28 Sept 2019

Avocado Goreng Rangup

Avocado Goreng Rangup -

Avocado Goreng Rangup
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji avocado separuh masak - potong memanjang
Sedikit perahan jus limau

Tepung Goreng Rangup
1 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3/4 cawan air
1 sudu besar air kapur cair
1 sudu kecil garam
2 cawan breadcrumbs
Minyak untuk menggoreng

Penyediaan :
  1. Perah sedikit jus limau pada avocado untuk mengelakkan warna menjadi kusam.
  2. Bancuh bahan-bahan tepung goreng hingga rata kecuali breadcrumbs
  3. Bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.
  4. Celup avocado ke dalam bancuhan tepung dan golek di atas breadcrumbs.
  5. Goyang mangkuk berisi breadcrumbs hingga bersalut rata.  
  6. Jangan gunakan tangan untuk mengaul kerana salutan akan melekat pada tangan.
  7. Goreng di dalam minyak sederhana panas hingga keperangan.
  8. Rangup di makan panas bersama sos atau aiscream.


Avocado goreng bersama sos Kewpie 

 Avocado goreng bersama aiscream


Avocado Goreng Rangup shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;