26 Sept 2019

Baulu Ikan Jepun / Taiyaki

Baulu Ikan Jepun / Taiyaki -

Baulu Ikan Jepun / Taiyaki
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
150 gm ( 1 1/4 cawan) tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh baking soda
1 biji telur
200 ml (3/4 cawan) susu segar
3 sudu besar gula kaster

Inti Kacang Merah atau Nutella
Pan Taiyaki

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, baking soda dan baking powder.
  2. Tambah gula dan susu,  whisk hingga sebati.
  3. Dalam bekas lain, pukul telur hingga kembang dan gebu.
  4. Tuang telur ke dalam tepung, kaup balik hingga rata.
  5. Panaskan pan taiyaki, sapu sedikit mentega menggunakan tissue hingga rata.
  6. Tuang separuh adunan dan isi inti, ratakan adunan memenuhi pan.
  7. Tutup pan dan masak 2-3 minit dengan api perlahan.
  8. Sentiasa di terbalikkan hingga masak.

Baulu Ikan Jepun / Taiyaki


Baulu Ikan Jepun / Taiyaki shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;