28 Aug 2019 0 comments

Smoothie Nonavocado

Smoothie Nonavocado -

Smoothie Nonavocado
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 biji buah nona (Annona)
2 biji buah Avocado
1/4 cawan susu segar
1 sudu besar sirap gula atau secukupnya

Cara-cara :
  1. Kisar isi avocado bersama susu segar, dan sirap gula.
  2. Tuang ke dalam gelas.
  3. Kupas dan buang biji buah nona dan kisar hingga halus.
  4. Tuang ke atas lapisan avocado.
  5. Simpan di dalam peti sejuk hingga dingin.

Smoothie Nonavocado


Smoothie Nonavocado shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
27 Aug 2019 0 comments

Avocado Pudding Cheesecake

Avocado Pudding Cheesecake -

Avocado Pudding Cheesecake
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Dasar Biskut
150gm biskut digestive / Oreo - dihancurkan
70gm mentega cair

Gaul serbuk biskut dan mentega cair hingga rata, kemudian ratakan dan tekan padat ke dasar loyang. Simpan selama 20 minit di dalam peti sejuk.

Puri Strawberry 
200gm Avocado - potong2
50gm gula pasir

Masukkan ke dalam pengisar dan kisar halus.
Ketepikan 5 sudu besar untuk cheesecake dan bakinya untuk pudding.

Adunan Keju
250gm cream cheese - suhu bilik
60gm gula kaster
150ml UHT whipping cream
1 1/2 sudu besar gelatin halal
50ml air
5 sudu besar puri Avocado *

Loyang 7" Loose Base Tin

Cara-cara :
  1. Pukul whipping cream hingga pekat.  Ketepikan.
  2. Masukkan air ke dalam mangkuk, tabur gelatin dan biar sehingga gelatin kembang.  
  3. Cairkan di dalam microwave beberapa saat atau secara double boil.  Ketepikan.
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga rata dan licin.  
  5. Tuang gelatin cair dan masukkan whipping cream, kaup balik hingga sebati.
  6. Setelah rata, bahagikan kepada 2 bahagian.
  7. Satu bahagian asal dan satu bahagian di masukkan puri avocado.
  8. Tuang lapisan asal ke dasar biskut, ratakan.
  9. Tuang pula lapisan avocado dan ratakan,
  10. Simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam hingga permukaannya set.
  11. Keluarkan dari peti sejuk dan tuang lapisan puding. 
  12. Masukkan ke dalam peti sejuk hingga lapisan puding beku.
  13. Potong menggunakan pisau yang di layur api atau di siram air panas.

Lapisan Puding Avocado
200 ml air
1 sudu kecil serbuk agar-agar
2 sudu besar gula pasir
setitis pewarna hijau
Baki puri Avocado

Cara-cara :
  1. Satukan semua kecuali puri avocado dan pewarna.
  2. Setelah mendidih dan gula larut, masukkan puri avocado dan pewarna hijau.
  3. Kacau rata dan tuang ke atas lapisan cheesecake.

Avocado Pudding Cheesecake


Avocado Pudding Cheesecake shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
21 Aug 2019 0 comments

Avocado Aiscream

Avocado Aiscream -

Avocado Aiscream
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
3 biji Avocado masak, kisar halus
1 cawan santan atau susu cair
1 cawan krim putar (dairy whipping cream)
1 cawan susu pekat manis
1/4 sudu teh garam

Cara-cara :
Panaskan santan dan susu pekat, tidak perlu mendidih.
Gaul bersama puri avocado, krim putar dan sedikit garam.
Setelah sebati, masukkan ke dalam bekas tertutup dan simpan di tempat beku.
Biarkan selama 1 jam, keluarkan aiscream dan cakar2 dengan garpu.
Masukkan semula ke tempat beku dan biarkan selama 4-5 jam.

Cakar2 sekali lagi supaya ketulan aiscream pecah dan senang di scoop.
Enak di nikmati bersama kekacang, pistachios atau badam.

