3 Sept 2019

Krim Puff Angsa

Krim Puff Angsa -

Krim Puff Angsa
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200 ml air
90 gm marjerin Pelangi
1 sudu kecil gula
120 gm tepung gandum, diayak
200 gm telur (4 biji telur B), kocok ringan

Loyang di alas baking paper

Penyediaan :

  1. Satukan air, marjerin dan gula.  Masak hingga mendidih.
  2. Tutup api, masukkan semua tepung.
  3. Kacau dengan segera hingga menjadi segumpal doh.
  4. Panaskan semula adunan dengan api perlahan.
  5. Kacau hingga kepingan nipis terbentuk di tepi periuk.
  6. Padamkan api, kacau doh hingga wapnya keluar dan suam.
  7. Masukkan telur satu per satu secara bertahap.
  8. Pastikan telur di adun rata sebelum di masukkan telur berikutnya,
  9. Setelah mendapat adunan yang likat dan licin, masukkan ke dalam piping bag.
  10. Untuk badan angsa guna muncung nozzle bergerigi.
  11. Picit ke atas loyang bentuk air mata, besar di depan dan runcing di belakang.
  12. Spray permukaan cream puff dengan air.
  13. Bakar di rak atas pada suhu 200c selama 15 minit.
  14. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 15 minit lagi.
  15. Untuk kepala angsa, guna muncung nozzle bulat kecil.
  16. Picit bentuk Angka 2 atau huruf S, bakar selama 10 minit.
  17. Badan angsa di potong di bahagian atas, kemudian di belah 2 untuk sayapnya.
  18. Picit krim custard ke dalam badannya, pasangkan kepala dan sayap angsa.


Krim Kastard Segera
200 gm instant custard
400 ml air atau susu segar

Satukan dan putar hingga pekat.

Krim Kastard
1 cawan susu segar
1 sudu besar tepung gandum
1 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar gula
1 biji telur
sedikit esen vanilla
1sudu besar mentega

Penyediaan :
Satukan semua bahan dan tapis ke dalam periuk.
Masak dengan api kecil dan sentiasa dikacau hingga pekat.
Tutup api, masukkan mentega dan kacau sebati.  Angkat
Masukkan kastard ke dalam mangkuk, tutup dengan plastik wrap.
Simpan di dalam peti sejuk sebelum di gunakan.

Krim Puff Angsa


Krim Puff Angsa shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;