30 Nov 2016 0 comments

Keria Gula Melaka

Keria Gula Melaka -

Keria Gula Melaka

Bahan-bahan
500gm keledek putih
1 cawan tepung gandum
1/4 sudu teh garam halus

Sira Gula Melaka
100gm gula melaka - hancurkan
1 sudu besar gula pasir
20gm gula batu - hancurkan
1/2 cawan air

Cara-cara :
Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas.
Bila sejuk, masukkan tepung dan uli hingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
Timbang doh seberat 40gm dan bentukkan bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya.
Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas.

Untuk salutan gula, masak air, gula melaka, gula  dan gula batu hingga hancur dan likat.
Masukkan kuih tadi dan gaul rata perlahan2 hingga kuih bersalut rata.
Tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.


Keria Gula Melaka


Keria Gula Melaka shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
29 Nov 2016 0 comments

Pau Kelapa

Pau Kelapa -

Pau Kelapa

Inti Kelapa
200gm kelapa parut muda
1/4 sudu teh garam
80gm gula pasir
150ml air + 2 sudu kecil sirap rose
3 helai daun pandan - potong kecil
1 sudu teh tepung pulut
sedikit pewarna hijau

Cara-Cara :
Masukkan kelapa parut, garam, gula dan air sirap ros ke dalam kuali.   Masak hingga air hampir kering.
Tabur dengan tepung pulut, gaul rata.  Angkat dan sejukkan.

Doh Pau
250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau
1 sudu kecil yis
3/4 sudu teh baking powder
50gm gula kaster
1/2 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
120ml air suam
20gm shortening

Cara-cara :
  1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit.
  3. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 11 biji. 
  4. Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik.
  5. Susun di dalam pengukus dan rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
  6. Untuk bentuk kipas, gunting 8 penjuru dan kelepekkan ke atas.
  7. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Pau Kelapa


Pau Kelapa shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
25 Nov 2016 0 comments

Bingka Ambon Medan

Bingka Ambon Medan -

Bingka Ambon Medan

Adunan Yis
50 ml air suam
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar ragi instant
2 sudu besar tepung gandum

Satukan adunan yis di dalam bekas, aduk rata.   Tutup dengan plastik wrap dan rehatkan selama 10-15 minit hingga berbuih.  Ketepikan.

Bahan-bahan
3 helai daun pandan
1 batang serai - di ketuk
10 kuning telur ayam
500 ml santan kelapa pekat
5 helai daun limau purut - carikkan
1/2 sudu teh garam
125 gm tepung ubikayu / tepung sagu
250 gm gula pasir

Penyediaan :
  1. Masak santan, daun limau purut, daun pandan, serai dan garam hingga mendidih dan pekat. Tapis dan ketepikan.
  2. Pukul kuning telur dan gula hingga kembang dan pekat.  Kemudian masukkan tepung ubikayu, santan dan adunan yis.
  3. Kaup balik dengan spatula perlahan-lahan hingga sebati.  Tutup bekas dengan plastik dan biarkan selama 2 - 3 jam hingga mengembang.
  4. Leser loyang dengan minyak dan panaskan di atas dapur hingga minyak panas.
  5. Tuang adunan ke dalam loyang dan bakar di rak bawah (api bawah sahaja) pada suhu 180C selama 30 - 35 minit dengan pintu oven sedikit terbuka.
  6. Tukar kedudukan loyang di rak tengah dan bakar api atas dan bawah sehingga permukaan bingka kecoklatan.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong.


NOTA :  Pintu oven perlu di renggangkan sedikit kerana adunan bingka menggunakan adunan yis yang mudah hangus.
Tepung ubikayu boleh di gantikan dengan tepung sagu kerana rasanya lebih sedap.

