudu besar air kapur cair
1 sudu kecil garam
2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng
Penyediaan :
- Perah sedikit jus limau pada avocado untuk mengelakkan warna menjadi kusam.
- Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata kecuali breadcrumbs
- Bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
- Celup avocado ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
- Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga bersalut rata.
- Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
- Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.
- Rangup di makan panas bersama sos atau aiscream.
Avocado goreng bersama sos Kewpie
Avocado goreng bersama aiscream
Avocado Goreng Rangup shared from kakwan
Republish by The CC Resepi