28 Jul 2020 0 comments

Kuih Bakar Kentang Seri Pelangi

Kuih Bakar Kentang Seri Pelangi -

Kuih Bakar Kentang Seri Pelangi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan :
250 gm kentang kukus, haluskan
200 ml santan kotak
150 ml air
75 gm Marjerin Seri Pelangi, cairkan
125 gm gula pasir
125 gm tepung gandum
2 biji telur A
1/2 sudu teh garam
1/4 sudu teh esen vanilla
2 helai daun daun pandan, simpulkan

Hiasan :  Kismis Hitam
Pewarna :  Ungu, Biru, Hijau, Kuning, Oren dan Merah

Cara-cara :
  1. Masak santan, garam dan daun pandan hingga mendidih.  Angkat dan sejukkan.
  2. Dalam pengisar, kisar gula pasir dan telur hingga kembang.
  3. Tambah santan, vanilla, tepung dan kentang.
  4. Kisar hingga halus dan licin. 
  5. Masukkan marjerin cair, kisar perlahan hingga sebati.
  6. Bahagi adunan dan beri warna setiap satu.
  7. Oles acuan dengan marjerin.  Panas kan di atas api dapur.
  8. Tuang adunan 3/4 penuh, letak kismis sebagai hiasan.
  9. Tutup acuan dan masak dengan api perlahan.
  10. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
Kuih Bakar Kentang Seri Pelangi


Kuih Bakar Kentang Seri Pelangi shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
27 Jul 2020 0 comments

Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram

Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram -

Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 buah terung panjang, belah dan potong
10 biji cendawan shitake, hiris
5 ulas bawang putih, cincang
1/2 in halia, hiris
1 tangkai cili merah, cincang
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar kicap cair
1 sudu kecil bancuhan tepung jagung
Minyak untuk menumis

Penyediaan :
  1. Goreng terung hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi.
  3. Tambah cili dan cendawan hiris.
  4. Goreng dengan api besar sebentar.
  5. Masuk terung yang di goreng tadi.
  6. Perasa kan dengan sos tiram dan kicap cair.
  7. Akhir sekali masuk bancuhan tepung jagung.
  8. Goreng sebentar dan angkat.

Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram



Terung dan Cendawan Goreng Sos Tiram shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;