Bingka Ambon Medan


Bingka Ambon Medan shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
23 Nov 2016 0 comments

Spaghetti Aglio Olio

Spaghetti Aglio Olio -

Spaghetti Aglio Olio

Bahan-bahan
300gm spaghetti, rebus hingga lembut, toskan
5 ulas bawang putih - cincang halus
1 sudu kecil serbuk cili
1 cawan daun bayam (baby spinach)
1/4 cawan daun parsley - hiris
2 sudu besar minyak zaitun
Sedikit garam
100gm isi udang
1/2 biji lemon

Penyediaan :
Panaskan minyak zaitun, tumis bawang putih hingga naik bau.
Masukkan udang dan kacau hingga udang berubah kemerahan.
Masukkan garam, perahan jus lemon dan serbuk cili.  Kacau rata.
Masukkan daun parsley dan baby spinach.
Kacau sebentar dan masukkan spaghetti yang telah di rebus.
Kacau rata dan sedia di hidangkan.

Spaghetti Aglio Olio


Spaghetti Aglio Olio shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
22 Nov 2016 0 comments

Kaswi Labu

Kaswi Labu -

Kaswi Labu 
Resipi :  Kak Fida@Myresipi
Olahan : K1

Bahan-bahan
300gm labu
200gm gula pasir
250ml santan kotak
150gm tepung ubi
150gm tepung gandum
25g tepung jagung
350ml air
1 sudu teh garam
2 helai daun pandan

Kelapa parut putih + sedikit garam (kukus sebentar selama 5 minit)

Loyang 9 x 9 di alas plastik tahan panas atau acuan lompang di gris minyak

Penyediaan :

  1. Potong labu, buang kulit dan kukus hingga lembut.
  2. Masak santan, gula, garam dan daun pandan hingga gula larut.  Keluarkan daun pandan.
  3. Masukkan isi labu ke dalam pengisar, air dan santan tadi.  Kisar hingga halus.
  4. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit dan kisar hingga sebati dan halus.
  5. Tuang ke dalam loyang.
  6. Panaskan pengukus dan kukus selama 30 minit hingga masak.
  7. Sejukkan dahulu sebelum di potong dan di gaul dengan kelapa parut.


Kaswi Labu


Kaswi Labu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
19 Nov 2016 0 comments

Shakshuka

Shakshuka -

Shakshuka

Bahan-bahan
4 biji tomato - potong dadu
1 biji bawang besar - potong dadu
100gm daging cincang - optional
1 biji capsicum merah - potong dadu
4 ulas bawang putih - cincang halus
1 tin tomato paste (Preggo)
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu besar serbuk jintan putih
1 sudu besar mixed herbs (oregano, thyme, rosemary, parsley)
Gula dan garam secukup rasa
1 tangkai parsley untuk taburan
4 biji telur ayam
Minyak zaitun untuk menumis

Penyediaan :
  1. Panaskan minyak di dalam kuali non stick, tumis bawang besar, bawang putih hingga naik bau.
  2. Masukkan daging cincang, masak hingga daging berubah warna.
  3. Masukkan capsicum, tomato, dan sedikit air.  Masak hingga mendidih dan tomato hancur.
  4. Masukkan serbuk cili, jintan putih dan mixed herbs.
  5. Perasakan dengan gula dan garam secukupnya.  Gaul rata.
  6. Reneh dengan api perlahan sehingga sos hampir pekat.  Buat 4 lubang menggunakan sudu, kemudian pecahkan telur ke dalamnya.
  7. Kemudian tutup kuali, biarkan seketika hingga telur separuh masak.
  8. Tabur daun parsley cincang dan serbuk lada hitam.
  9. Boleh di makan bersama roti atau pasta.


sesuai sebagai hidangan sarapan, tengahari atau malam.

