28 Jan 2015

AYAM MASAK SERAI

AYAM MASAK SERAI -



Bahan-bahan:


  • 1 ekor ayam dipotong kecil2 ( sebesar 2inci x 2 inci) dan dibersihkan

  • 6 batang serai dititik sehingga pecah bawahnya ( sekiranya tidak pecah bawahnya, rasa serai itu kurang dan serai lambat kering)

  • 2 keping asam gelugor

  • Garam dan kunyit

  • Bahan untuk di kisar:

  • 6 biji bawang merah

  • 1 labu bawang besar

  • 4 ulas bawang putih

  • sebesar ibujari halia

  • 20 tangkai lada kering dibuang biji dan direbus


Caranya:


  1. Ayam di lumur dengan garam dan kunyit dan digoreng separuh masak

    Angkat ayam dan toskan minyaknya

    Tumiskan bahan2 yang telah dimesin sehingga agak garing. Masukkan serai dan goreng lagi

    Masukkan ayam yang telah digoreng separuh masak tadi bersama asam gelugor dan goreng lagi sehingga serai kering.

    Sekiranya serai belum cukup kering dan tidak naik minyak, ini menunjukkan bahawa ayam serai masih belum siap untuk di makan.

    Angkatkan semuanya dan boleh dimakan dengan nasi putih panas2 atau dengan nasi impit.







AYAM MASAK SERAI shared from shaed

Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;