Avocado Aiscream


Avocado Aiscream shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Salad Sardine

Salad Sardine -

Salad Sardine
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan
1 tin Sardine atau Tuna (dalam olive oil)
Bawang merah besar, cincang
Cili merah, cincang
Timun, potong dadu
Salad Romaine
Tomato cerry, belah
Sedikit serbuk lada sulah dan garam
Sedikit perahan jus limau nipis / lemon

Sampingan :  Telur rebus, avocado dan belimbing

Penyediaan :

  1. Keluarkan air, lecek kasar sardin dengan garpu,
  2. Gaul bersama hirisan timun, bawang, cili, tomato.
  3. Perasakan dengan sedikit garam dan lada sulah.
  4. Tambah sedikit perahan jus limau dan gaul rata.
  5. Masukkan ke dalam kepingan daun salad.
  6. Gulung dan sedia di nikmati bersama telur rebus dan buah.


Salad Sardine



Salad Sardine shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
20 Aug 2019 0 comments

Puding Sagu Avocado

Puding Sagu Avocado -

Puding Sagu Avocado
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan sagu, cuci dan toskan
1 helai daun pandan
Air untuk merebus

2 biji Avocado, hiris

Cara-cara :
  1. Rebus air dan daun pandan hingga mendidih.
  2. Keluarkan daun pandan dan masukkan sagu.
  3. Masak hingga sagu menjadi jernih, tos dan masukkan ke dalam bekas berisi air sejuk.
  4. Toskan sagu dan masukkan ke dalam acuan atau gelas dessert.
  5. Hidang dengan hirisan, avocado, santan dan sirap gula melaka.
  6. Enak di hidang dingin.

Sos Santan
200 ml santan kotak (1 kotak kecil)
200 ml air
1/2 sudu teh garam
1 sudu besar tepung beras, larutkan dengan sedikit air

Cara-cara :
Satukan santan, air dan garam.
Masak hingga mendidih, tuang bancuhan tepung beras.
Masak hingga kuah kelihatan pekat.

Sirap Gula Melaka
2 ketul gula melaka
1 sudu besar gula pasir
1/3 cawan air

Masak hingga mendidih dan sejukkan.

Puding Sagu Avocado


Puding Sagu Avocado shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
3 comments

Jus Buah Nona

Jus Buah Nona -

Jus Buah Nona
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan
Buah Nona
Air Mineral
Ais secukupnya
Sirap gula jika suka

Penyediaan :
Buang kulit dan biji buah nona.
Masukkan ke dalam pengisar bersama air dan kisar halus.
Tambahkan ais dan sirap gula jika suka.

Jus Buah Nona


Jus Buah Nona shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
19 Aug 2019 0 comments

Ayam Panggang Sos Cendawan

Ayam Panggang Sos Cendawan -

Ayam Panggang Sos Cendawan
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
2 keping paha ayam
2 ulas bawang putih, tumbuk
2 ulas bawang merah, tumbuk
1 sudu kecil serbuk lada hitam
1 sudu kecil serbuk lada putih
2 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar minyak zaitun

Penyediaan :
  1. Bersihkan ayam dan lap dengan tissue dapur hingga kering.
  2. Kelar atau cucuk isi ayam dengan garfu supaya bahan perapan dapat meresap.
  3. Lumurkan kepingan ayam dengan bahan tumbuk, kiub ayam lada hitam dan lada putih.
  4. Gaul dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali lumur dengan minyak zaitun dan perap selama 1 jam atau lebih.
  6. Panggang ayam sehingga masak.

Sos Cendawan
6 cendawan butang, hiris nipis
1 tin kecil Prego Carbonara Cendawan
1 sudu besar bawang besar cincang
1 ulas bawang putih cincang
1 sudu kecil serbuk pati ayam
1 sudu kecil serbuk lada putih
1 cawan air
Sedikit minyak

Cara-cara :
  1. Panaskan minyak, tumis bawang besar dan putih hingga wangi dan sedikit kuning.
  2. Masukkan hirisan cendawan, tumis hingga layu.
  3. Masukkan sos carbonara, serbuk lada putih dan tambahkan air.
  4. Masukkan kiub ayam, sesuaikan rasa, kacau rata dan masak hingga pekat.


Ayam Panggang Sos Cendawan


Ayam Panggang Sos Cendawan shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Avocado Pineapple Smoothie

Avocado Pineapple Smoothie -

Avocado Pineapple Smoothie
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
2 biji Avocado masak, bekukan isinya
secubit garam
1/2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu cair

Bahan B
4 hiris nanas, bekukan isinya

Penyediaan :
Kisar A dan masukkan ke dalam gelas,
Kisar B dan tuang ke atas A.
Dinginkan di dalam peti sejuk.
Hias dengan daun pudina, sedia di nikmati.