Shakshuka


Shakshuka shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
18 Nov 2016 0 comments

Kuih Keria Keledek Ungu

Kuih Keria Keledek Ungu -

Kuih Keria Keledek Ungu

Bahan-bahan
500gm keledek ungu
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan gula pasir + 3 sudu besar air

Cara-cara :
Rebus keledek hingga empuk dan lenyek hingga halus ketika masih panas. Ketepikan.
Masukkan tepung dan uli hingga tidak melekat ditangan.
Timbang doh seberat 40gm dan buat bentuk bulat seperti donat. Buat lubang ditengahnya.


Goreng didalam minyak terendam diatas api sederhana panas.
Untuk salutan gula, masak air dan gula hingga pekat, masukkan kuih tadi dan gaul rata.
Kacau hingga gula nampak bertali, tutup api dan kacau sehingga gula mengering dan menyaluti kuih.

Kuih Keria Keledek Ungu


Kuih Keria Keledek Ungu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Pau Labu / Pumpkin Pau

Pau Labu / Pumpkin Pau -

Pau Labu / Pumpkin Pau

Bahan Inti Labu
1 1/2 cawan isi labu + 4 sudu besar gula pasir
Masak dan kacau hingga likat, sejukkan dahulu

Doh Pau
250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau
1/3 cawan isi labu
1 sudu kecil yis
3/4 sudu teh baking powder
60gm gula kaster
1/2 sudu kecil gula kaster
1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
90ml air suam
20gm shortening

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit.
  3. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 11 biji. 
  4. Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik.
  5. Susun di dalam pengukus dan rehatkan selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
  6. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.

Nota :  Kurangkan sukatan air jika isi labu jenis yang berair.

Pau Labu / Pumpkin Pau


Pau Labu / Pumpkin Pau shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
17 Nov 2016 0 comments

Pau Cendawan / Mushroom Pau

Pau Cendawan / Mushroom Pau -

Pau Cendawan / Mushroom Pau

Bahan Inti Cendawan
1 keping dada ayam, potong dadu
1 tin cendawan butang, cincang
1 biji bawang besar - cincang
2 sudu besar mentega
1 sudu besar minyak
2 sudu besar tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar stok pekat ayam
Secubit garam
dan serbuk lada hitam

Cara-cara :
  1. Panaskan mentega dan minyak.  Tumis bawang besar hingga layu.  Masukkan tepung dan kacau hingga rata.
  2. Masukkan ayam dan tumis  hingga ayam berubah warna.
  3. Masukkan cendawan, kacau rata.
  4. Masukkan air dan stok ayam.  Masak hingga mendidih.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk lada hitam.
  6. Masak hingga inti agak kering.  Sejukkan dahulu sebelum di isi ke dalam pau.
Doh Pau
250gm Tepung Superfine MFM atau Tepung Pau
1 sudu kecil yis
3/4 sudu teh baking powder
50gm gula kaster
1/2 sudu kecil gula kaster
1/2 sudu kecil pelembut roti (bread softner)
120ml air suam
20gm shortening

Bancuhan Kulit Cendawan
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar air
Satukan semua hingga larut, ketepikan.  Adunan tidak terlalu cair atau pekat.

Penyediaan :
  1. Satukan semua bahan kecuali air di dalam mixer. Gaul rata dan masukkan air sedikit-sedikit sehingga menjadi doh yang tidak melekat di mangkuk adunan.
  2. Tutup dengan kain dan rehatkan selama 15minit.
  3. Timbang adunan 35-40gm setiap satu sebanyak 9 biji.  Ketepikan 1 bahagian untuk tangkai cendawan. 
  4. Masukkan inti dan tutup, bulatkan kembali doh dan letak di atas kertas pelapik.
  5. Untuk tangkai cendawan, guna lebihan adunan dan gentel bujur.
  6. Susun pau dan tangkai di dalam pengukus.  Rehatkan doh selama 20 minit lagi sehingga mengembang.
  7. Kemudian sapu bancuhan kulit cendawan dengan berus di permukaan pau.  Rehatkan doh sehingga permukaan doh kelihatan retak.
  8. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit dengan api besar.
  9. Biarkan sejuk, cucuk bahagian bawah dengan chopstik untuk membuat lubang.  Celup hujung tangkai dalam lebihan bancuhan kulit cendawan dan masukkan ke dalam lubang tadi.
  10. Kukus sebentar selama 2 minit.  Sedia di hidangkan.
Pau Cendawan / Mushroom Pau


