20 Jan 2015

NESTUM BUTTER PRAWN

NESTUM BUTTER PRAWN -



Bahan-bahan:


  • 1 kg udang


Bahan tumis:


  • 5 ulas bawang putih

    10 biji cili api (sy campur2 nak kasi banyak warna,baru meriah.hihi)

    2 tangkai daun kari

    1 cawan nestum


Bahan untuk pukul:


  • 3 biji telur

    4 sudu besar mentega

    2 sudu besar tepung beras

    1/2 cawan susu

    sedikit garam

    sedikit lada sulah

    kemudian rai tambahkan sedikit serbuk kari


Cara:

1. Perap udang dengan sedikit garam,serbuk lada sulah dan sedikit serbuk kari.

2. Goreng 1/2 masak udang yang telah diperap tadi. toskan dan ketepikan

3. Bubuh minyak secukupnya yer.... jangan meladung2 cam nak goreng ayam KFC tau.Kemudian tumiskan bahan2 tumis sehingga naik bau dan wangi. Masukkan sedikit garam.

4. Kemudian masukkan udang yang telah digoreng...

kacau rata sehingga udang masak.

5. Kocak kan bahan2 pukul tadi menggunakan garfu sehingga kembang dan sebati.

6. Tuangkan ke dalam kuali. masa nie kena make sure kuali panas betul2 tau... then kacau hingga ia menjadi garing..

7. Nanti ia akan menjadi seperti ini.. pastikan garing atau kering yerp... nanti kita tak nak nestum kita tak rangup.

8. Tutup api. kemudian masukkan nestum... kacau sekejap sahaja. nanti nestum anda tidak garing kalau kacau lama2.

8. ok dah siap dan boleh dihidangkan masa panas2 dan rangup nie.





NESTUM BUTTER PRAWN shared from shaed

Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;