Avocado Pineapple Smoothie


Avocado Pineapple Smoothie shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
18 Aug 2019 0 comments

Avocado Pitaya Smoothie

Avocado Pitaya Smoothie -

Avocado Pitaya Smoothie
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
2 biji Avocado masak, bekukan isinya
secubit garam
1/2 sudu besar susu pekat manis
1/4 cawan susu cair

Bahan B
1/2 biji Pitaya Merah (Dragon Fruit), bekukan isinya
1/4 cawan susu cair

Penyediaan :
Kisar A dan tuang ke dalam gelas.
Kisar B dan tuang ke atas bahan A.
Dinginkan dan hias dengan daun pudina.
Avocado Pitaya Smoothie



Avocado Pitaya Smoothie shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Spaghetti Meatballs Balognese

Spaghetti Meatballs Balognese -

Spaghetti Meatballs Balognese
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
200gm spagetthi
1 1/2 sudu besar minyak zaitun
sedikit garam

Sos Italian Meatballs
150gm meatballs siap guna - rebus dahulu, toskan
1 biji bawang besar - dadu
10 biji tomato ceri / 2 tomato besar  - dadu
5 ulas bawang putih - cincang halus
2 sudu besar minyak zaitun
2 tin sos tomato Preggo atau jenama lain
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
1 helai bay leaf
1 sudu kecil serbuk lada hitam


Cara-cara :
  1. Rebus spagetthi, tambah sedikit garam dan masak hingga lembut.  
  2. Angkat dan toskan.  Gaul dengan minyak zaitun hingga rata.
  3. Untuk sos, panaskan minyak, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau. 
  4. Masukkan tomato dan bay leaf.  Biarkan sehingga tomato hancur.
  5. Masukkan sos tomato Preggo dan sedikit air, kacau dan biarkan seketika.
  6. Perasakan dengan sedikit garam, gula dan serbuk lada hitam.
  7. Masukkan meatballs, gaul bersama sos hingga rata.
  8. Tutup kuali dan biar mereneh seketika.
  9. Angkat dan hidang bersama spaghetti.

Spaghetti Meatballs Balognese


Spaghetti Meatballs Balognese shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
9 Aug 2019 0 comments

Biskut Butterscoth Chocolate Chips

Biskut Butterscoth Chocolate Chips -

Biskut Butterscoth Chocolate Chips 
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan A
250 gram mentega
220 gula perang (1 1/4 cawan)
1 sudu kecil esen vanilla / butter vani1la
1 biji telur

Bahan B
350 gm tepung gandum (2 1/2 cawan)
70 gm tepung jagung (1/2 cawan)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
50 ml minyak masak (6 sudu besar)

Bahan C
150 gm butterscoth chocolate chips (1 cawan)
150 gm chocolate chips (1 cawan)

Cara-cara :

  1. Sebatikan bahan A dengan senduk kayu hingga berkrim.
  2. Masukkan bahan B dan kacau menjadi doh yang lembut,
  3. Masukkan bahan C, gaul rata.  Doh agak lembik.
  4. Rehatkan adunan selama 30 minit di dalam peti sejuk.
  5. Masukkan adunan ke dalam piping bag dengan muncung nozzle bulat.
  6. Picit ke atas dulang yang di alas baking paper.
  7. Jarakkan biskut untuk mengembang.
  8. Bakar selama 20 minit suhu 150C api atas bawah.
  9. Biarkan di atas redai sehingga biskut keras.
  10. Simpan dalam bekas kedap udara.