Pau Cendawan / Mushroom Pau shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
16 Nov 2016 0 comments

Cucur Kangkung

Cucur Kangkung -

Cucur Kangkung

Bahan-bahan
2 cawan gandum
1 sudu teh baking powder
100gm udang kertas kecil / bilis halus
100gm sayur kangkung di hiris halus
1 sudu teh garam halus
1 sudu teh serbuk kunyit
1/2 cawan air **

Cara-cara :
Satukan semua bahan, tambah air sedikit demi sedikit jika likat tambah sedikit air lagi.  Gaul hingga sebati.
Panaskan minyak, ambil 1 sudu kecil adunan dan goreng hingga keperangan

Sos Cili
5 tangkai cili merah
3 ulas bawang putih
2 cm belacan - dibakar dahulu
3 sudu besar sos cili
100gm gula melaka di racik halus
200ml air asam jawa
sedikit garam

Cara :
Potong dan kisar cili merah, bawang putih dan belacan hingga halus.  Didihkan air asam jawa, masukkan bahan kisar, gula melaka, sos cili dan garam.  Masak hingga hampir pekat.  Hidang bersama cucur kangkung yang dipotong kecil.

Cucur Kangkung


Cucur Kangkung shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
15 Nov 2016 0 comments

Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun

Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun -

Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun

Bahan-bahan
250gm labu, buang kulit, kukus dan lenyek (sejukkan dahulu dalam peti sejuk)
Kemudian bahagikan :
150gm isi labu untuk inti + 2 sudu besar gula kaster (microwave selama 30saat)
100gm isi labu untuk doh **

Adunan Doh
200gm tepung roti (MFM bread Flour)
20gm susu tepung
40gm gula halus
3gm garam
3gm yeast segera
80ml air suam
100gm isi labu **
20gm mentega tawar

Satukan ke dalam mangkuk tepung, susu tepung, gula, garam dan yis.  Gaul rata.
Masukkan air dan isi labu.  Uli hingga menjadi doh yang lembut.
Masukkan mentega, uli lagi hingga doh menjadi elastik.

Masukkan ke dalam mangkuk dan tutup dengan plastik wrap.  Biarkan mengembang sekali ganda.

Keluarkan doh, leperkan dengan tangan dan potong kepada 6 bahagian doh.

Isi setiap doh dengan 1 sudu kecil inti labu di tengahnya.  Tutup dan bulatkan doh.
Setelah selesai, tutup dengan kain dapur dan rehatkan selama 15 minit.

Kemudian ikat doh dengan tali cotton bersilang 8 seperti bentuk labu tetapi jangan terlalu ketat.

Cucuk dengan kuaci sebagai tangkai dan ayak tepung ke atasnya.
Bakar pada suhu 160C selama 20-25minit hingga masak.
Keluarkan dari oven, biarkan suam sedikit, potong ikatan talinya.

Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun


Bun Roti Labu Manis / Soft Pumpkin Bread Bun shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
13 Nov 2016 0 comments

Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup

Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup -

Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup

Bahan-bahan
300gm labu - kupas dan potong dadu besar
1/2 labu bawang besar - cincang
2 in batang saderi - cincang
2 sudu besar tepung gandum
2 sudu besar mentega
600ml air
100ml dairy whipping cream
1 sudu besar stok pekat ayam
1/4 serbuk lada putih
1/2 sudu kecil garam halus
Daun parsley cincang

Hidangan :  Roti Perancis di hiris dan di panggang sebentar

Penyediaan :

