27 Sept 2019

Keledek Ungu Cheesecake

Keledek Ungu Cheesecake -

Keledek Ungu Cheesecake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Dasar Kek Sponge
125 gm chocolate sponge mix
1 biji telur A
1 sudu besar air
2 sudu besar minyak jagung
1 sudu teh chocolate emulco

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kek kecuali minyak. 
  2. Putar dengan kelajuan tinggi selama 5-6 minit hingga kembang.  
  3. Masukkan minyak dan putar perlahan dan sebati.  
  4. Tuang ke dalam loyang 7 x 7 in yang di alas kertas minyak. 
  5. Bakar selama 20-25 minit pada suhu 160C.  
  6. Sejukkan di atas redai dan potong atasnya supaya rata.
  7. Terapkan dengan acuan kecil.  Ketepikan.

Puri Keledek 
200 gm keledek ungu
50 gm gula pasir
Sedikit air rebusan keledek

Penyediaan :
  1. Rebus keledek, buang kulit dan lecek dengan gula hingga halus ketika masih panas.
  2. Tambah sedikit air rebusan keledek dan lecek hingga halus.
  3. Bahagi kepada 2 bahagian untuk cheesecake dan bakinya untuk cream keledek.

Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air
Puri Keledek *

Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  
  3. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan.
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan licin.  
  5. Tuang gelatin cair dan masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
  6. Setelah rata, bahagikan kepada 2 bahagian.
  7. Satu bahagian asal dan satu bahagian di masukkan puri keledek.
  8. Masukkan kedua-dua adunan ke dalam piping bag berasingan.
  9. Picit lapisan asal ke dasar kek, ratakan.
  10. Masukkan sebentar lebih kurang 15 minit ke dalam peti sejuk.
  11. Keluarkan dan picit adunan keledek, hentakkan sedikit supaya rata,
  12. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam hingga permukaannya set.
  13. Keluarkan dari peti sejuk dan lapis dengan cream keledek. 
  14. Masukkan ke dalam peti sejuk hingga lapisan puding beku.

Cream Keledek
Puri Keledek
1/2 sudu besar mentega
Air rebusan keledek

Cara-cara :
  1. Satukan semua, masak dengan api perlahan hingga mentega larut.
  2. Tambah air rebusan keledek hingga mendapat pes yang halus dan lembut.
  3. Angkat, biarkan sejuk sebelum di sapu ke atas cheesecake.

Keledek Ungu Cheesecake


Keledek Ungu Cheesecake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;