1 Apr 2020

Air Cendol Sagu Pelangi

Air Cendol Sagu Pelangi -

Air Cendol Sagu Pelangi
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
1 paket cendol, tos
1 paket biji selasih, tos
1 cawan sagu mutiara putih
1 kotak santan Ayam Brand Light
1/4 sudu teh garam
1 keping gula melaka
1 sudu besar gula pasir
200 ml air
1 helai daun pandan
Ais secukupnya

Pewarna : Kuning, Merah dan Ungu

  Penyediaan :
  1. Cuci sagu, toskan.
  2. Rebus air hingga mendidih.
  3. Masukkan sagu dan masak hingga jernih.
  4. Toskan di dalam penapis dan siram dengan air paip.
  5. Setelah kanji nya hilang, bahagikan kepada 3 mangkuk.
  6. Beri pewarna kuning, merah dan ungu.
  7. Masak gula melaka, gula pasir, air, daun pandan hingga larut.
  8. Tapis dan biarkan sejuk.
  9. Panaskan santan, masukkan garam.
  10. Masukkan cendol, sagu kuning, merah, ungu dan biji selasih.
  11. Tuang sirap gula melaka dan santan.
  12. Tambah ais secukupnya dan sedia di nikmati.

Air Cendol Sagu Pelangi


Air Cendol Sagu Pelangi shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;