  1. Rebus atau kukus labu hingga lembut.  Tos dan ketepikan dahulu.
  2. Panaskan mentega, tumis bawang besar hingga naik bau.  Masukkan tepung gandum dan kacau rata.
  3. Masukkan air, stok ayam dan isi labu.  Biar mendidih.
  4. Kemudian masukkan garam, serbuk lada putih, kacau rata.
  5. Akhir sekali masukkan whipping cream, biar mendidih seketika sambil di kacau.
  6. Tutup api dan biarkan suam sedikit baru di masukkan ke dalam pengisar dan kisar hingga halus.
  7. Tuang ke dalam mangkuk dan tabur dengan daun parsley.
  8. Enak di cicah bersama roti perancis yang di bakar rangup.


Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup


Sup Labu Berkrim / Pumpkin Creamy Soup shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
12 Nov 2016 0 comments

Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice

Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice -

Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice

Bahan Nasi
2 pot beras Basmati, cuci bersih, rendam 20 minit, toskan
1.5 liter air
1 sudu besar minyak sapi
sedikit minyak masak
3 biji buah pelaga
3 biji cengkih
1 helai daun bay
1 kuntum bunga lawang
1 sudu kecil garam

Panaskan minyak, tumis buah pelaga, cengkih, daun bay dan bunga lawang.  Masukkan air dan garam dan biar mendidih.  Kemudian masukkan beras dan masak sehingga 3 suku masak.  Angkat dan toskan.

Bahan Perapan Ayam
1/2 ekor ayam, potong saiz sesuai
1/2 cawan yogurt atau 1/2 cawan susu sejat
4 ulas bawang putih, 2in halia (tumbuk halus)
1 sudu besar serbuk cili
1/2 sudu besar serbuk kunyit
1 packet kecil rempah briyani
2 biji tomato - potong dadu
garam secukup rasa
1 kiub pati ayam
1/2 cawan bawang goreng

Gaul semua bahan hingga rata.  Perap selama 20 minit.

Bahan Tumis
1 sudu besar minyak sapi
1 sudu besar minyak masak
5 biji bunga cengkih
1 helai daun bay
3 biji buah pelaga
1/2 in kulit kayu manis
1 sudu kecil lada hitam
1 biji ubi kentang - belah 4
1/2 cawan air
2 biji telur rebus
Bawang goreng dan daun ketumbar untuk taburan.

Penyediaan :

  1. Panaskan minyak dan minyak sapi, tumis bunga cengkih, daun bay, pelaga, kulit kayu manis dan lada hitam dengan api kecil hingga naik bau.  
  2. Masukkan ubi kentang, tumis hingga ubi kentang sedikit perang.
  3. Masukkan ayam yang di perap dan masak hingga ayam berubah warna.  Masukkan air, kacau rata dan tutup periuk, reneh ayam dengan api kecil hingga empuk.  Masukkan telur rebus.
  4. Kemudian tabur beras tadi di atas ayam hingga rata.  Tutup periuk dan masak dengan api sederhana selama 10 minit (jangan terlalu lama nanti bahagian bawah hangus)
  5. Apabila masak, kaup balik perlahan-lahan bahagian bawah ke atas nasi supaya bergaul rata dan nasi tidak patah.
  6. Masukkan ke dalam pingan, tabur dengan bawang goreng dan hirisan daun ketumbar.


Nasi Briyani Ayam


Nasi Briyani Ayam / Chicken Biryani Rice shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
0 comments

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich -

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich

Jeruk Carrot dan Daikon (lobak putih)
1 batang Carrot, 1 batang Daikon di hiris halus memanjang.  Masukkan ke dalam mangkuk dan tabur dengan 1 sudu besar gula dan 1 sudu besar garam.
Gaul rata dan biarkan selama 10 minit supaya carrot dan daikon lembut.
Selepas itu cuci dan toskan.

Masukkan semula ke dalam mangkuk, masukkan 1/2 cawan cuka, 4 sudu besar gula dan 1 sudu kecil garam.  Biarkan semalaman.

