29 Apr 2020

Sira Pisang Sos Oren

Sira Pisang Sos Oren -

Sira Pisang Sos Oren
By Kak Wan @ Resipicitarasawan

Bahan-bahan
4 biji pisang setengah masak (400 gm), berangan atau nangka
40 gm mentega / marjerin
30 gula perang
250 ml jus oren
30 gm kismis
1 sudu besar parutan kulit oren
1 sudu kecil larutan tepung jagung
50 gm non dairy whipping cream, putar kental
10 gm badam, bakar untuk hiasan

Cara-cara
  1. Cairkan mentega.
  2. Masuk jus oren, gula, kismis dan parutan kulit oren,
  3. Masak hingga mendidih dan gula larut.
  4. Masukkan larutan tepung jagung.
  5. Masak dengan api perlahan.
  6. Kupas pisang dan masukkan ke dalam sos.
  7. Gaul rata, masak sebentar lebih kurang 10 minit.
  8. Angkat, biarkan sejuk.
  9. Hias dengan krim putar dan taburan badam.

Sira Pisang Sos Oren



Sira Pisang Sos Oren shared from kakwan
Republish by The CC Resepi

0 comments:

Post a Comment

 
;