Biskut Butterscoth Chocolate Chips


Biskut Butterscoth Chocolate Chips shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
6 Aug 2019 0 comments

Lamb Chop Blackpepper Sos

Lamb Chop Blackpepper Sos -

Lamb Chop Blackpepper Sos
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan Perapan
6 kepingan daging kambing
4 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
3 sudu besar madu
4 sudu besar Sos tiram
2 sudu besar lada hitam kisar
1/2 sudu kecil serbuk Jintan manis
1/2 sudu kecil serbuk jintan putih
1/2 sudu kecil serbuk ketumbar
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar kicap cair

Cara menyediakannya
  1. Tumbuk atau kisar bawang putih dan bawang merah hingga halus.
  2. Satukan bersama bahan-bahan lain dan gaul rata dengan kepingan daging.
  3. Perap sekurangnya 4 jam atau semalaman di dalam petisejuk.
  4. Panggang dengan pemanggang letrik, kuali leper atau atas arang.

Bahan Sos Blackpepper
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
4 sudu besar lada hitam
1/4 sudu kecil serbuk Jintan manis
1/4 sudu kecil serbuk kunyit
1/4 sudu kecil serbuk jintan putih
1/4 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar sos tomato
1/2 sudu besar kicap pekat
2 sudu besar gula perang
1 sudu besar tepung ubi, bancuh sedikit air
1 cawan air

Penyediaan :
  1. Tumbuk atau kisar bawang merah, putih dan lada hitam hingga halus.
  2. Masukkan ke dalam periuk bersama air, rempah, sos tomato, kicap dan gula.
  3. Masak hingga mendidih, pekatkan dengan larutan tepung ubi.
  4. Tuang sos ke atas kepingan daging bakar, hidang bersama sayur, salad atau kentang putar.


Lamb Chop Blackpepper Sos


.

Lamb Chop Blackpepper Sos shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
5 Aug 2019 0 comments

Pankek Buah Naga dan Pisang

Pankek Buah Naga dan Pisang -

Pankek Buah Naga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1/2 sudu kecil baking powder
1 cawan susu segar
1/2 biji buah naga
1 sudu besar gula kaster
1 biji kuning telur
2 putih telur, putar hingga kental
3 sudu besar mentega cair
4 biji pisang berangan / emas

Non stick pan kecil, oles mentega, (sapu dengan tissu)

Cara-cara :
  1. Ayak tepung, soda bikarbonat dan baking powder.
  2. Dalam mangkuk, satukan susu segar, gula, kuning telur dan mentega cair.
  3. Whisk hingga rata.
  4. Masukkan tepung dan whisk hingga sebati dan licin.
  5. Masukkan putih telur (meringue) sedikit demi sedikit dan kaup balik hingga sebati.
  6. Panaskan non stick pan, tuang adunan dan letak hirisan pisang.
  7. bakar dengan api paling perlahan.
  8. Tutup kuali dengan penutup dan masak hingga permukaan atas kering.
Pankek Buah Naga dan Pisang


Pankek Buah Naga dan Pisang shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
4 Aug 2019 0 comments

Smoothie Manganaga

Smoothie Manganaga -

Smoothie Manganaga
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan
Buah Manga
Buah Naga
Ais secukupnya

Gelas Tinggi

Penyediaan :
Potong dan kisar buah manga dengan ais hingga halus.
Tuang separuh ke dalam gelas.
Potong dan kisar buah naga dengan ais hingga halus.
Tuang ke atas lapisan buah manga.
Enak di nikmati dingin.

Smoothie Manganaga


Smoothie Manganaga shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
2 Aug 2019 0 comments

Pear Rose Laici

Pear Rose Laici -

Pear Rose Laici
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji buah pear kecil
1 cawan Sunquick Rose Laici
1 cawan air
3 tangkai bunga cengkih
1 batang kulit kayu manis
1/3 cawan gula pasir
setitis pewarna merah rose
2 sudu kecil tepung jagung, bancuh sedikit air

Sampingan :  Vanilla aiscream, potongan buahan

Cara-cara :

  1. Kupas kulit buah pear dan korek keluar pulurnya dengan sudu kecil.
  2. Rebus bersama bahan-bahan lain kecuali bancuhan tepung jagung.
  3. Reneh selama 15-20 minit hingga pear lembut.
  4. Keluarkan buah pear, cengkih dan kayu manis, biarkan sirapnya di dalam periuk.
  5. Tuang bancuhan tepung jagung ke dalam sirap dan masak hingga pekat dan berkilat.
  6. Hidang pear dengan siraman sirap, aiscream dan potongan buahan.


Pear Rose Laici




Pear Rose Laici shared from kakwan
Republish by The CC Resepi
 
;