Bahan-bahan
Roti Perancis (French Baquette)
Beef Salami (goreng dengan sedikit minyak)
Mayonies
Timun - hiris nipis
Tomato - hiris nipis
Daun ketumbar
Cili hijau jeruk - jika suka pedas
Jeruk carrot dan daikon
Kicap perisa Maggie

Cara-cara :
Potong roti mengikut saiz yang sesuai, Kemudian belah melintang di tengahnya, jangan putus.
Sapu kedua belah roti dengan mayonies dan ikut susunannya.
Susun timun, kepingan beef salami, tomato, beef salami, jeruk carrot dan daikon, cili jeruk dan daun ketumbar.
Akhir sekali renjis dengan kicap perisa Maggie jika suka.

Untuk Hidangan anak-anak roti boleh di potong kepada saiz yang lebih kecil.

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich, street food yang popular di Vietnam.

Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich


Sandwich Vietnam / Banh Mi Vietnamese Sandwich shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
11 Nov 2016 0 comments

Talam Kentang Berlauk

Talam Kentang Berlauk -

Talam Kentang Berlauk

Bahan A 
100gm udang kering, rendam dan toskan, tumbuk kasar
1/2 batang saderi - cincang halus
1 tangkai cili merah - hiris halus
Daun bawang dan daun sup - hiris halus
Bawang goreng
sedikit gula dan garam
Sedikit minyak

Goreng udang kering, saderi dan cili merah dengan sedikit minyak.  Perasakan dengan secubit garam dan gula.  Tutup api dan masukkan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.  Gaul rata dan ketepikan.

Lapisan Bawah
400gm ubi kentang, kukus
100ml santan - di masak hingga mendidih, sejukkan
30gm tepung gandum (3 sudu makan)
1/2 sudu kecil garam
1/4 sudu teh serbuk lada putih

acuan lompang di sapu minyak / Loyang di alas plastik tahan haba

Lapisan Atas
300ml santan (150ml air + 150ml santan kotak)
50gm tepung beras
50gm tepung ubi
1/2 sudu teh garam

Satukan, whisk hingga rata dan tapis ke dalam jug kecil

Penyediaan :
  1. Lecek ubi kentang ketika masih panas, masukkan garam, serbuk lada putih dan tepung.  Gaul dengan spatula hingga rata.  Kemudian masukkan santan dan gaul sebati.
  2. Masukkan 1/2 adunan ke dalam acuan lompang, tekan padat dengan sudu kecil (Adunan kental)
  3. Panaskan pengukus dan kukus selama 10 minit.
  4. Kemudian tuang lapisan atas hingga penuh.  Kukus selama 10 minit dengan api sederhana hingga masak.
  5. Sejukkan dahulu sebelum di keluarkan dari acuan.
  6. Tabur bahan A di atasnya hingga penuh.
Nota :  Tujuan santan di masak terlebih dahulu supaya kuih tidak cepat basi.

Talam Kentang Berlauk


Talam Kentang Berlauk shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
10 Nov 2016 0 comments

Cucur Labu

Cucur Labu -

Cucur Labu

Bahan-bahan
1 cawan isi labu - di lecek
1 cawan tepung gandum
1/3 cawan gula pasir
1 sudu besar susu pekat manis
1/2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil yis segera
1/4 sudu teh garam halus
1/4 cawan air suam

Cara-cara
Satukan tepung, yis, gula, baking powder dan garam dalam mangkuk, gaul rata.
Masukkan isi labu, susu pekat dan air.  Uli dengan tangan menjadi doh yang kental hingga rata.
Tutup dengan plastik dan rehatkan selama 15 minit.
Panaskan minyak dan goreng dengan api sederhana hingga kekuningan.
Toskan di atas tisu dapur.

Cucur Labu


Cucur Labu shared from Kakwan Citarasawan
Republish by The CC Resepi
 
;